Oleh pada 08 May 2017 kategori

Apakah pekerjaan anda? Di zaman yang serba canggih dan moden ini, terdapat pelbagai pekerjaan yang dianggap sebagai pekerjaan lazim, antaranya adalah doktor, jurutera, peguam, akauntan dan sebagainya.

oshiya 2

Namun, tahukah anda, disebalik pekerjaan yang lazim ini, terdapat pekerjaan yang sangat pelik sehinggakan anda meragui kewujudannya. Percaya atau tidak, pekerjaan-pekerjaan ini tetap wujud untuk memenuhi keperluan dan kemahuan pelik manusia-manusia di muka bumi ini.

Iluminasi.com ingin berkongsi 10 pekerjaan yang paling pelik di dunia yang anda tidak sangka akan kewujudannya.


1. Pemancing basikal - Belanda

bike fisher

Bagi yang tidak tahu, Amsterdam merupakan antara bandar yang mempunyai jumlah pengguna basikal yang paling tinggi di dunia. Dengan jumlah basikal yang terlalu banyak dan terusan yang besar dan panjang, maka pekerjaan ini wujud di sana. Tugas mereka adalah memancing basikal-basikal yang terjatuh ke dalam terusan tersebut.


2. Pengasuh burung unta - Afrika Selatan

ostrich babysitter

Ya, kerja ini benar-benar wujud di Afrika selatan. Tugas sebagai pengasuh burung unta adalah memantau perlakuan dan pergerakan burung unta yang masih kecil. Pengasuh ini perlu sentiasa memerhatikan burung-burung unta bagi memastikan mereka selamat dan tidak mematuk sesama sendiri, serta mengelakkan mereka daripada melarikan diri. Gajinya bergantung kepada berapa banyak burung unta dan berapa baik kelakuan perangai mereka.


3. Cuida Carros - Brazil

cuida carros

Di negara-negara di Amerika Selatan seperti Costa Rica dan Brazil, jenayah mencuri kenderaan adalah sangat lazim. Jadi jika anda seorang yang sangat protektif atau pemilik kenderaan yang sangat cerewet dan teliti, anda mungkin perlukan khidmat mereka ini. Mereka ini akan menjaga kereta anda, seperti pengawal peribadi untuk kereta, dan akan memukul sesiapa sahaja yang cuba untuk mencuri kereta anda.


4. Snuggler (Tukang peluk) - Jepun

Ya, kerja ini juga amat pelik tetapi wujud, kebanyakan di Jepun. Kerja mereka sudah dijelaskan oleh namanya sendiri. Mereka dibayar mengikut jam, dan pekerja tersebut perlu meneman pelanggan dengan memeluk sehingga tidur atau hanya tidur di sebelahnya. Kebanyakan pekerja ini adalah wanita.


5. Oshiya - Jepun

oshiya

Disebabkan bandar Jepun yang amat padat dan hampir kesemua daripada mereka menggunakan kenderaan awam, terutamanya di Tokyo, maka pekerjaan Oshiya ini perlu ada di Jepun. Tugas Oshiya adalah menolak penumpang-penumpang ke dalam tren bagi membolehkan mereka masuk ke dalam tren yang sememangnya sudah penuh dan padat dengan penumpang lain, terutama ketika waktu sibuk iaitu waktu orang pergi kerja dan pulang dari kerja.


6. Toques - Mexico

toques

Toques adalah mereka yang bertanggungjawab untuk memberikan renjatan elektrik kepada orang yang mabuk. Mereka akan berjalan-jalan sambil membawa bateri yang akan menghasilkan dan mengeluarkan tenaga elektrik, dan merenjatkan badan mereka yang mabuk oleh pengaruh alkohol, bagi menyedarkan mereka. Toques akan mengecaj sejumlah wang untuk setiap kali renjatan.


7. Penentu jantina anak ayam

anak ayam 561

Mereka ini adalah ahli yang terlatih untuk membezakan jantina anak ayam. Cara yang paling lazim untuk menentukan jantina anak ayam adalah dengan cara 'venting', di mana pekerja-pekerja ini akan memicit badan anak ayam tersebut dengan tekanan yang secukupnya, tetapi tidak terlalu kuat. Dengan cara ini, kemaluan anak ayam tersebut akan terlihat secara sendiri.


8. Penghalang nombor pendaftaran kenderaan

plate blocker

Di Tehran, Iran, pihak berkuasa tempatan mempunyai undang-undang yang hanya membenarkan sejumlah bilangan kenderaan sahaja yang boleh berada di atas jalan pada satu-satu masa. Mereka melaksanakannya dengan membenarkan kereta yang bernombor pendaftaran yang berakhir dengan nombor genap berada di atas jalan pada hari ini, dan yang berakhir dengan nombor ganjil pada esok harinya. Jadi, bagi mereka yang tidak dibenarkan memandu pada hari-hari tertentu, mereka akan membayar seseorang untuk berdiri dan menghalang nombor pendaftaran mereka daripada dilihat oleh penguatkuasa.


9. Pendukacita professional

Namanya sudah pelik, apatah lagi pekerjaannya. Pendukacita professional dianggap satu pekerjaan yang mulia dan menjadi kerjaya yang diingini. Mereka ini dibayar untuk meluahkan kesedihan secara lisan dan menangis untuk menambahkan suasana sedih terutama ketika pengebumian.


10. Pemohon maaf professional

professional apologizer

Penulis agak keliru sama ada nak nangis atau gelak apabila membaca nama pekerjaan ini. Pemohon maaf professional menawarkan khidmat memohon maaf bagi pihak orang lain. Adakah mereka terlalu sibuk, atau malas untuk memohon maaf, sehingga memerlukan khidmat ini?

Bagi penulis, kerja apa sahaja pun tak ada masalah asalkan ia datang dari sumber yang halal. Selamat bekerja!


tags : , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)