Oleh pada 26 Mar 2017 kategori

Setiap wanita mempunyai impian untuk memilik mata yang bulat dan ekspresif. Dengan nasihat dan tips daripada makeup artis dari seluruh dunia, anda boleh membuatkan mata anda kelihatan lebih besar dan ekspresif dengan mudah.

Kami di iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda beberapa rahsia bagaimana anda boleh buatkan mata anda kelihatan lebih besar.

1. Gunakan teknik double shadow

Mekap artis yang terkenal Hollywood, Jake Bailey, memberi tips supaya menggunakan dua eyeshadow yang berlainan daripada keluarga warna yang sama. Ini akan membantu anda menghasilkan efek mata besar.

2. Lukis shades di tempat yang tepat

lukis shades di tempat yang tepat

Mekap artis terkemuka Sarah Lucero (antara klien beliau adalah Katherine Heigl dan Olivia Wilde) memberi nasihat bagaimana untuk membuatkan mata anda bulat. "Perkara yang paling penting adalah menambah lebih warna di tengah garisan bulu mata. Fokus pada bahagian tengah di atas kelopak mata kerana ia adalah kawasan yang paling luas di bahagian mata anda. Ia akan membantu menyerlahkan lagi yang mana anda boleh hasilkan garisan yang lebih halus dan nipis sepanjang bahagian atas kelopak mata," kata Sarah.

3. Jangan takut untuk guna pensil dan eyeliner yang terang

warna terang

"Cuba untuk bereksperimen menggunakan eyeliner warna biru atau ungu," kata mekap artis Laura Geller. Warna apa sahaja yang terang boleh membuatkan mata anda kelihatan lebih besar. Apabila digunakan dengan teknik yang betul, warna-warna ini akan memberikan mata anda lebih ke dalam.

4. Gunakan "kaedah kedutan"

kaedah kedutan

Mekap artis Joanna Schlip, yang bekerja untuk Madonna dan Angelina Jolie, menerangkan "kaedah kedutan", kerana semua orang mempunyai kedutan di bahagian atas kelopak mata. "Gunakan eyeliner hingga ke garisan kedutan sahaja". Ini akan membantu menyerlahkan lagi bentuk semulajadi mata anda. Klik sini untuk cara-cara.

5. Teknik "ombre" bukan hanya untuk rambut

ombre

Mekap artis Maybelline Charlotte Willer mencadangkan supaya memberi perhatian kepada teknik "ombre". Caranya adalah dengan menggunakan bayangan yang lebih cerah untuk padankan dengan mata dan bayangan yang lebih gelap pada kedutan kelopak mata. Cara ini membuatkan mata anda kelihatan lebih besar.

6. Bayangan warna beige menambahkan kesemulajadian kepada mekap

warna beige

Untuk membuatkan mata anda kelihatan lebih besar tanpa menggunakan banyak eyeshadow, gunakan eyeliner warna "pearl" di sepanjang bahagian dalam mata. Warna coklat dan beige kelihatan lebih natural daripada warna putih dan warna yang berkilau.

7. Teknik "smoky eye" sangat bersesuian untuk menghasilkan hasil yang lebih dramatik

smoky eye

Permulaan mekap biasanya bermula dengan membuat garis pada garisan bulu mata. Untuk membuatkan mata kelihatan kurang gelap, gunakan eyeshadow "nude" pada keseluruan kelopak mata, dan gunakan pensil. Mulakan dengan gariskan sepanjang bahagian atas garisan bulu mata, kemudian sepanjang bahagian bawah garisan bulu mata. Gabungkan garisan-garisan ini untuk menghasilkan efek "smoky". Serlahkan penjuru mata dengan bayangan warna putih.




Hakcipta iluminasi.com (2017)