Oleh pada 30 Jan 2017 kategori

Kajang: Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman yang dilaporkan hilang pada 22 Januari (Ahad) lalu telah dijumpai pada waktu pagi hari ini. Dia juga telah menceritakan bahawa dia 'dijaga' oleh seseorang sepanjang kehilangan dirinya itu. 

Sepanjang tempoh kehilangan, Mohd Azarul Mukhriz hanya makan buah-buahan yang ada didalam hutan dan minum air sungai. Katanya lagi, disangkakan cuma tiga hari dia tersesat, rupanya sudah hampir seminggu. "Saya sudah berusaha mencari jalan keluar, tapi saya asyik melalui kawasan yang sama walaupun sudah jauh berjalan".

mohd azarul mukhriz ketika diselamatkan di bukit broga

Dia juga tidak menceritakan secara terperinci dia dijaga oleh siapa kepada media namun Azarul memanjatkan kesyukuran kerana telah terselamat dan dapat pulang bersama keluarga.

"Kami bersyukur kerana Azarul telah selamat" kata ibunya yang datang jauh daripada Kedah selepas mendengar berita kehilangan anaknya itu. Ahli keluarga Azarul juga kini menemai Azarul di hospital Kajang kerana selepas dijumpai, Azarul lemah akibat dehidrasi.

 

Kronologi Mohd Azarul Mukhriz hilang di bukit broga

Mohd Azarul dikatakan telah mendaki Bukit Broga pada pukul 4 petang 22 Januari dan telah dijumpai oleh pendaki lain pada pukul 9 pagi 28 Januari.




Hakcipta iluminasi.com (2017)