Oleh pada 16 Feb 2017 kategori

travel with kids aktiviti dalam kereta apa nak buat

Masa perjalanan yang panjang seringkali membuatkan anak panas punggung dan tidak senang duduk. Apatah lagi kalau tiba musim perayaan dengan keadaan trafik sesak di sepanjang lebuhraya. Situasi begini boleh membuatkan si kecil cepat jemu dan mulalah nak buat perangai.

Daripada ambil jalan mudah dengan memberikan anak gajet, apa kata cuba lakukan aktiviti dan hiburan berikut dalam kereta sepanjang perjalanan. Selain dapat mengelakkan kebosanan, anda juga akan dapat merangsang minda mereka supaya menjadi lebih pintar dan petah berkata-kata.

1. Permainan teka atau cari benda / I Spy with My Little Eye

aktiviti dalam kereta teka benda spy with my little eye 14

Anda boleh bermain game mudah ini. Pilih satu benda yang boleh dilihat dan beri beberapa klu kepada anak anda. Sekiranya anak ramai, boleh jadikan ia pertandingan siapa yang dapat teka dulu, dia menang.

Contoh 1: I spy with my little eye something white, fluffy and high in the sky. (Jawapan : clouds)

Contoh 2: Cuba cari benda warna hijau, bermula dengan huruf S dan dia luaaaasssss sangat. (Jawapan : sawah padi)

2. Game ejaan / Spelling Bee

Cari objek di sekeliling anda sepanjang perjalanan dan minta anak eja perkataan itu. Kemudian cuba alih bahasa kepada bahasa lain seperti Inggeris atau bahasa asing kesukaan anda. Selain daripada pandai mengeja, anak anda juga akan dapat kemahiran komunikasi secara dwibahasa!

3. Teka-teki / Riddles

kentut teka teki aktiviti anak dalam kereta

Anak-anak kecil selalunya suka bermain teka-teki. Cuba bagi mereka soalan teka-teki mudah dan biarkan mereka memerah otak untuk mencari jawapan.

Contoh : Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? (Jawapan : penguin)

4. Permainan berunsurkan matematik

Anda boleh beri anak soalan congak untuk dijawab. Bagi anak yang baru belajar mengira, boleh berikan mereka objek seperti penyepit baju untuk menjawab soalan yang diberikan.

Anda juga boleh minta anak tambah atau darab nombor plat kereta yang dapat dilihat;

Contoh : nombor plat 6715 (6 + 7 + 1 + 5 berapa?)

5. Menyanyi bersama

Anak kecil mana yang tak suka menyanyi? Pilih lagu kegemaran mereka dan ibu bapa pun boleh turut serta menyanyi. Selain mengelakkan anak bosan, anda yang memandu pun hilang mengantuk!

6. Permainan "Namakan"

Tingkatkan skill perbendaharaan kata anak dengan permainan ini. Minta anak-anak pilih satu kategori seperti nama negara, buah-buahan, haiwan atau apa sahaja perkara yang terlintas di fikiran. Kemudian minta mereka namakan 3-5 benda dalam kategori tersebut secara bergilir-gilir.

Contoh : kategori buah-buahan

Anak #1 pisang, kiwi, tembikai.Anak #2 strawberi, betik, epal.

Sekiranya kategori yang sama diulang, mereka dilarang mengulangi jawapan yang sama.

7. Baca papan tanda dan nombor plat kenderaan

Aktiviti ini bagus untuk anak-anak yang baru belajar mengenal huruf dan angka. Pilih mana-mana plat kenderaan/papan tanda dan minta anak sebut huruf satu-persatu dan cuba baca perkataan tersebut. Stimulasi otak seperti ini sangat efektif untuk membantu anak anda mengenali abjad dengan cepat.

8. Cari harta karun / Scavenger Hunt

Anda boleh cetak siap-siap printables yang comel-comel untuk bermain permainan ini atau anda boleh design sendiri checklist anda. Pilih tema yang bersesuaian seperti senarai papan tanda ataupun jenis-jenis kenderaan. Sepanjang perjalanan, anak anda perlu fokus memerhatikan suasana sekeliling untuk mencari objek-objek di dalam senarai.

9. Bingo

roadtrip bingo aktiviti anak dalam kereta bosan 724

Permainan klasik ini merupakan salah satu variasi daripada scavenger hunt. Anak perlu mencari objek-objek yang terdapat di atas kertas dan cari sehingga boleh mendapatkan satu garisan merentasi 5 objek. Siapa dapat garisan sempurna dahulu perlu jerit "Bingo!"

10. Berbual bersama anak

Adakalanya kita terlalu bergantung harap pada gajet untuk menghilangkan 'kebosanan' anak-anak. Tahukah anda banyak kajian dari seluruh dunia mendapati apabila anak terlalu fokus kepada skrin gajet, mereka seakan-akan berada dalam dunia tersendiri dan menyebabkan mereka kurang memberi perhatian kepada orang sekeliling.

Justeru, ketepikanlah gajet buat seketika dan berkomunikasilah sepuas-puasnya dengan anak anda. Aju pelbagai soalan yang dapat membuatkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Anda juga dapat melatih mereka untuk menghadapi cabaran pendidikan KBAT apabila di sekolah nanti.

hiburkan anak dalam kereta


tags : , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)