Oleh pada 13 Aug 2017 kategori

myuran 377

Pada 17 April 2006, sekumpulan 9 individu telah ditahan oleh pihak polis Indonesia setelah mendapat maklumat daripada pihak polis Australia. Mereka ditahan ketika cubaan menyeludup dadah heroin seberat 8.3 kilogram, dari Indonesia ke Australia. Dadah heroin tersebut dianggarkan bernilai RM17.12 juta ringgit. Kesemua 9 daripada mereka adalah warganegara Australia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

9 individu tersebut adalah :

  1. Myurun Sukumaran
  2. Andrew Chan
  3. Si Yi Chen
  4. Michael Czugaj
  5. Renae Lawrence
  6. Tan Duc Thanh Nguyen
  7. Matthew Norman
  8. Scott Rush
  9. Martin Stephens

bali 9 2

Selepas siasatan dan perbicaraan dilakukan, mahkamah Indonesia mendapati kesemua 9 saspek bersalah. Dua daripada 9 pesalah ini iaitu Myuran Sukumaran dan Andrew Chan yang merupakan ketua kepada kumpulan Bali 9 ini telah dijatuhkan hukuman mati dengan cara ditembak.

7 yang lain dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, namun hanya Renae Lawrence diberikan pengurangan hukuman kepada 20 tahun penjara.

Walaupun mendapat tentangan hebat daripada masyarakat di Australia, hukuman mati dengan cara menembak yang dijatuhkan kepada Myuran dan Andrew tetap dijalankan dan dilakukan di sebuah penjara pulau di Nusa Kambangan, Indonesia pada 29 April 2015.

Latarbelakang Bali 9

bali 9 566

Sebelum bertemu di Bali, 9 individu ini merupakan dua kumpulan yang berbeza iaitu daripada Sydney dan Brisbane. Polis Australia sendiri tidak pasti bagaimana mereka boleh berkait tetapi mengetahui pergerakan ahli kumpulan ini sebelum mereka berlepas. 4 daripada mereka iaitu Renae Lawrence, Matthew Norman dan Martin Stephans merupakan pekerja di syarikat hospitaliti, Eurest, di mana Andrew Chan merupakan penyelia di syarikat tersebut.

Andrew dan Myuran pula yang merupakan ketua kepada kumpulan Bali 9 ini adalah rakan lama ketika sekolah dan tidak berhubung selepas menamatkan sekolah sehinggalah bertemu semula di rumah rakan mereka pada tahun 2002. Bagi mereka berdua, ini bukanlah kerja menyeludup kali pertama kerana pernah berjaya menyeludup heroin dari Indonesia ke Australia pada Ogos dan Oktober 2004.

Scott Rush dan Michael Czugaj yang juga merupakan rakan ketika sekolah pula telah direkrut oleh Tan Duc Thanh Nguyen. Scott mengenali Tan Duc ketika pergi memancing, dan mengenali Myuran Sukumaran ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi. Ketika itu, Tan Duc menawarkan percutian percuma ke Bali kepada Scott. Scott kemudiannya pulang ke Sydney bertemu rakannya Michael, dan aturan untuk mereka ke Indonesia dibuat.

Penangkapan Bali 9

michael czugaj ditangkap

Andrew dan Myuran sebagai ketua sampai terlebih dahulu di Bali, diikuti Renae dan Martin yang tiba pada 6 April 2005. Scott dan Michael pula tiba 2 hari kemudian pada 8 April 2005.

matthew norman

Mereka kemudiannya bertemu dan mengadakan mesyuarat, di mana Andrew dan Myuran memberikan simkad kepada yang lain supaya mudah untuk berhubung. Polis Indonesia yang sudah mengetahui mengenai perancangan mereka yang diberitahu oleh polis Australia, menyedari kebanyakan daripada mereka menghabiskan masa berada di dalam hotel, kecuali Scott dan Michael yang bergembira di Bali.

Maklumat yang diperolehi mengenai kumpulan ini termasuklah nama, nombor pasport, dan maklumat berkenaan kaitan mereka mengenai penyeludupan dadahm dan polis Indonesia telah mengawasi setiap pergerakan ahli kumpulan ini seminggu sebelum penangkapan dibuat.

10 hari kemudian pada 16 April 2006, mereka bertemu yang mana menurut pihak polis ia adalah perjumpaan terakhir dan taklimat diberikan oleh Andrew dan Myuran, sebelum ditangkap di lapangan terbang pada 17 April 2005.

Pada 17 April 2005, pihak polis Indonesia telah berjaya memberkas 4 daripada mereka di Lapangan Terbang Denpasar yang mempunyai dadah heroin dilekatkan di badan mereka. Martin Stephens membawa 3.3kg, Renae Lawrence membawa 2.689kg, Michael Czugaj membawa 1.75kg dan Scott Rush membawa 1.3kg.

myuran sukumaran

Myuran Sukumaran pula telah diberkas di Hotel Melasti di Kuta, bersama-sama Matthew Norman, Tan Duc Thanh Nguyen, Si Yi Chen. Bersama-sama mereka, polis menjumpai dadah heroin seberat 334g, pembalut plastik, selotape dan penimbang berat yang menunjukkan cubaan mereka untuk menyeludup dadah ke Australia.

andrew chan 2 246

Pada petang yang sama, Andrew Chan yang berada di dalam kapal terbang Australia Airlines di Lapangan Terbang Ngurah Rai untuk berlepas ke Australia, telah berjaya diberkas. Andrew yang berseorangan ketika ditangkap hanya mempunyai beberapa buah telefon bimbit, dan tiada dadah pada badannya. Polis mengesyaki Andrew sebagai mastermind kepada Bali 9.

ditangkap

Polis Indonesia tidak mengetahui penglibatan Myuran sehinggalah pada hari penangkapan kerana polis Australia tidak memberi maklumat penuh mengenai beliau, dan hanya menganggap Myuran sebagai pengawal peribadi Andrew kerana mereka kerap kelihatan bersama.

Siasatan sebelum perbicaraan

myuran 3

Polis Indonesia menyatakan bahawa 5 daripada 9 yang ditangkap di lapangan terbang akan didakwa menyeludup dadah yang membawa hukuman mati, manakala mereka yang ditangkap di hotel akan berhadapan hukuman lebih ringan, maksima 10 tahun penjara.

Polis juga mendapati bahawa Andrew telah merekrut 8 yang lain sebagai keldai dadah dan diupah sebanyak RM33,850 hingga RM50,750, serta wang belanja di Indonesia sebanyak RM16,900.

10 hari selepas penangkapan, skuad polis dadah Bali menyatakan mereka akan berusaha untuk menyabitkan hukuman mati kepada kesemua 9 daripada mereka. Ini kerana kesemua daripada mereka pernah memasuki Bali sebelum ini menggunakan passport palsu yang mana menunjukka mereka pernah menyeludup dadah sebelum ini.

bali nine 9

Polis Australia percaya rancangan ini dirancang oleh sindiket dadah Australia dan memberitahu bahawa Myuran merupakan ketua, dan bukannya Andrew. Pihak peguambela mengakui mereka yang ditangkap dengan dadah di badan hanyalah penyeludup dan melakukannya semata-mata kerana wang untuk membantu keluarga, serta telah diugut jika tidak melaksanakan apa yang disuruh. Mereka juga tidak tahu apa yang mereka bawa di badan mereka dan tidak tahu bahawa Indonesia mempunyai undang-undang mati berkaitan jenayah dadah.

Reaksi Di Australia

Selepas penangkapan dilakukan, ibu bapa Scott Rush dan Renae Lawrence telah menyalahkan dan mengkritik polis Australia kerana membiarkan polis Indonesia menangkap mereka. Mereka menyoal tindakan itu dan menyoal mengapa tidak membiarkan mereka sampai terlebih dahulu dan menangkap mereka di tanah Australia

Membidas kembali pernyataan ibu bapa kedua-dua pesalah itu, komisioner polis Australia, Mick Keelty berkata, polis Australia tidak akan memberi bukti atau maklumat yang akan membuatkan seseorang menerima hukuman mati, namun realiti kes ini adalah mereka telah ditangkap secara terangan dengan mempunyai dadah di badan mereka di Indonesia.

Perbicaraan kes Bali 9

bali 9 5

Perbicaraa pertama dilakukan pada 11 Oktober 2005 di Mahkamah Daerah Denpasar dimana 3 daripada mereka yang ditahan di Hotel Melati iaitu Tan Duc, Si Yi Chen dan Matthew Norman dibicarakan bersama. 6 yang lain dibicarakan secara berasingan. Jika mereka didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman mati dengan cara ditembak. Namun, perbicaraan kerap ditunda kerana tertuduh-tertuduh kerap mengadu sakit kepada dan muntah-muntah. Perdana menteri Australia ketika itu, John Howard memberitahu bahawa kerajaan Australia menentang sebarang hukuman mati yang dikenakan.

Pada 6 Disember 2005, peguam Australia, Robert Richter dan Brian Walters telah menghubungi Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel supaya kesemua 9 daripada mereka diekstradisi (dihantar) ke Australia atas dakwaan konspirasi berkenaan heroin. Sehari selepas itu, membalas tindakan peguam Australia ini, hakim Mahkamah Daerah Denpasar telah meminta Australia supaya tidak mengganggu prosiding undang-undang di Indonesia.

"Kami menjangkakan orang luar akan mengkritik tapi kami hanya akan mengikut undang-undang yang dikenakan di negara ini, dan itu termasuklah hukuman mati. Hakim-hakim tak akan goyah dan berganjak dan kami tak akan dipengaruhi oleh pendapat umum atau media," jelas hakim Wayan Yasa Abadhi

bali 9 4

Renae Lawrence mendakwa beliau dan keluarga menerima ugutan bahawa jika tidak mengikut arahan. Renae berkata dia diarahkan untuk menempah tiket ke Bali dan tidak tahu mengapa disuruh pergi ke Bali dan rakannya, Martin juga memberitahu diugut untuk ke Bali dan memberitahu bahawa Andrew menunjukkan gambar keluarga Martin. Jika tidak dituruti, keluarga mereka akan dibunuh. Scott Rush juga menuduh Andrew melekatkan dan membalu dadah di badannya.

Namun, Andrew Chan protes bahawa dirinya tidak bersalah dan menafikan tuduhan ugutan yang dikatakan oleh Renae dan Martin.

Penjatuhan hukum Bali 9

scott dan myuran

Hakim mendapati tiada bukti menyokong dakwaan Renae diugut, dan Renae didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Namun, pendakwaraya meminta agar diberikan hukuman lebih ringan iaitu 20 tahun penjara kerana kerjasama yang diberikan oleh Renae.

Keesokan harinya, tiga yang lain, Si Yi Chen, Tan Duc Nguyen dan Mattew Norman juga dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Namun, nasib buruk bagi Myuran Sukumaran apabila pihak pendakwa raya menuntut agar beliau dijatuhkan hukuman mati dan tidak perlu diberikan kelonggaran kerana Myuran membantu merancang operasi penyeludupan dadah itu. Myuran juga didakwa melekatkan dadah kepada keldai dadah yang lain dan menjadi ketua.

bali 9 3

Pada 26 Januari 2006, pendakwa raya juga menuntut agar Andrew Chan dikenakan hukuman yang sama iaitu hukuman mati. Hukuman ini telah dikritik oleh rakyat Australia yang membandingkan dengan hukuman yang diterima oleh Abu Bakar Bashir yang bertanggungjawab ke atas letupan di Bali pada tahun 2002 yang menyebabkan 200 nyawa terkorban termasuk 88 rakyat Australia.

Perdana menteri Australia ketika itu, John Howard berkata, hukuman mati telah dikenakan di Indonesia berabad lamanya. Beliau juga merayu agar golongan muda Australia untuk tidak mengambil risiko sebegitu.

Rayuan dan perubahan hukuman yang mengejutkan

bali nine 5

Renae Lawrence dan Scott Rush adalah yang pertama dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan seumur hidup pada 13 Februari 2006 manakala Michael Czugaj dan Martin Stephens mengalami nasib yang sama keesokan harinya. Ketua kumpulan Bali 9, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak.

3 yang lain iaitu Matthew Norman, Si Yi Chen dan Tan Duc Nguyen dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 15 Februari 2006.

bali nine 2

Pada 26 April 2006, rayuan untuk mengurangkan hukuman kepada 20 tahun penjara oleh Renae Lawrence, Tan Duc Nguyen, Si Yi Chen dan Mattew Norman telah dibuat, namun pendakwa raya membuat rayuan menentang perubahan kepada hukuman tersebut.

Keputusan rayuan dikeluarkan pada 6 September 2006, dan setelah rayuan pendakwa raya dibuat dan didengari oleh Mahkamah Tinggi, hukuman mati ke atas Si Yi Chen, Scott Rush, Tan Duc Nguyen dan Matthew Norman dikenakan semula. Keputusan yang amat mengejutkan ini tidak disangka-sangka. 

Namun, hukuman mati terhadap mereka ditarik semula dan dikurangkan kepada penjara seumur hidup pada 2008.

Rayuan oleh Andrew Chan dan Myuran Sukumaran

myuran sukumaran 2

Pada September 2010, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran membuat rayuan terakhir untuk hukuman mati ke atas mereka ditarik. Namun rayuan mereka telah ditolak, dan mereka tidak berputus asa di situ. Sekali lagi mereka telah membuat permohonan keampunan kepada presiden Indonesia ketika itu iaitu Joko Widodo namun kedua-dua permohonan telah ditolah pada Disember 2014 dan Januari 2015. Menurut Joko Widodo, beliau tidak akan memberikan pengampunan kepada jenayah berkaitan dengan dadah.

Usaha demi usaha dilakukan mereka bagi memohon agar hukuman diringankan, termasuklah dengan membuat rayuan dalam Bahasa Indonesia.

Pada 2 Februari 2015, pengumuman telah dibuat yang menyatakan bahawa kedua-dua Andrew dan Myuran akan menjadi kumpulan seterusnya bersama pesalah dadah yang lain dihukum mati di penjara Nusa Kambangan.

andrew

Selepas permohonan pengampunan ditolak, peguam Andrew dan Myuran telah melakukan cabaran yang jarang dilakukan iaitu mencabar kenggeanan presiden Indonesia untuk memberikan keampunan kepada mereka. Namun, ia ditolak sehari selepas itu. Mahkamah Indonesia memberitahu bahawa pihak peguam pesalah tidak boleh mencabar keputusan presiden Indonesia supaya memberikan pengampunan.

Masih tak menyerah kalah, salah seorang daripada peguam mereka telah membuat permohonan kepada Mahkamah Perlembagaan Indonesia untuk memeriksa keengganan Joko Widodo untuk memberikan pengampunan pada 6 April 2015. Tetapi permohonan ini dituduh oleh Peguam Negara Indonesia bahawa ia bertujuan untuk melambatkan proses hukuman mati kepada kedua-dua pesalah, dan memberitahu tidak akan ada lagi tundaan kepada hukuman tersebut.

Hukuman mati

pindah penjara

Pada 4 Mac 2015, Andrew dan Myuran telah dipindahkan daripada penjara Bali ke penjara di Nusa Kambangan. Kerajaan Australia masih tidak berputus asa menentang hukuman mati itu telah menawarkan pertukaran banduan Indonesia di Australia untuk ditukarkan dengan Andrew dan Myuran. Namun ia telah ditolak oleh Joko Widodo.

pindah penjara 2

Terdapat berita mengatakan kerajaan Australia akan menanggung kos penjara seumur hidup bagi kedua-duanya jika hukuman mati ditarik balik namun usaha melobi itu telah dikritik oleh Joko Widodo. Hukuman mati ini juga telah dikritik oleh Amnesty, satu NGO hak asasi manusia.

Pada 24 April 2015, duta mewakili banduan yang menunggu hukuman mati dipanggil untuk satu mesyuarat, dan peguam Andrew dan Myuran memberitahu ianya adalah satu tanda yang tidak menyenangkan. 2 hari selepas mesyuarat itu, peguam kepada kedua-dua pesalah itu telah diberikan notis 72 jam sebelum hukuman mati dijalankan.

Pada 29 April 2006, Andrew dan Myuran, bersama 6 lagi banduan lain iaitu seorang dari Indonesia, seorang dari Brazil dan 4 orang dari Nigeria, atas kesalahan yang sama, telah ditembak mati di penjara Nusa Kambangan.

Pelaksanaan hukuman mati itu telah mendapat sokongan padu daripada rakyat Indonesia, namun ia diprotes oleh diplomat asing.

Dalam satu temuramah bersama Myuran Sukumaran ketika menjalani hukuman penjara, dia berkata:

"Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang yang jahat. Jika dilihat pada diri saya sekarang, saya sangat bodoh ketik itu (seludup dadah). Tapi saya tak pernah lihat diri saya sebagai orang jahat," jelas Myuran Sukumaran

Rujukan :

1. Condemn To Die

2. Guardian

3. BBC

4. Mashable

5. Bali 9




Hakcipta iluminasi.com (2017)