lubang 956

Seekor anjing yang hilang selama 5 hari akhirnya berjaya diselamatkan hasil bantuan penggunaan drone.

Sebelum kehilangan anjingnya, Katinka iaitu pemilik anjing yang bernama Cherry telah pergi bermain-main dengan anjing kesayangannya itu. Seperti biasa, beliau akan membaling sesuatu objek dan Cherry kemudian akan mengejar dan mengambilnya semula.

Malangnya, pada hari kejadian, anjing nya tidak datang semula. Beliau mengesyaki sesuatu telah terjadi dan cuba mencari anjingnya di kawasan berhampiran. Disebabkan kawasan tersebut merupakan sebuah yang luas, maka agar sukar baginya untuk mencari.

Setelah 5 hari usaha mencari dilakukan, Katinka telah melancarkan satu kempen dalam talian 'Give a Dog a Drone' untuk mengumpul dana bagi membolehkannya membeli drone untuk kegunaannya mencari anjingnya yang hilang itu.

selamatkan anjing

Hasil daripada kempen itu, $1500 berjaya dikumpul. Sebuah syarikat tempatan yang menjual drone telah mendapat tahu mengenai berita itu dan menawarkan untuk menggunakan drone mereka secara percuma. Dalam 20 minit pencarian anjing itu menggunakan drone dan teknologi haba, mereka berjaya mengesan anjing tersebut dalam sebuah lubang bekas lombong.

Akhirnya anjing tersebut berjaya diselamatkan dibawa ke klinik veterinar. Katinka berkata, mengenai duit sumbangan orang ramai tersebut, beliau akan memulangkannya kembali kepada penderma atau mendermakannya pula kepada badan kemanusiaan lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)