Pihak National Geographic telah menganjurkan satu pertandingan fotografi "National Geographic 2017 Travel Photographer of the Year". Tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun 2017 dan kini, para juri dan hakim telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan ini. 

honorable mention

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hadiah utama adalah pengembaraan selama 10 hari untuk 2 orang ke Pulau Galapagos bersama Ekspedisi National Geographic dan pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai sebanyak $2,500, $750 daan $500 bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.

iluminasi.com ingin berkongsi gambar-gambar pemenang bagi setiap kategori iaitu People, Nature dan Cities, serta gambar pemenang hadiah utama.

Pemenang hadiah utama - The Power Of Nature

hadiah utama

Lokasi : Rancho De Aguirre, Colima, Mexico

Gambar yang membawa pulang hadiah utama ini diambil di Mexico pada 13 Disember 2015. Gambar ini menunjukkan letusan kuat oleh gunung berapi Colima yang menerangi lereng-lereng gunung tersebut. Jurugambar yang ketika itu berada di bandar Comala ternampak cahaya di atas kawah gunung berapi ini dan mula mengambil gambar. Beberapa ketika kemudian, berlaku letupan gunung berapi yang sangat kuat yang menghasilkan kepulan asap dan pancaran kilat menerangi suasana sekitar yang gelap. "Ia merupakan antara saat paling indah dalam hidup saya," kata jurugambar.

Tempat #1 kategori People : Workship

workship

Lokasi : Konya, Turki

Gambar yang diambil dalam sebuah bangunan bersejarah di Konya, Turki di mana seorang darwis kelihatan sedang berpusing-pusing menari tarian estatik, yang diterangi cahaya melalui lubang-lubang atap. Upacara ini melambangkan perjalanan misteri seorang lelaki ke arah kebenaran dan cinta serta mewakili revolusi berterusan bagi semua makhluk hidup. 

Tempat #2 kategori People : Interesting Moment

interesting moment

Lokasi : Amsterdam, Belanda

Kelihatan sekumpulan manusia sedang berdiri dan menyaksikan karya masterpiece oleh Rembrandt, yang diberi nama Syndics of the Drapers' Guild, di Rijksmuseum yang terletak di Amsterdam, Belanda. Apa yang menarik dan ironi adalah kelihatan manusia di dalam lukisan itu juga seolah-olah sedang menyaksikan kumpulan pelawat ini. "Saya dapat mengambil dua gambar, satu daripadanya kabur, dan gambar ini sangat sempurna," kata jurugambar.

Tempat #3 kategori People : Under The Wave

under the wave

Lokasi : Tavarua, Fiji

Gambar diambil ketika peluncur air profesional Donavon Frankenreiter sedang meluncur dan diambil dengan kreatif dalam sudut dan perspektif luar dari kebiasaan.

Tempat #1 kategori Cities : Levels Of Reading

levels of reading

Lokasi : Stuttgart, Jerman

Kelihatan cahaya semulajadi memenuhi ruang dalaman yang moden di perpustakaan bandar di Stuttgart, Jerman. Persekitaran yang unik disumbang oleh lantai putih yang terang, kawasan terbuka dan tingkap yang besar, dapat menaikkan lagi suasana pembelajaran.

Tempat #2 kategori Cities : Walled City #08

walled city 08

Lokasi : Hong Kong

Pandangan dari udara menampakkan bangunan yang tersusun padat di Whampoa Garden, Hong Kong. Gambar ini diinspirasikan oleh bandar paling padat di dunia yang dirobohkan hampir 30 tahun lalu, iaitu Kowloon Walled City. Beratus-ratus rumah disusun di atas antara satu sama lain dan terdapat sedikit ruang yang terbuka. Ia merupakan satu legasi dan dibina bagi menampung populasi yang terlalu ramai.

Tempat #3 kategori Cities : Henningsvær Football Field

henningsv r football field

Lokasi : Henningsvær, Nordland, Norway

Gambar yang diambil dari udara ini menampakkan jelas sebuah padang bola di Henningsvær yang dianggap antara padang bola yang paling menarik di Eropah. Padang yang terletak di atas Pulau Lofoten ini diambil ketika pelayaran daripada Tromsø ke Lofoten Archipelago. Jurugambar mengambil gambar ini menggunakan drone selepas langit cerah dan cuaca yang mengizinkan yang mana sebelum ini hujan dan sejuk selama seminggu. Gambar di ambil 120 meter dari aras laut.

Tempat #2 kategori "Nature" : To Live

to live

Lokasi : Oinukake, Miyagi, Japan

Kelihatan beberapa ekor angsa sedang meluncur di atas permukaan air di Kabukurinuma, Osaka, Jepun yang merupakan tanah lembap yang dilindungi. Kawasan ini menjadi tempat bagi burung pada musim sejuk dan merupakan syurga terakhir bagi mereka kerana banyak tanah lembap di Jepun yang sudah lenyap.

Tempat #3 kategori Nature : Crocodiles

crocodiles

Lokasi : Rio Tarcoles, Costa Rica

Buaya Amerika berkumpul di tebing Sungai Tarcoles di Costa Rica. Gambar ini diambil oleh jurugambar yang diberitahu bahawa terdapat 30 hingga 40 ekor buaya dan mereka beranggapan ia satu gurauan. Lalu mereka berjalan sepanjang titian sempit dan ternampak pemandangan ini.

Sumber : National Geographic Travel




Hakcipta iluminasi.com (2017)