Oleh pada 16 Jul 2017 kategori

bekas isteri dedah perangai kaki pukul ini kenyataan balas faizal af4 1

Kredit foto: Instagram Faizal AF4 


Berita penceraian penyanyi Faizal AF4 bertambah hangat apabila sebelum ini bekas isterinya, Sahidatul Najiha memberitahu umum akan perangai "kaki pukul" penyanyi tersebut.

Tambah Sahidatul, bekas suaminya itu turut berbohong apabila mengatakan punca penceraian mereka adalah disebabkan dirinya yang tidak memahami kerjaya seni beliau.

Bagaimanapun, Faizal dalam sebuah wawancara terbaru menafikan dakwaan Sahidatul.

Menurut Faizal, dia tidak pernah menggunakan kekerasan sepanjang perkahwinan dengan wanita itu.


bekas isteri dedah perangai kaki pukul ini kenyataan balas faizal af4 2

Kredit foto: gosipmalaysia.com

Saya malas nak besarkan cerita rumah tangga kerana terlalu peribadi untuk dijaja, saya tidak pernah pun pukul dia atau naik kaki dan tangan sepanjang kami berkahwin. Saya akui kami masing-masing ada kesilapan, jika mahu cari salah saya, dia pun kena fikir kesilapan dia yang selalu mengeluarkan kata-kata kasar. Dia juga yang keluar meninggalkan saya dahulu sebelum kami berpisah.

Sumber: Mstar

Ditanya adakah faktor kewangan menjadi punca penceraian mereka, Faizal menafikan hal tersebut kerana dia masih mempunyai pekerjaan.


bekas isteri dedah perangai kaki pukul ini kenyataan balas faizal af4 3

Kredit foto: pru14.tv

Kami tidak ada persefahaman lagi, tentang masalah kewangan itu bukanlah punca utama kerana saya bekerja menyara keluarga.

Sumber: Mstar

Dalam masa yang sama, Faizal sudah tawar hati untuk melalui fasa perkahwinan lagi. Fokusnya kini adalah dalam kerjaya seni dan perniagaan produknya, Beauty18.

Saya mahu fikir positif dan mulakan hidup baharu, sekarang mahu fikir kerja dahulu dan serik nak fikir tentang kahwin. Bagi saya perjalanan kehidupan saya dengan bekas isteri sudah berakhir dan tidak mahu mengingat kembali.

Sumber: Mstar

Faizal mendirikan rumah tangga bersama Sahidatul pada November 2015 dan sepanjang tempoh perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Hanna Maleeka - kini berusia 11 bulan. 



tags : , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)