Tak lama lagi dah nak raya kan? Banyak rumah terbuka yang akan diadakan nanti oleh keluarga terdekat mahupun rakan-rakan anda sepanjang bulan Syawal. Tambahan pula, ramai juga yang akan mengadakan 'BBQ' pada malam hari dan 'aluminium foil' merupakan satu benda yang sering kali digunakan untuk 'BBQ' sebagai pembalut makanan seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya kerana ia nampak kemas dan bersih ketika dibakar atas bara api. Tetapi, tahukah anda bahawa adanya bahaya di sebalik penggunaan 'aluminium foil' dalam masakan?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapa 'aluminium foil' bahaya?

Hal ini kerana aluminium merupakan logam yang sangat reaktif dan akan bertindak balas dengan makanan yang diproses dalam peralatan aluminium atau makanan yang dibalut dengan 'foil' tersebut.

Oleh sebab itu, ia sangat bahaya jika terlampau kerap anda menggunakannya dalam masakan terutama untuk makanan yang berasid dan pedas. Makanan yang berasid tinggi ini akan menyerap logam di dalam 'foil' tersebut jika dipanaskan.

bahaya aluminium foil 3

Menurut kajian, ini bukan berita baik untuk badan anda, kerana dos aluminium yang tinggi telah dikaitkan dengan 'Osteoporosis' dan 'Alzheimer'. Selain itu, kajian juga telah mengaitkan ia dengan pesakit yang mempunyai penyakit tulang atau kegagalan buah pinggang. 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa 40mg logam ialah pengambilan harian yang selamat tetapi menurut satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Amerika Sharjah menunjukkan bahawa makanan yang dimasak dalam 'foil' tersebut boleh mengandungi lebih dari enam kali dari jumlah itu, dengan satu bahagian daging dimasak mengandungi sehingga 400mg. 

bahaya aluminium foil 2

Penyelidik tersebut iaitu Dr Fathia Mohammed dan Dr Essam Zubaidy telah memasak pelbagai daging dengan berbagai jenis bahan lain seperti tomato, cuka, garam bersama-sama dengan sayur-sayuran dan air. Mereka juga selaraskan suhu dan tempoh masa.

Kajian ini menunjukkan bahawa makanan yang berasid seperti menggunakan jus lemon atau sos tomato mengandungi aluminium yang tinggi. Tambahan pula, apabila ditambah rempah ratus kepada campuran tadi, ia menjadikan kandungan aluminium tersebut semakin tinggi. Bagi makanan yang dimasak dengan alkohol dan garam pula, ia tidak menyerap banyak. 

bahaya aluminium foil 1

Tubuh manusia sebenarnya boleh menangani jumlah logam yang kecil di dalam badan, tetapi masalahnya adalah kita akan terlebih jumlah itu disebabkan oleh pendedahan yang kerap kepada aluminium dalam makanan seperti jagung, keju kuning dan teh. Kebanyakan 'antiperspirants' juga mengandungi aluminium.

bahaya aluminium 5

Jadi, ia sangat tidak digalakkan untuk menggunakan 'aluminium foil' sebagai pembalut makanan. Anda boleh gunakan daun pisang sebagai ganti malahan daun pisang dapat membuat makanan lagi bertambah sedap. Tetapi, sekarang agak sukar untuk mencari daun pisang kerana kebanyakan daripada kita tinggal di dalam bandar. Kalau boleh, kurangkan penggunaan 'aluminium foil' demi kesihatan kita nanti. Mungkin sekarang masih sihat, tetapi pada masa akan datang kita tidak tahu.

Sumber :

1. metro.co.uk

2. news

3. Risk Assessment of Using Aluminium Foil in Food Preparation




Hakcipta iluminasi.com (2017)