Kredit foto: Instagram Sharifah Amani

Semalam menjadi momen terindah buat adik kepada aktres Sharifah Amani iaitu Sharifah Aleysha yang selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya - dikenali sebagai Ali.

Amani menerusi laman Instagram berkongsi beberapa foto majlis pernikahan tersebut sambil melayangkan ucapan dalam kapsyen.

Menurut Amani, dia mengalu-alukan kedatangan Ali sambil berpesan kepada suami isteri itu agar menjaga sesama sendiri.

Kamu tidak dinafikan lagi adalah sebahagian daripada keluarga kami @aliroars dan hari ini merupakan hari rasminya. Tolong jagakan Pheonix kami dan dia juga bakal melakukan perkara yang sama terhadap kamu. Insha Allah. Syukur Alhamdulillah, lindungilah hubungan pasangan ini dan restuilah perjalanan baru mereka. Mudah-mudahan. Ani sayangkan kamu berdua sangat.

Sumber: Instagram Sharifah Amani

Tidak ketinggalan netizen di ruangan komen turut sama mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka. Yang menariknya, ada di kalangan para pengikut Amani yang perasan akan wajah Ali yang dikatakan mempunyai iras aktor Farid Kamil.

Tak percaya? Saksikan sendiri foto-foto yang dikongsi Amani. 

adik sharifah amani kahwin netizen terkejut lihat wajah suaminya macam farid kamil 2

adik sharifah amani kahwin netizen terkejut lihat wajah suaminya macam farid kamil 3

Kredit foto: Instagram Sharifah Amani




Hakcipta iluminasi.com (2017)