Semenjak memperkenalkan siri FX yang kurang kompetetif, AMD, syarikat pengeluar mikroprosessor agak tenggelam jika dibandingkan dengan prosessor keluaran syarikat Intel yang terus menjadi pilihan mereka yang benar serius hendak menambahkan kuasa pemprosesan komputer.

Walau bagaimanapun, kedengaran desas desus yang menyebut produk terbaru keluaran AMD yang dinamakan AMD Ryzen bakal menggegarkan dunia teknologi yang telah dimonopoli Intel dalam 10 tahun kebelakangan ini.

Untuk mereka yang mahu membeli komputer bagi menggantikan komputer atau laptop lama anda, sila tunggu dulu dan lihat bagaimana AMD Ryzen menggugat dominasi Intel sebelum membuat sebarang keputusan. Berikut adalah beberapa fakta menarik berkenaan AMD Ryzen yang perlu anda tahu jika anda kaki komputer.

amd ryzen02


1. AMD Ryzen bakal dilancarkan dalam 3 jenis, Ryzen 7, Ryzen 5 dan Ryzen 3. Tahap keupayaan pula menurut turutan tersebut yang bakal mencabar Intel i7, i5 dan i3 yang kini menjadi pilihan ramai pengguna.

2. Buat masa sekarang, AMD Ryzen 7 sahaja yang telah dilancarkan.

amd ryzen chip jfif


3. Yang penting untuk para pengamal perisian yang memerlukan pemprosesan berat seperti mengedit video, pengubahsuaian imej atau program animasi, AMD Ryzen mungkin menjadi pilihan ramai di mana AMD Ryzen 7 yang berharga murah telah menyaingi malah menewaskan prosessor dari Intel siri i7 yang berharga 2 kali ganda AMD Ryzen 7.

4. Anda mampu mendapatkan AMD Ryzen 7 dan sebuah grafik kad Nvidia 1080 bersamaan dengan sebuah prosessor Intel i7 6900K. Nampak munasabahnya nilai yang AMD Ryzen tawarkan?

amd ryzen cpu packaging


5. Negatifnya pula, untuk perisian permainan video yang memerlukan kekuatan prosessor tunggal (single core) AMD Ryzen agak ketinggalan jika dibandingkan dengan prosessor Intel apabila permainan video dimainkan dalam resolusi 1080p.

6. Walaupun begitu, apabila resolusi dinaikkan menjadi 2K atau 4K, jurang perbezaan mula menipis kerana kuasa pemprosesan grafik kini dikongsikan dengan prosessor dan bukan hanya bergantung dengan kad grafik sahaja.

amd ryzen01


7. Buat masa sekarang, AMD Ryzen menepati ramalan awal yang siri ini akan menggegarkan dunia ICT. Semua ramalan awal yang dijangkakan benar-benar dipenuhi oleh AMD, sebuah syarikat yang agak kecil jika dibandingkan dengan Intel dalam kemampuan melakukan penyelidikan.

8. Apa langkah Intel untuk mengimbangi ancaman AMD Ryzen? Langkah pertama yang akan diambil nampaknya adalah dengan menurunkan harga kerana selama ini, satu tuduhan terhadap Intel tidak pernah mati; Intel berani menjual prosessor mereka pada harga yang sangat tinggi kerana mereka tahu mereka tidak ada tandingan.

win the customer experience

Apa yang penting, dalam era baru perang prosessor ini, yang bakal untung adalah pengguna kerana kita akan dapat membeli prosessor yang lebih kuat dengan harga yang lebih rendah.

tags : , , , , , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)