Oleh pada 07 Aug 2017 kategori

Penulisan ini ditulis Dr. Afida Sohana, seorang pakar perubatan, di laman twitternya dan pihak iluminasi mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Definisi dan tujuan meruang

meruang 788

Meruang atau vaginal douching adalah perbuatan mencuci faraj menggunakan cecair. Selalunya air yang digunakan dicampurkan dengan cuka, namun kini terdapat produk cecair di pasaran digunakan bagi tujuan ini.

Wanita yang meruang dikatakan kononnya bertujuan menghilangkan bau faraj, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, elak kehamilan lepas bersama dan juga mengurangkan kuman.

Faraj organ "self-cleansing"

douching

Sebenarnya, faraj adalah organ "self-cleansing" iaitu mampu mencuci dengan sendirinya dan mempunyai pelbagai bakteria baik di dalamnya menjaga pH supaya sentiasa rendah daripada pH 4.5. Ini untuk mengelakkan bakteria patogen lain untuk hidup. Haid yang berlaku pada wanita cukup untuk membasuh bahagian luar faraj sebersih-bersihnya.

Meruang meningkatkan risiko jangkitan kuman

Apabila aktiviti meruang ini dilakukan, kekeringan pada faraj akan berlaku dan pH akan berubah yang membenarkan patogen lain untuk membiak. Ia meningkatkan risiko jangkitan kuman dan pelvic Inflammatory disease (PID) atau penyakit keradangan pinggul.

pid 61

PID berlaku kerana kuman ditolak masuk ke dalam sistem pembiakan ketika aktiviti meruang. Ia boleh menyebabkan parutan pada rahim dan tiub falopia. Disebabkan ini, kesukaran untuk hamil berlaku pada wanita dan jika hamil, risiko untuk kandungan luar rahim bertambah.

stop douching 242

Bagi wanita yang meruang ketika hamil, ia boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang. Meruang juga boleh mendedahkan wanita kepada risiko barah pangkal rahim dan barah ovari. Jika anda menggunakan "feminine wash", guna pada bahagian luaran sahaja, walaupun sebenarnya sudah cukup dengan menggunakan air.

Dengarlah nasihat pakar perubatan, bukan nasihat penjual produk.


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)