Di minggu kedua rancangan nyanyian Islamik, Gema Gegar Vaganza baru-baru ini menyaksikan penyingkiran penyanyi Bienda. 

Biarpun menjadi peserta pertama yang tersingkir, Bienda tetap redha dan berpuas hati dengan prestasi persembahannya yang menyanyikan lagu Sejati kepunyaan penyanyi Faizal Tahir.


Saya sudah bekerja keras untuk GGV dan berpuas hati dengan persembahan yang saya berikan malam itu. Saya sampaikan lagu tersebut ikhlas daripada hati kerana Allah dan saya anggap mungkin sampai di sini sahaja rezeki saya dalam pertandingan ini.

Penyingkiran Bienda bukanlah menjadi titik noktah buat penyanyi tersebut untuk terus mendapat tempat dalam bidang nyanyian.

Malah, dia akan muncul dengan sebuah single terbaru bersama komposer DJ Fuzz tidak lama saja lagi.

Dalam masa terdekat ini, saya dan suami akan bercuti di sebuah pulau dalam Malaysia. Suami saya suka aktiviti menyelam, sudah lama kami merancang untuk pergi bersama, tapi selalu terbantut kerana saya sibuk. Insya-Allah selepas itu barulah saya sibuk dalam perancangan single terbaharu pada tahun ini juga.

Pada minggu hadapan, seramai sembilan orang peserta yang tinggal bakal berentap bagi merebut gelaran juara Gema Gegar Vaganza.

bienda tersingkir minggu kedua gema gegar vaganza 1

Sumber berita : mStar Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)