Oleh pada 31 Mar 2017 kategori

Masyarakat kita kini sering disogokkan dengan berita mengenai kisah hidup para jutawan dan usahawan tempatan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Dalam media sosial, berita, wawancara, iklan tv, rata-rata penuh dengan paparan muka 'jutawan'. Lantaran itu, semakin ramai orang yang terpengaruh dan kian taksub untuk memperolehi "first million" mereka.


jutawan main skateboard posing depan kereta


Kewujudan program keusahawan dan seminar yang berkonsepkan jutawan muda juga telah lahir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Maka, tak hairanlah jika ramai yang sanggup melabur belasan malah puluhan ribu ringgit untuk menghadiri kelas-kelas ini dengan harapan mereka juga dapat menjadi jutawan segera dalam masa yang singkat.

Remaja lepasan sekolah juga kini ramai yang lebih cenderung untuk memulakan perniagaan dan memilih untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. "Nak jadi jutawan tak perlu belajar tinggi-tinggi," fikir mereka.

Fenomena apakah yang melanda negara kita sehingga berjaya merasuk pemikiran masyarakat sehingga jadi begini?

Team Iluminasi telah mendapatkan kebenaran untuk menyiarkan satu status menarik seorang usahawan perniagaan makanan, Tarique Syahman yang telah dikongsikan di laman Facebook beliau berkaitan fenomena ini. 


tidur dengan duit sampai duit beranak pinak


Assalamualaikum.

Aku tak tahu siapa yang mulakan dahulu kegilaan nak jadi jutawan ni. Sikit-sikit sembang macam mana nak dapat first million, sikit-sikit cerita mamat sana minah sini income juta-juta setahun. Apa ni? Disebabkan aku anggap diri aku ini sangat reasonable, maka aku jujurnya tak menyelar sahabat-sahabat yang bercita-cita nak jadi jutawan. Up to you. It's your dream, and go for it. Aku sokong. Cuma aku terfikir siapa yang mulakan kegilaan ini. Mari kita bermain satu permainan minda. Senang saja. Aku tanya, hang jawab dalam hati.


PERHATIAN. Soalan ini hanya untuk orang yang nak jadi jutawan sahaja.

Yang tak mahu jadi jutawan, tolong jangan main.

Soalan 1. Apakah erti jutawan pada anda? Cuba anda jawab dalam hati. Dah jawab? Ok teruskan dengan soalan kedua.

Soalan 2. Mengapakah anda ingin menjadi seorang jutawan? Jawab sejujurnya dalam hati anda. Dah jawab? OK teruskan dengan soalan ketiga.

Soalan 3. Atas tujuan apakah (what for) anda ingin menjadi seorang jutawan? Dah jawab? Teruskan lagi.

Soalan 4. Adakah jawapan anda untuk Soalan 2 sama dengan jawapan untuk Soalan 3 ?

Soalan 5. Adakah membantu orang susah, membina masjid, bersedekah, membeli tanah/rumah/kereta secara cash, membela agama, menolong anak yatim, memajukan bangsa, simpanan masa depan anak-anak kaum kerabat, bersara dengan senang hati atau menambah keyakinan diri ada di dalam jawapan untuk Soalan 2 dan Soalan 3?

Soalan 6. Tahukah anda, jawapan anda untuk soalan tadi tidak memerlukan anda menjadi seorang jutawan to make it happen?

nak membantu golongan kurang bernasib baik tidak perlu tunggu jadi jutawan


Nak jadi jutawan, terjadi hipokrit pula.

Thinking big tak salah, dreaming big pun tak salah. Start small. Buat apa yang boleh dulu. Macam mana nak belanja jiran tetangga bayar bil bila dah kaya nanti kalau masa tak kaya pun kita tak pernah belanja bayar bil dia. Instead of asking ourselves "Why?", try asking "What for?". Jawapan kita sendiri yang mungkin akan ubah pemikiran kita sendiri. Bukan aku nak menyelar impian cita-cita orang, cuma nak sedarkan masyarakat dari kegilaan ini dan mencetus masyarakat untuk bertindak serta-merta! Tak payah tunggu jadi kaya baru nak buat.

Cukup lah tu. Aku doakan hampa semua kaya secukupnya.


janganlah kaburkan niat duniawi anda dengan kata kata berunsurkan ukhrawi tak baik tipu tipu dose


Sekiranya anda berjaya menjawab keenam-enam soalan tersebut dengan cemerlang, kami berikan sekalung ucapan tahniah! Anda mungkin telah berjaya memandang cita-cita untuk menjadi jutawan ini dari perspektif yang baru. Kami berdoa dan berharap anda juga boleh menjadi 'jutawan' seperti saudara Tarique Syahman. Tak perlu tunggu bergelar millionaire, punyai wang ringgit melimpah-ruah untuk mencapai segala apa yang anda inginkan.

Marilah kita mula perbetulkan niat dan fokus pada matlamat sebenar. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


tags : , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)