gambar keluar ary malik suami dan anaknya

Suami kepada Ary Malik, Shahrul Nizam Shaharuddin yang berumur 46 tahun telah mengesahkan kepada media bahawa isterinya telah meninggal dunia pada 7.20 PM sebentar tadi. Beliau juga mengatakan bahawa dia merasakan ini adalah satu kehilangan yang besar kepada keluarganya keran Ary Malik adalah isteri yang sangat menyayangi keluarganya.

Sharul Nizam juga menceritakan bahawa anak-anak mereka masih dalam keadaan sedih dan sangat merindui ibu mereka. "Terima kasih banyak diucapkan kepada semua yang menyokong Ary Malik selama ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga kami" katanya lagi.

ary malik meninggal dunia

Ary, ataupun nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul telah disahkan menghidap kanser ovari sejak awal tahun 2016 lagi. Pernah menjalani pembedahan sekali pada mulan 5 (Mei) 2016 namun kanser beliau telah merebak sehingga ke bahagian kepala. Allahyarham Ary Malik meninggalkan 3 orang anak. Perempuan kesemuanya iaitu  Dinda Pelangi Timor Malik, Nurh Zoe Iman Malik dan Ratu Chinta Mecca Malik.Takziah diucapkan kepada keluarga.




Hakcipta iluminasi.com (2017)