Age is just numbers, kata pepatah orang barat.

Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya pepatah tersebut mempunyai kajian saintifik yang membuktikan pepatah tersebut benar. Ini adalah senarai lima tabiat yang biasa kita lakukan tanpa kita sedar menyebabkan proses penuaan kepada diri kita berlaku dengan lebih cepat.

1. Suka berjaga malam sehingga tidak cukup tidur

BESARKAN TEKS     A-  A+

gettyimages 558175165

Tidak mendapatkan jumlah tidur yang cukup akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua. Universiti Hospital Case Medical Center melakukan kajian dan mendapati mereka yang tidur dalam waktu yang lebih singkat mengalami proses garis muka, tona kulit tidak sekata, kulit wajah menurun dan kulit muka tidak lagi anjal.

Seorang pakar dari Weill Cornell Medical Center/New York Presbyterian Hospital, Dr. Allen Towfigh pula menyebut kekurangan tidur akan menyebabkan bahagian kulit di bawah mata jatuh dan mengakibatkan kita kelihatan lebih tua dari sepatutnya.

2. Terlalu ambil peduli tentang sesuatu

maxresdefault 19

Apabila berlaku sesuatu masalah, kita selalunya gemar menyimpan perasaan yang terkumpul dalam fikiran kita. Menurut laporan Jurnal Behavioral Medicine, apabila kita tidak mampu untuk melepaskan atau memaafkan sesuatu, ini akan merembeskan hormon yang dipanggil cortisol yang hanya keluar ketika kita berada dalam keadaan stres.

Ini akan meningkatkan risiko anda mengalami kenaikan berat badan, kenaikan tekanan darah, kenaikan kadar gula dalam badan dan meningkatkan risiko mendapat diabetis.

3. Selalu berfikir yang kita ni dah tua

yuan 604074

Menurut Robi Ludwig, penulis buku Your Best Age is Now, penyebab utama kita akan kelihatan lebih tua daripada sepatutnya adalah kerana kita selalu memikirkan mengenai betapa tuanya kita.

Dalam satu kajian dalam Jurnal Health Psychology, individu yang merasa tua daripada umur mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk memerlukan kemasukan ke hospital. Robi Ludwig menyarankan agar kita sebtiasa menyimpan perasaan positif, supaya kita mengamalkan kelakuan yang produktif dan optimistik.

4, Mengamalkan pemakanan gula yang banyak

is added sugar bad 2

Apabila kita mengamalkan pemakanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, badan kita akan melakukan satu proses yang dipanggil glycation di mana gula akan melekat pada protein dalam badan, lalu menghasilkan satu molekul baru yang dipanggil advanced glycation end products atau AGE. AGE ini akan merosakkan protein dan fiber dalam badan yang mengawal keanjalan kulit.

5. Mengamalkan tabiat merokok yang membahayakan kesihatan

smoking2

Satu kajian yang dilaporkan oleh American Journal of Public Health pada tahun 2002 melaporkan bahawa mereka yang berhenti merokok sebelum usia 35 tahun menambah secara purata 8 tahun ke dalam jangka hayat mereka berbanding mereka yang merokok.

Mereka yang berhenti merokok pada usia 65 tahun pula menambah 2 ke 4 tahun usia mereka. Ini kerana tabiat merokok melepaskan bahan-bahan radikal ke dalam badan kita dan ia seperti karat kepada bahan kita.

6. Layan Siri TV secara marathon atau 'binge watching'

binge watching tips 1 med

Kajian telah membuktikan yang duduk dan menonton siri televisyen selama lebih 30 minit sebenarnya memburukkan diri sendiri. Ini berlaku bukan kerana tabiat menonton televisyen itu sendiri tetapi dari ketiadaan aktiviti yang dilakukan.

Menurut laporan dalam British Journal of Sports Medicine, apabila kita duduk dan menonton selama lebih dari 30 minit, badan kita akan merembeskan gula ke dalam sel-sel badan kita yang akan menyebabkan kita mengalami berat badan berlebihan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)