Dengan jumlah penduduk yang begitu ramai, China sememangnya dikenali sebagai negara utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dunia. Mengikut laporan pada tahun 2006, China merupakan penyumbang utama gas karbon monoksida, melebihi Amerika Syarikat.

Pada tahun 2012, negara China telah menyumbang kepada pencemaran kira-kira 9.8 bilion ton gas karbon monoksida dunia hasil daripada pembakaran minyak dan arang. Memang betul seperti yang diperkatakan, orang China pengotor. Tapi itu dulu lah.

renewable energy

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kredit gambar:(E3G/BNEF/Xinhuanet)

Pada tahun 2012, negara China juga merupakan penyumbang 70% daripada jumlah pencemaran karbon monoksida di seluruh dunia!

Walaubagaimanapun, mengikut kajian terbaru, negara China didapati sebagai penyumbang utama untuk pelaburan untuk tenaga boleh diperbaharui (renewable energy), melebihi daripada negara-negara kesatuan Eropah (EU). Pada tahun 2015, jualan kereta elektrik di China sahaja mencecah 450000 buah unit, 50% lebih tinggi berbanding jualan di Eropah.

Pada tahun 2014, buat pertama kalinya juga, China telah melabur lebih banyak dalam bidang kajian dan pembangunan tenaga boleh ubah berbanding negara Eropah.

Perubahan yang dilakukan China ini merupakan langkah bagus yang perlu dicontohi oleh negara lain.

Sumber :

PRI

Quartz




Hakcipta iluminasi.com (2017)