Emosi adalah sesuatu yang memberikan impak yang besar dalam kesihatan mental, fizikal dan rohani. Jika emosi anda tidak stabil, ia akan menjadikan fizikal anda juga terganggu. Keadaan ini boleh terjadi jika anda menindas dan menekan emosi anda tanpa anda sedari dengan menyimpan segala perasaan di dalam lubuk hati anda.

murung

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jika anda berasa sedih, marah atau takut, anda perlu meluahkan perasaan tersebut supaya emosi anda menjadi sihat. Emosi yang tidak sihat akan menyebabkan kemurungan dan boleh membahayakan diri sendiri.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 tanda-tanda anda menyeksa emosi anda sendiri tanpa anda disedari.

1. Anda hilang minat terhadap perkara yang anda suka

hilang minat

Penindasan emosi sendiri boleh mencetuskan kemarahan, kesedihan, ketakutan dan rasa bersalah dalam diri sendiri. Secara tak langsung, ia akan mengubah cara anda melihat atau menikmati sesuatu.  Sebagai contoh, dahulu anda suka bersukan tak kira sesibuk mana pun kerja anda, namun kini anda berasakan bersukan itu menjadi satu beban yang berat.

Jika anda berasakan hubungan anda dengan hobi anda telah terputus, ia mungkin petanda emosi anda tertekan tanpa anda sedar.

2. Sukar untuk tidur malam

insomnia

Pernah tak anda baring di atas katil dan ingin tidur, tapi tak berhasil kerana emosi, perasaan dan apa yang anda fikirkan berada di awangan? Ia adalah kesan daripada otak anda yang sedang bekerja menyelesaikan masalah psikologi yang sedang anda alami. Walaupun tanpa kehadiran anda, otak anda akan tetap bekerja keras. Jadi, otak yang mempunyai banyak kerja akan menjadi sibuk yang membuatkan anda sukar untuk tidur.

3. Menghadapi konflik perhubungan

konflik perhubungan

Apabila emosi anda bercelaru, otak anda sukar mengenalpasti sama ada anda gembira, sedih atau marah. Ia secara tak langsung akan memberi tempias kepada pasangan dan hubungan anda. Jika ianya berterusan, konflik dalam perhubungan akan timbul. Jadi jika anda menghadapi masalah dalam perhubungan ia berkemungkinan disebabkan oleh penindasan emosi yang anda tidak mahu dan takut untuk hadapi.

4. Kehilangan teman rapat

Jika anda menyedari bahawa anda semakin jauh dengan mereka yang dahulunya rapat dengan anda, ia mungkin disebabkan oleh emosi yang tertekan. Disebabkan ini, ekspresi wajah anda serta bahasa badan anda secara tak langsung akan berubah. Mereka yang rapat dengan anda akan menyedari perubahan pada diri anda dan bertanya serta mungkin memaksa anda untuk berkongsi bagi membolehkan mereka membantu. Ia akan membuatkan anda lebih tertekan dan akhirnya hubungan persahabatan menjadi renggang.

5. Sering keletihan

kerap letih 531

Emosi yang ditindas dan ditekan bukan sahaja memberikan kesan kepada mental tetapi juga kepada fizikal. Ini berlaku kerana otak anda menggunakan banyak tenaga untuk menyembunyikan perasaan anda. Tanda-tanda lazim emosi tertindas adalah keletihan mental dan pemikiran terganggu. Jika anda menyedari bahawa anda tidak dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu, ia adalah disebabkan emosi anda ditindas.

Sumber : 




Hakcipta iluminasi.com (2017)