Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Cerpen merupakan satu medium yang sangat baik dalam memberi penceritaan berkenaan masyarakat. Berikut merupakan sebuah cerpen yang ditulis untuk mambantu memberi kesedara berkaitan status darjat antara kita yang sekian lama semakin melebar.

kuih1

"Mak, macam mana meniaga hari ni?" tanya Leman pada ibunya.

"Hari ni kurang la Man, hujan, tercongok mak sorang kat situ dengan adik kau," Makcik Faridah menjawab.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Tak payah la meniaga lagi dah Mak, duduk rumah aje," kata Leman, sambil menyuapkan nasi ke mulut.

"Mak nak buat apa lagi, duduk rumah tengok tv, sembahyang, masak sikit, itupun untuk mak dengan adik aje makan," Makcik Faridah memberitahu anaknya.

Leman menyuap lauk ayam sambal ke mulutnya. Pedas ya amat terasa di lidah, tapi sedapnya susah nak digambarkan. Selesai makan, Leman mencuci tangan menemani ibunya menonton tv.

"Tadi ada seorang lelaki tu, dia kata donut mak tak sedap, dah la mahal. Kata dialah. Cuma dia suka betul seri muka kita. Terasa mak dengan apa dia kata tu," Makcik Faridah membuka cerita. " Surrender mak nak buat donut lagi. Baru je cuba sekali dah kena.."

Leman hanya tergelak mendengar. "Nak puaskan hati semua orang ni mak, mustahil. Buat la macam mana pun mak usaha, ada la yang tak suka la, kata mahal la, kata dah lama ke."

"Mak tau Man, tapi kau pun tau mak macam mana," kata Makcik Faridah. "Bila ada orang kata apa-apa, mesti mak cuba ubah resipi."

"Tak payah diubah mak, buat tak peduli aje apa orang kata," jawab Leman. "Orang kita ni mak, permintaan dia macam-macam. Kalau nak diikut, 10 jenis donut pun dia tak puas hati."

Pembaca berita mula melaporkan laporan sukan.

"Esok kau ada lagi kan? Ahad baru balik?" tanya Makcik Faridah.

"Ak aah," jawab Leman.

Leman diam menonton liputan bolasepak liga Malaysia. Seronok dia melihat carta liga apabila Kedah berada di atas.

"Orang kita ni, asal jual tepi jalan aje, banyak la bunyi dia. Cuba jual dalam air cond, ada jenama, senyap aje masa bayar, tak sedap pun jadi sedap," kata Leman.

"Dah dah la tu Man, kau ni pun," Makcik Faridah memujuk anaknya.

"Adik tak balik lagi ni, tah mana dia pergi," Leman merenung jam dinding yang tertera 9.05 malam.

"Biarlah dia, nanti sekejap lagi dia balik la tu, gi lepak dengan kawan-kawan dia la tu," Makcik Faridah menjawab pertanyaan Leman.

"Esok mak meniaga kan?" tanya Leman.

Makcik Faridah mengangguk.

"Brader yang kata mahal tu ada ke esok mak?" tanya Leman.

"Hari-hari ada. Dia mesti singgah beli seri muka, kau tanya ni kenapa?" soal Makcik Faridah risau. "Kau nak sound dia ke? Tak payah la Man. Dia regular customer tu."

"Tak la Mak. Ada ke nak buat camtu," kata Leman. "Saya masuk bilik dulu Mak. Ada kerja sikit nak kena taip."

Makcik Faridah mengangguk lalu menumpukan perhatian pada drama di televisyen.

Keesokannya, Makcik Faridah seperti hari-hari sebelum membuka gerai jualan pada jam 3.30 petang. Leman ada membantu ditemani adiknya Norman.

"Mak, adik, abang gi beli barang sikit kat kedai," kata Leman pada ibu dan adiknya. Leman menghilangkan diri dan dalam jam 4.05 petang, dia kembali di gerai ibunya sambil menjinjing dua bungkus plastik berisi kotak.

"Kau bawak apa bang?" tanya Norman.

"Ada la," balas Leman. "Mak, bekas kuih kosong ada lagi kan?" tanya Leman pada ibunya.

"Ni ha," kata Makcik Faridah. "Kau nak buat apa?"

Leman membuka dua kotak itu lalu menggunakan penyepit mengambil keluar donut yang ada dari kotak lalu disusun ke dalam belas kuih ibunya.

"Kenapa nak dijual pulak donut tu Man?" soal ibunya. "Tak payah la. Nanti tak habis donut mak tu."

"Mak tunggu aje la," kata Leman.

Pelanggan mula datang petang itu lalu sibuklah mereka melayan pembelian pelanggan. Langit sedikit gelap membuatkan mereka bertiga gusar.

Dari jauh nampak sebuah motorsikal bergerak ke arah mereka dan pemandunya memberhentikan kenderaannya di depan gerai.

"Ni la orang yang mak cerita semalam," bisik Makcik Faridah.

"Ohoho," cepat-cepat Leman mengeluarkan rak kuih yang berisi donut dari kedai lain lalu diletakkan di atas meja.

"Kuih bang," sapa Leman.

"Seri muka mintak 4, lepas tu bingka ubi mintak 2," kata lelaki tersebut.

"Donut tak nak bang?" tanya Leman. Makcik Faridah menjeling anaknya.

"Donut? Takpe la kot," jawab lelaki itu.

"Donut special ni bang, ada inti strawberi, inti epal, inti custard, inti keju pun ada," kata Leman.

Lelaki itu mengambil donut tersebut dengan penyepit lalu ditenungnya."Sedap ke ni dik?" tanya lelaki itu.

"Sedap bang. Sebijik macam donut yang kat kedai tu, kami tiru sebijik," kata Leman.

"Berapa sebijik yang strawberi ni?" tanya lelaki itu.

"RM2.00 bang," jawab Leman.

"Mak aih mahalnya!" komen lelaki tersebut. ""Ada ke orang nak beli kalau sebijik RM2 ni?"

Makcik Faridah hanya memerhatikan gelagat anaknya mengusik lelaki itu.

"Tak mau ke bang? Sama ni bang, macam yang kat kedai tu," pujuk Leman.

"Tak apa la dik. Kalau ikut abang, ikhlas abang cakap, baik abang beli kat kedai tu aje terus," kata lelaki it lalu membayar, kemudian dia beredar dengan motorsikalnya.

"Tu brader yang kata donut mak tak sedap semalam tu kan?" tanya Norman.

Makcik Faridah mengangguk memandang Leman dan Norman dengan senyuman. "Berapa sebijik donut tu Man? Takkanlah sampai RM 2 satu?" tanya Makcik Faridah.

"Tiga ringgit satu Mak!" jawab Norman.

"Nasib baik dia tak beli, kalau tak rugi dah tadi," kata Leman. "Boleh kita makan malam ni."

Kemaskini : 12 March 2018




Hakcipta iluminasi.com (2017)