Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

selfie menara eiffel

Jika anda perhatikan langit di Paris, ia tidaklah semeriah langit-langit negara lain yang penuh dengan bangunan-bangunan tinggi. Ini disebabkan sehingga tahun 2010, bandar itu mempunyai larangan mengenai binaan dan ketinggian sesebuah bangunan. Kerajaan ketika itu mengehadkan bangunan yang hendak dibina mestilah di bawah 37 meter ataupun sekitar 11 tingkat sahaja.

Kini, undang-undang binaan di sana telahpun diberikan kelonggaran, namun projek pembangunan masih belum mencapai tahap bandar maju seperti Dubai.

menara eiffel waktu malam 296

Tapi ia tidak mengapa kerana warga Paris dan para pelancong masih boleh menikmati pemandangan sekitar kota cinta itu tanpa sebarang halangan, ditambah pula dengan kedudukan Menara Eiffel sebagai mercu tanda utama di sana.

Siapa yang tak tahu Menara Eiffel? Diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Moden, ia sentiasa berkilau pada siang hari dan bergemerlapan dengan cahaya terang di sebelah malam.

menara eiffel mercu tanda kota paris 905

Tapi tahukah anda cahaya dari menara yang menerangi malam sekitar kota Paris itu menanggung kos yang amat tinggi?

Sejumlah 20,000 mentol dipasang mengelilingi rangka menara yang menggunakan 22 megawatts kuasa elektrik setiap hari. Penggunaan tenaga elektrik ini menelan belanja sekitar £2,640 (RM14,725) secara purata setiap hari iaitu bersamaan £963,600 (RM5.4 juta) setahun.

menara eiffel lampu mentol padam bil elektrik

Bayangkanlah tenaga elektrik yang digunakan monumen ini boleh menerangkan sebuah perkampungan kecil. Itu pun nasib baik pertunjukan cahaya dibuat selama 5 minit sahaja setiap jam. 

Dengan kuasa elektrik Menara Eiffel sebanyak 7.8juta kWj yang digunakan selama setahun, anda boleh guna untuk menanggung bil elektrik rumah anda selama hampir 2,000 tahun. Wow.

Rujukan: Business Insider


tags : , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)