Braces atau pendakap gigi merupakan satu alat untuk membaiki struktur gigi si pemakainya. Ianya adalah alternatif untuk membaiki struktur gigi yang teruk atau tidak tersusun.

Walaubagaimanapun, proses pemasangan pendakap gigi ini haruslah dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Setiap struktur gigi manusia adalah berlainan dan oleh itu, pendakap gigi yang dipasang perlulah unik dan spesifik dibuat untuk seseorang individu sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malangnya, akibat harganya yang mahal ramai yang mencari alternatif dengan mencuba pendakap gigi tiruan (fake braces). Lebih teruk lagi, pendakap gigi tiruan ini juga diperbuat daripada bahan yang tidak mengikut piawaian keselamatan dan boleh mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan yang lain.

Memakai Pendakap Gigi Untuk Fesyen

Percaya atau tidak, ada segelintir pemakai gigi ini hanya memakainya untuk fesyen semata-mata? Betul. Terdapat website-website yang secara terang-terangan menjual pendakap gigi dengan pelbagai rekaan design dan warna.

Lihat pilihan pelbagai jenis pendakap gigi yang gambarnya diambil daripada salah satu website yang menjual secara tidak sah.

braces

Kesan Buruk Pendakap Gigi Palsu

Tujuan utama pemakaian pendakap gigi adalah untuk membaiki gigi pengguna. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan pendakap gigi palsu, ianya boleh mendatangkan kesan buruk kepada anda.

dentist 52

Kematian / Tercekik - Terdapat beberapa kes di mana pengguna pendakap gigi palsu mati akibat tercekik dengan pendakap gigi yang dipasang. Kebanyakan pendakap gigi palsu yang dijual mendakwa pembeli boleh memasang pendakap gigi tersebut sendiri. Malangnya, ada kes di pengguna tercekik akibat tertelan sebahagian pendakap gigi yang sedang di pasang.

Toksik - Sebahagian pendakap gigi tiruan ini dibuat tidak menggunakan bahan-bahan yang menepati piawaian kesihatan. Ada yang diperbuat daripada lead, yang merbahaya kepada tubuh badan.

Kerosakan teruk pada struktur gigi - Ada sebab mengapa harga untuk pemasangan pendakap gigi adalah mahal. Sebelum pendakap gigi dipasang, seorang doktor gigi akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengenai struktur asal gigi pesakit. Pendakap gigi yang dibuat adalah unik untuk seseorang pesakit sahaja dan tidak boleh digunakan untuk pesakit lain. Malangnya, pendakap gigi tiruan yang berada di pasaran tidak dibina sebegitu rupa. Oleh itu, terdapat banyak kes di mana pengguna pendakap gigi tiruan melaporkan struktur gigi mereka semakin teruk daripada struktur gigi asal.

rawatan gigi

Oleh itu, sekiranya anda berkeinginan memakai pendakap gigi, pastikan anda mendapat rawatan daripada doktor gigi bertauliah. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)