Bagaimana caranya untuk menyelamatkan diri jika dibuang ke laut dengan tangan dan kaki anda diikat?

Ya, ianya mungkin tidak akan pernah terjadi dalam seumur hidup anda. Tapi, bagaimana jika anda adalah orang terpilih, dan ianya berlaku. Tak rugi untuk ambil tahu manalah tahu satu hari nanti terjadi kepada anda atau orang yang tersayang.

Angkatan tentera laut Amerika bukan sahaja diajar dan dilatih cara berenang, malah cara untuk menyelamatkan dan melepaskan diri jika berhadapan dengan situasi ini. "100 Deadly Skills: The SEAL Operative's Survival Guide" adalah sebuah buku yang menerangkan cara bagaimana untuk bertahan hidup dalam situasi yang berisiko menyebabkan kematian, yang dikeluarkan oleh Clint Emerson, seorang pelatih angkatan laut Amerika.

BESARKAN TEKS     A-  A+

100 deadly skills

Walaupun kebarangkalian untuk terjadi kepada kita adalah nipis, namun ianya amat bermanfaat bagi masyarakat untuk mengetahui dan mempelajari.

Diterangkan bahawa perkara yang paling penting untuk menyelamatkan diri sendiri ketika lemas adalah kawalan pernafasan. Apabila paru-paru dipenuhi udara, badan kita akan mudah terapung. Jadi, untuk mengapungkan badan adalah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepas nafas dengan laju, dan ulang. Walaupun untuk terapung dalam air seperti air sungai atau kolam adalah lebih sukar daripada air laut, namun ia masih boleh dilakukan.

berlatih 197

Perlu diingat, panik adalah musuh nombor satu dalam apa saja situati yang cemas, jadi, jangan panik.

Cara selamatkan diri lemas dalam air cetek

1. Kekangan pergerakan dan posisi badan yang tidak betul membuatkan seseorang sukar untuk bernafas, jadi mencari posisi betul adalah langkah pertama. Dalam air yang cetek, gunakan teknik tenggelamkan dan lantunan (seperti dalam gambar) untuk keluarkan kepala anda daripada air untuk bernafas.

2. Ketika muka mengadap ke bawah, sama ada terapungkan badan setempat atau menggunakan tendangan ke belakang untuk berenang ke tepian, individu tersebut perlulah melengkungkan badannya untuk memastikan kepalanya sentiasa berada di atas permukaan air.

pool

Cara selamatkan diri jika kelemasan di laut dalam

Namun, jika ianya berlaku di laut dalam dan bergelora, memang mustahil untuk melakukan teknik lantunan untuk keluarkan kepala dari dalam air. Jadi, teknik putaran badan penuh (rajah di bawah) membolehkan individu tersebut mengambil nafas dalam dan terus untuk bergerak ke hadapan atau ke tepian.

laut

Dinasihatkan latihan teknik ini perlu dilatih terlebih dahulu dan latihan ini sama sekali tidak boleh dilakukan bersendirian.

Sumber :

Teepr

Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)