Oleh pada 19 Apr 2017 kategori

cara duduk

Banyak perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian yang dapat mencerminkan keperibadian, mood dan cara kita. Tanpa sedar, cara kita duduk jugak sedikit sebanyak menentukan sifat kita. Bahasa badan ini boleh memberi isyarat kepada orang lain mengenai siapa kita dan apa yang ada di fikiran kita. Seseorang itu boleh mengetahui sama ada kita tidak jujur atau tidak berminat dengan sesuatu walaupun kata-kata anda seolah-olah anda berminat. 

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 cara duduk dan maksud di sebaliknya.

1. Lutut rapat dan jari kaki menghala ke dalam

lutut rapat 430

Jika anda merapatkan kedua-dua lutut anda, dan menghalakan jari-jari kaki anda ke arah dalam ketika anda duduk, anda berkemungkinan seorang yang kreatif dan berkarisma. Namun, kadang-kadang anda boleh menjadi seperti kanak-kanak. Anda juga mungkin tidak berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap, tapi selalunya orang lain melihat anda sebagai seorang yang gembira. Anda juga mempunyai kecenderungan untuk mengelak daripada masalah dalam hidup anda, tapi yang bagusnya adalah seorang yang periang. 

2. Kaki bersilang

kaki bersilang

Adakah anda mempunyai tabiat duduk dengan kaki bersilang? Jika ya, anda mungkin seorang yang suka berangan-angan. Mereka yang selalu menyilangkan kaki biasanya mempunyai idea yang pelik dan kreatif yang membuatkan orang lain melihat dengan mereka cara berbeza. Kemungkinan besar imaginasi anda adalah sangat sangat kuat. Anda berasa resah jika duduk di sesuatu tempat atau membuat sesuatu untuk tempoh masa yang terlalu lama, yang berkaitan dengan kerja, hubungan dan perkara-perkara lain dalam hidup anda. Mempunyai rakan yang banyak adalah hasil daripada perlakuan anda yang semulajadi.

3. Kaki terbuka

kaki terbuka

Jika anda duduk dengan kaki yang terbuka, ia mungkin bermaksud anda mempunyai masalah memberi perhatian kepada perkara penting disebabkan masalah kekacauan dalam diri anda. Sama ada berkenaan kerja anda, kehidupan di rumah, masalah perhubungan, rakan dan ahli keluarga, pasti ada sahaja drama yang mengelilingi hidup anda. Namun, daripada membiarkan ia mempengaruhi anda, anda menggunakannya untuk memotivasikan diri anda untuk membuat yang lebih baik. Anda juga cenderung untuk menjadi lebih selesa dengan diri sendiri, dengan hanya t-shirt dan jeans sudah memadai berbanding pakaian yang kompleks.

4. Kaki lurus

kaki lurus

Mereka yang duduk dengan cara kaki lurus selalunya kemas dan bijak, namun boleh jadi sangat sensitif. Cara duduk ini boleh menjadi isyarat bahawa anda seorang yang lebih suka mengelakkan diri anda daripada konflik dan suka memendam perasaan anda. Anda mungkin juga seseorang yang suka menyembunyikan rasa tidak selamat anda, tapi anda tidak takut untuk memberi tahu atau berterus terang jika seseorang berasa anda telah membuat kesalahan terhadap mereka. Posisi ini juga boleh menunjukkan yang anda adalah seorang yang tegang, namun anda bersedia melakukan sesuatu jika diperlukan.

5. Kaki rapat dan senget

kaki rapat dan senget

Duduk dengan kedua-dua kaki anda rapat pada sudut-sudut tertentu menunjukkan yang anda adalah seorang yang mempercayai semua benda mempunyai masa dan tempatnya. Anda lebih suka mengukuhkan pendidikan dan kerjaya anda terlebih dahulu sebelum memikirkan hal lain. Anda meletakkan matlamat anda dengan tinggi dan anda bekerja keras untuk mendapatkannya. Anda juga suka berpakaian cantik kerana bagi anda penampilan itu amat penting. Walaupun anda membiarkan orang lain berfikiran bahawa anda tidak kisah dikritik, ia menyakitkan anda apabila orang lain mengkiritik atau menjatuhkan anda.

Sumber :

1. Expanded Consciousness2. Changing Minds3. Study Body Language4. Cosmopolitan


tags : , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)