Oleh pada 13 Aug 2017 kategori

afifah nasir tayang 7 video bukti penafian pengarah drama 1

Kredit foto: mewarnaimu9.blogspot.my

Pada Khamis lalu, sekumpulan wartawan mengunjungi lokasi penggambaran drama "Izinkan Aku Mencintaimu" untuk mendapatkan kenyataan pengarah Mansur Akob berhubung dakwaan yang dikeluarkan aktres Afifah Nasir berkenaan rancangan pihak produksi yang meminta Afifah berhubungan mesra dengan aktor Aliff Aziz demi kelancaran penggambaran drama.

Mansur dalam kenyataannya ketika itu menafikan beliau mengeluarkan arahan rasmi kepada Afifah sebaliknya hanya bercakap dalam perbualan santai sesama rakan produksi.

Terkini, Afifah memuat naik tujuh video di laman Instagram yang memaparkan Mansur menafikan kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

Menurut Mansur dalam video tersebut, penafian yang dibuat tempoh hari bukan merujuk kepada arahan produksi kepada Afifah, sebaliknya berkenaan isu inap desa yang menjadi perancangan awal mereka untuk memastikan kelancaran penggambaran drama. 

afifah nasir tayang 7 video bukti penafian pengarah drama 2

Kredit foto: klick.my

Wartawan silap tafsiran, mereka tanya tentang homestay, memang kita ada berbincang kerana setiap masalah kita akan minta pendapat, homestay adalah salah satu rancangan tapi kita tidak laksanakan. Kita tak laksanakan apa kita bincang, saya hanya nafikan berkaitan soalan homestay mereka pula tersilap dengar atau sengaja untuk putar belitkan berita. Saya nafikan ada memberi kenyataan artikel bertajuk (Produksi menafikan meminta Afifah memujuk Alif) yang ditulis media, ibarat saya cakap bab B mereka tulis bab A.

Sumber: Mstar

Bagaimanapun menerusi laporan portal Mstar, mereka menyertakan bukti video temubual bersama Mansur pada Khamis lalu yang mendedahkan secara jelas kenyataan penafian pengarah itu sebelum ini adalah merujuk kepada isu perancangan pihak produksi.

Pihak media kecewa kerana Mansur kini seolah-olah menyalahkan wartawan sedangkan tanpa disedari beliau temubual Khamis lalu turut dirakam dalam bentuk video.

Di sini kami kongsikan video tersebut untuk anda membuat penilaian sendiri. 

Kredit video: Mstar Online Malaysia


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)