Oleh pada 06 Jul 2017 kategori

battery oldenburg 1ns89

Ketika mengikuti satu projek kerja kemanusiaan di sebuah kem pelarian yang dikenali sebagai "The Jungle" yang terletak di Calais, Perancis, aku sempat menjelajah ke kawasan sekitar. Rupa-rupanya tapak kem pelarian tersebut sangat hampir dengan kubu pertahanan yang dibina oleh tentera Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua. Aku beruntung dapat menjejakkan kaki sendiri ke tapak bersejarah ini serta berpeluang masuk ke dalam kubu itu sendiri.

oldenburg perang dunia kedua

img20161004101502 725

Perjalanan dari kem The Jungle itu hanya mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sahaja dengan berjalan kaki. Lokasinya terletak di timur Calais. Kalau sekali pandang, memang nampak macam rumah banglo batu. Walaupun dibina hampir 80 tahun yang lalu, kubu ini masih teguh berdiri. Binaannya memang nampak sangat kukuh dan padat. Ternganga jugak la aku bila berdiri depan kubu tersebut, siap boleh terbayang Adolf Hitler tengah berdiri kat situ sambil buat tabik Nazi.

battery oldenburg

Antara salah satu daripada kubu meriam yang sempat aku lawati adalah Battery Oldenburg. Kubu yang dibina sebagai salah satu daripada Tembok Atlantik yang merupakan sistem pertahanan pantai Nazi Jerman ini merupakan salah satu benteng yang menjadi pertahanan bagi mengekang kemaraan tentera pakatan Allied dalam perang itu. Kumpulan kejuruteraan awan dan ketenteraan, Organisasi Todt diketuai oleh pengasasnya, Fritz Todt telah membina ruangan yang memuatkan meriam dalam Battery Oldenburg ini ketika perang tersebut.

Walaupun tembakan meriam yang dilengkapi pada Oldenburg ini tidak mampu sampai ke daratan England, namun ia mampu mempertahankan jalan laut di perairan Selat Dover.

masuk ke dalam bunker

Ruang ini atau dipanggil Turms (menara) adalah setinggi 15 meter dan selebar 35 meter. Untuk membuatkan meriam yang dipasang pada menara ini lebih luas jangkauannya, kedua-dua menara ini di bina sedikit renggang daripada satu sama lain. Kedua-dua Turm Timur dan Turm barat tersebut dilengkapi dengan meriam yang dirampas daripada Rusia ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama dan telah diubah suai daripada 250mm kepada 240mm.

oldenburg

Aku dan rakan-rakan sempat memanjat dan masuk ke dalam kubu meriam ini. Memang sangat luas boleh dikatakan ia seolah-seolah sebuah banglo yang unik. Di kawasan tengahnya kosong yang mana dahulunya ditempatkan meriam. Manakala di bahagian belakang terdapat lorong-lorong yang membawa ke bilik-bilik lain serta kawasan bawah tanah. 

oldenburg2 243

Selain daripada menara-menara itu, kubu Oldenburg ini juga mempunyai bilik-bilik lain seperti ruang penyimpanan peluru di tingkat paling atas sekali. Tandas dan bilik jentera pula berada di ruangan bawah tanah. Terdapat tangga pada Turm Timur yang akan membawa ke ruang bawah tanah kedua yang dipenuhi dengan bilik-bilik untuk menempatkan tentera Nazi.

oldenburg 4

oldenburg 3

Selepas puas meneliti dan bergambar di Battery Oldenburg, kami beralih pula ke kubu-kubu lain di sekitar kawasan berdekatan. Tak ingat apa nama-nama kubu lain itu, namun aku dan rakan sempat juga memasuki ke salah satu kubu yang aku rasa bukanlah untuk menempatkan meriam, tetapi lebih kepada bilik-bilik untuk tentera Nazi. Macam hostel la aku rasa. Ada bilik-bilik dan juga tandas. Seram jugak kalau masuk sorang-sorang. Tapi memang ia terbiar begitu sahaja, tak dijaga.

sempat bergambar

Bagi aku, ia merupakan salah satu pengalaman yang paling menarik pernah aku lalui. Kalau dulu masa zaman sekolah rendah, melawat ke Kota A Famosa pun dah boleh membuatkan aku teruja dan ternganga, apatah lagi untuk melawat kubu pertahanan dan tapak peninggalan perang Nazi Jerman yang digunakan dalam peperangan terbesar dalam sejarah manusia.


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)