Oleh pada 16 May 2017 kategori

Kopi merupakan minuman yang digemari oleh orang ramai terutama orang dewasa yang sedang bekerja dan juga para pelajar yang sedang menuntut di sesebuah universiti. Pernahkah anda terdengar, bahawa dengan meminum secawan kopi, ia dapat meningkatkan metabolisme badan anda dan juga membantu anda untuk membakar lemak? teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kopi mengandungi kafein, dan ia merupakan satu bahan psikoaktif yang sering diambil oleh orang ramai di seluruh dunia. Kafein merupakan satu bahan yang terkenal untuk memecahkan lemak dan juga meningkatkan kadar metabloisme di dalam badan. Malah, jika diperhatikan, terdapat banyak suplimen-suplimen yang mengandungi sedikit bilangan kafein di dalamnya.

Kopi mengandungi perangsang

kopi

Kopi bukanlah hanya secawan air hitam yang pahit, tetapi ia merupakan sejenis air yang dapat memberikan rangsangan terhadap tubuh badan kita. Ia merupakan sejenis air yang mengandungi banyak kandungan biologi yang aktif untuk membantu merangsang dan meningkatkan metabolisme di dalam badan kita. Antaranya ialah :

1. Kafein : sejenis bahan yang membantu merangsang tubuh badan dan metabolisme di dalam badan

2. Thebromine dan Thephylline : bahan yang berkaitan dengan kafein yang juga bahan perangsang

3. Asid klorogenik : Salah satu bahan biologi aktif di dalam kopi yang membantu memperlahankan penyerapan karbohidrat

Kopi membantu meningkatkan kadar metabolisme

kopi2

Kafein merangsang sistem saraf di dalam badan kita dan membantu untuk memecahkan lemak-lemak di dalam badan kepada bentuk yang paling ringkas. Ia juga membantu dalam pengeluaran hormon adrenaline. 

Menurut kajian, kafein dapat merangsang metabolisme di dalam badan sebanyak 3-11% dalam dalam dos yang sederhana. Menariknya, sebahagian besar dalam peningkatan kadar metabolisme adalah kerana peningkatan kadar pembakaran lemak di dalam badan.

Namun demikian, kesan kafein terhadap badan berkurangan terhadap mereka yang mengalami masalah lebih berat badan atau obes.

Dalam satu kajian, peningkatan kadar pembakaran lemak bagi orang yang kurus boleh meningkat sebanyak 29% manakala bagi mereka yang mengalami masalah obesiti adalaah sebanyak 10%. Kesan ini juga dipengaruhi oleh faktor usia, iaitu kesan ini clebih ketara terhadap mereka yang masih muda.

Kesan jangka masa panjang

Sesuatu yang diambil secara berlebihan sudah tentu mempunyai kesan sampingan, begitu juga dengan kopi. Dalam jangka masa pendek, kopi dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan dan meningkatkan kadar pembakaran lemak. Namun, sekiranya anda serig mengambil kopi, kesannya akan semakin surut.

Sumber rujukan :

authoritynutrition




Hakcipta iluminasi.com (2017)