Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

unik

Setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Ada yang dikurniakan bakat melukis, dan ada pula yang mempunyai suara yang lunak merdu. 

Namun, terdapat keunikan pada tubuh badan manusia yang sangat jarang berlaku pada badan manusia yang lain. Keunikan ini membuatkan seseorang itu istimewa. Sama ada ianya berguna atau tidak, itu anda sendiri yang tentukan. 

1. Diastema

diastema 723

Ini memang sangat unik. Diastema adalah ruang antara gigi depan, dan hanya 20% daripada populasi manusia sahaja yang mempunyai keunikan ini. Walaupun ia kelihatan seperti tak normal dan perlukan bantuan doktor gigi, tetapi ada di antara mereka yang sukakan keunikan ini dan mengekalkannya.

Bila pandang betul-betul, nampak comel pulak kan?

2. Angkat kening sebelah

the rock

Siapa lagi kalau bukan The Rock adalah ikon kepada angkat kening sebelah ni kan. Kebolehan ini tidak dimiliki oleh semua orang. Ia bergantung kepada betapa cekap anda mengawal otot pada muka anda. Apa yang menarik adalah mereka yang mempunyai kebolehan ini juga boleh menggerakkan telinga mereka. 

Yang ni kalau pandang, tak nampak comel, tapi nampak macho.

3. Lesung pipit

wawa thumb

Ini yang mahal. Lesung pipit dianggap sebagai sesuatu yang sangat berharga dan unik sehinggakan ramai yang ingin mendapatkannya dengan cara menindik pipi sendiri. Walaupun ia kelihatan sangat manis, namun lesung pipit sebenarnya adalah kecacatan pada struktur otot zygomatic yang bertanggungjawab mengawal senyuman.

Bagi mereka yang mempunyai ciri fisiologi, sekumpulan kecil otot terlekat pada tulang dan apabila individu ini senyum, sebahagian daripada pipinya akan ditarik ke dalam. Lesung pipit lebih jelas kelihatan bagi mereka yang mempunyai pipi yang tembam kerana lemak-lemak ini membuatkan lekuk lebih terserlah.

Bila sekali senyum, aduh, cair terus.

4. Menggulung lidah

gulung lidah

Menggulung lidah bukan sahaja ciri unik pada tubuh badan, namun ia juga dianggap sebagai satu bakat. Untuk menggulungkan lidah, individu tersebut perlu mempunyai panjang lidah yang tertentu. Selain disebabkan genetik, kebolehan menggulungkan lidah boleh berlaku akibat pengaruh persekitaran. Sebagai contoh, lebih banyak orang India mempunyai lidah yang fleksibel dan ini dikaitkan dengan keunikan bahasa yang dituturkan, menurut saintis.

Bukan semua yang mempunyai kebolehan ini mampu melakukan apa yang lain mampu, kerana tahap fleksibel lidah adalah berbeza. Menurut kajian saintis, 63% peratus daripada peserta kajian mampu menggulungkan lidah menjadi sepenuhnya, 14% mampu membengkokan separuh daripadanya dan kurang daripada 1% boleh membentukkan lidah menjadi "triple pipe".

Penulis ngeri tengok yang ni.

5. Menggerakkan telinga

gerak telinga

Di atas muka bumi ini, hanya 22% mempunyai kebolehan unik menggerakkan satu telinga manakala peratusan mereka yang boleh menggerakkan kedua-dua belah telinga adalah kurang daripada 18%. Ia merupakan sesuatu yang agak pelik namun terdapat mereka yang tidak mempunyai genetik ini namun mampu menggerakkan telinga melalui latihan yang kerap.

Yang ni pulak memang takut!

6. Menggerakkan jari kaki secara berasingan

gerakkan jari kaki

Cuba anda lakukan, gerakkan jari kaki anda satu-persatu mengikut giliran. Tak boleh kan? Ia adalah kerana hanya ibu jari dan jari kelingking sahaja yang mempunyai otot berasingan, manakala yang lainnya dikawal bersama-sama oleh satu set otot. Semua orang mampu menggerakkan jari ibu kaki dengan mudah tetapi hanya sedikit yang mampu menggerakkan jari kelingking.

7. Menjilat siku sendiri

jilat siku

Penulis cuba lakukan, tapi leher sedikit terkehel. Memang tak boleh. Hanya 1% daripada populasi manusia sahaja yang mampu melakukan perkara ini. Memang lah ia tidak ada faedah pun sebenarnya, tetaip jika anda hendak menjilat siku sendiri, anda perlu mempunyai lengan yang pendek dan lidah yang panjang, dan bukan itu sahaja, anda juga perlu mempunyai tahap fleksibility yang baik dan semangat yang tinggi! Cubalah, jangan putus asa!

Nak buat sila buat di rumah ye, kang orang pandang lain pulak!

8. Darwin's tubercle

darwin tubercles

Darwin's tubercle adalah keadaan dalam atau luar telinga yang sedikit menonjol. Terdapat pendapat saintis terkenal yang mempercayai bahawa ciri ini adalah kesan daripada telinga manusia zaman dahulu yang pada asalnya runcing dan tajam. Kurang daripada 10% populasi manusia mempunyai telinga seperti ini dan mereka ini dikatakan mempunyai kelebihan dalam mengesan tona suara dengan lebih baik. Mereka juga mampu mendengar bunyi berfrekuensi tinggi dan boleh mengenalpasti sesuatu bunyi walaupun di tempat yang bising.


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)