Seorang bapa, Josh Darnit, telah membuat satu cabaran menarik di rumah bersama anak-anaknya. Beliau memuatnaik videobertajuk "Exact Instructions Challenge" yang berdurasi 7 minit 23 saat sambil memaparkan gelagat Josh meminta anak-anaknya menuliskan arahan lengkap untuk membuat sandwic mentega kacang dan jeli. Josh kemudian akan membuat sandwich tersebut betul-betul berpandukan arahan yang ditulis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bunyinya seperti agak mudah, tapi anda saksikan sendiri bagaimana Josh sedaya upaya sengaja melakukan kesilapan semasa membuat sandwich tersebut.

Aktiviti mudah seperti ini boleh merangsang minda anak-anak untuk berkomunikasi dengan lebih tepat dan terperinci. Selain itu, anda juga dapat mengajar anak erti sabar dan kesungguhan. Bolehlah anda pula cuba pada hujung minggu ini!




Hakcipta iluminasi.com (2017)