iluminasi tips android

Ramai yang menggunakan telefon pintar pasti biasa dengan OS telefon Android ciptaan Google Inc. Android amat terkenal kerana ia penuh dengan kebolehan, terbuka untuk diubahsuai dan tidak mempunyai banyak kekangan seperti yang dikenakan pada iOS untuk Iphone atau WIndows Mobile untuk Windows Phone.

Tetapi adakah anda menggunakan sepenuhnya kebolehan Android yang ada pada tangan anda? Mari kita lihat 6 tips berguna untuk pengguna Android yang mungkin membantu memaksimakan penggunaan telefon pintar anda.

1. Akses "Developer Mode"

iluminasi tips android4


Buka "Settings" dan pilih "About" atau "About Device" kemudian pilih "Software Info" kemudian tekan Build Number sebanyak beberapa kali sehinggalah keluar opsyen "Developer Mode has been enabled" atau mesej seperti itu.

2. Akses "Developer Options"

iluminasi tips android5


Pilih opsyen "Window Animation Scale", "Transition Animation Scale" dan "Animator Duration Scale"

Tukar tiap-tiap satu daripada 1.0x kepada 0.5x untuk meminimakan penggunaan animasi dalam antaramuka Android

3. Buka "Smart Lock"

iluminasi tips android6


"Smart Lock" adalah salah satu cara mudah untuk pengguna Android supaya tidak perlu memasukkan kata kunci atau pattern setiap kali mahu memeriksa telefon. "Smart Lock" akan mengenalpasti di mana kedudukan anda dan apabila anda berada di tempat yang telah anda tetapkan, seperti di rumah misalnya, telefon anda akan jadi lebih mudah untuk diakses tanpa perlu melalui proses sekuriti setiap kali.

Pergi ke "Settings " kemudian "Smart Lock" dan kemudian akses pilihan "Trusted Place."

4. Split Screen Mode

iluminasi tips android8


Walaupun ini adalah salah satu menu asas yang baru diperkenalkan, tetapi menerusi Android Nougat, pengguna boleh melayari dua aplikasi secara serentak dengan menekan butang "Recent Apps" yang selalunya ada pada mana-mana peranti Android di sebelah kiri atau kanan, kemudian pilih mana-mana aplikasi untuk dijalankan serentak kedua-duanya.

Kini, anda boleh menonton video sambil membaca laman Iluminasi, misalnya.

5. Akses "Settings" lebih pantas

iluminasi tips android9


Daripada skrin Home Android, anda boleh menggunakan satu jari untuk mendapatkan akses kepada jalan pintas Settings yang telah dipilih. Jika anda mahu akses pintas kepada semua Settings dalam Android, gunakan dua jari anda dari atas ke bawah di skrin Home untuk mengakses menu Settings yang lebih mendalam.

6.  Elak gangguan pada masa tertentu

iluminasi tips android8


Pernahkah anda tertidur nyenyak dan diganggu dengan nada mesej yang masuk bertalu-talu sehingga mengaganggu mimpi indah anda. Pergi semula ke "Settings" - "Sound and Notifications" - "Do Not Disturb".

Pilih waktu yang anda mahukan ketenangan, berikan pengecualian kepada beberapa aplikasi atau individu yang anda benarkan. Teruskan mimpi indah anda semula.



tags : , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)