Oleh pada 20 Apr 2017 kategori

Kredit foto: rotikaya.com

Menerusi laporan Detik.com, pelakon Benjy dilaporkan ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana membawa dadah yang disorok di duburnya.

Benjy yang juga merupakan anak kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawaty ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan setelah pasukan keselamatan berjaya mengeluarkan dua paket syabu seberat 14 gram dari duburnya itu.

Menurut Zaky Firmansayah selaku Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam Lapangan Terbang Kualanamu, Benjy tiba di lapangan terbang itu menaiki pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan rakannya. 

Pada bulan April tahun lalu, Benjy dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.

benjy ditahan di indonesia sorok dadah dalam dubur

benjy ditahan di indonesia sorok dadah dalam dubur 11a87

Sumber: thereporter.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)