Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

bill gates 775

Jika dilihatkan kepada orang yang berjaya dan tidak, anda pasti akan dapat melihat perbezaan yang ketara sama ada dalam diri mereka, percakapan mahupun aktiviti harian mereka. Ini kerana apa yang dilakukan setiap hari itu adalah bayangan kepada tahap kejayaan hidup seseorang.

iluminasi.com ingin berkongsi 6 tabiat yang membuatkan seseorang sukar untuk berjaya.

1. Berfikir, bercakap dan melakukan perkara negatif

Orang yang sukar untuk berjaya adalah mereka yang sentiasa melihat sesuatu sebagai masalah. Belum buat apa-apa lagi sudah fikirka masalah, yang membuatkan segalanya terbantut. Malah, dalam peluang yang baik pun mereka boleh masih fikirkan masalah yang akan mendatang.

Padahal, masalah itu hanyalah datang dari otak dan fikiran mereka sendiri. Kerana terlalu bersikap negatif, sampaikan terlupa cara untuk bertindak positif. Kalau cuaca panas terik mereka akan mengeluh, tapi kalau hujan pula mereka kata penyebab aktiviti mereka tergendala. Langsung tidak mahu mencari jalan keluar.

2. Lebih banyak bercakap daripada mendengar

Orang yang banyak bercakap biasanya kurang berfikir. Dan mereka ingin menjadi tumpuan dan perhatian. Tetapi apa yang mereka cakapkan itu adalah sesuatu yang masih belum dikecapi. Jadi, mereka akan banyak bercakap untuk menampakkan mereka sebagai seorang yang tahu dan berjaya. Kebiasaannya mereka tidak sedar apa yang mereka cakapkan.

Disebabkan terlalu banyak bercakap, mereka kurang mendengar nasihat dan pendapat orang lain. Mendengar nasihat orang lain dianggap sebagai tidak tahu mengenai sesuatu. Akibatnya, mereka pemikiran mereka akan hanya berada di takuk lama.

3. Tak pandai memilih rakan

Mereka yang tidak berjaya biasanya gagal memilih pendamping yang baik. Mereka tidak memikirkan hal ini dan berkawan dengan sesiapa sahaja. Memang kita tidak boleh diskriminasi terhadap orang lain tetapi anda perlu gunakan akal fikiran dalam memilih kawan. Jika anda duduk dalam kelompok yang bersikap negatif, anda juga akan terjerumus dalam lubang negatif. Kerana takut diabaikan, mereka berusaha keras menyenangkan sesiapa sahaja yang mereka temui.

Bagi mereka yang berjaya, ia amat penting dengan siapa mereka bergaul. Jika ingin berjaya, memilih siapa yang berada di sekeliling anda amat lah penting.

4. Dihantui masa lalu

Mereka yang gagal biasanya sering dihantui oleh kegagalan lalu. Kegagalan yang pernah berlaku dalam hidup mereka bersarang dalam fikiran mereka dan menghantui hidup mereka kini. Mereka takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan sebaliknya memilih untuk hidup di masa lampau.

Mereka yang berjaya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku sebaliknya meletakkan matlamat baru dan fokus kepada masa depan. Bak kata orang putih, "Do not dwell on the past".

5. Terlalu peduli dengan kritikan negatif

Bagi mereka yang gagal, biasanya disebabkan oleh terlalu mengambil kira akan kritikan negatif dan kutukan orang lain. Tiada siapa yang mampu memuaskan hati semua orang dan jika anda ingin semua orang sukakan setiap tindak tanduk anda, maka anda tak akan berjaya.

Jika kritikan itu membina, ambil sebagai pengajaran. Dan jika tidak, anda hanya perlu berlalu tanpa memikirkan apa-apa. Kerana ia hanya akan menyekat perjalanan anda.

6. Tidak mempunyai perancangan

Ini yang paling penting untuk menjadi orang yang berjaya. Bak kata orang putih lagi, "If you fail to plan then you plan to fail". Terlalu ramai yang ambil mudah tentang perkara ini sehinggakan tidak menyedari ia amat penting. Sekecil-kecil perancangan itu adalah kunci kepada kejayaan. 

Tetapkan matlamat anda dan buat perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan ini, anda boleh melihat kemajuan anda dan memperbaiki di mana silap.


tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)