Oleh pada 06 Aug 2017 kategori

bomba

Tak ada kerja yang mudah di dunia ini, semuanya mempunyai cabaran dan tekanan masing-masing. Dari bekerja sendiri sehinggalah bekerja di bawah boss, ada sahaja masalah yang akan dihadapi, namun kita haruslah bijak mengendalikan tekanan tersebut. 

Namun terdapat beberapa jenis pekerjaan yang tekanan yang diterima melebihi kerjaya-kerjaya lain. Apa yang membuatkan sesuatu kerja itu sangat stress? Adakah ia tekanan daripada pihak atasan atau masyarakat? Adakah kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental? Ataupun kerja yang berhadapan dengan risiko kecederaan dan kematian?

iluminasi.com ingin berkongsi 6 pekerjaan yang kami rasa paling stress di atas muka bumi.

6. Guru

guru 967

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya satu pekerjaan yang sangat mencabar. Sebagai guru, kita bukan sahaja bertanggungjawab mengajar subjek-subjek di sekolah, malah menjadi ibu bapa kedua bagi murid-murid. Jika ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak pun sudah tertekan dengan kerenah anak-anak, bayangkan bagaimana tekanan yang seorang guru hadapi. 

Masyarakat sering beranggapan bahawa pekerjaan sebagai seorang guru adalah mudah, gaji tinggi dan juga cuti panjang, namun mereka tidak tahu semua mata dan kepala asyik memandang ke arah guru. Setiap kesilapan dan kesalahan murid, pasti jari-jari akan menuding ke arah guru. Markah peperiksaan tak bagus, salah guru. Masalah sosial dan buli di sekolah, juga salah guru.

cikgu 171

Dan di zaman moden ini, ada grup whatsapp antara guru dan ibu bapa pula tu. Dah habis kerja di sekolah, balik nak rehat, ibu bapa pula asyik whatsapp di grup tanya pasal anak. Pensel anak saya hilang, jam anak saya hilang, buku anak saya hilang. Itu semua guru yang perlu menjawab. Tekanan dari ibu bapa yang tak memahami memang mengundang stress yang sangat tinggi.

Siapa cakap mudah jadi guru? 

5. Anggota polis

anggota polis

Tanggungjawab anggota polis adalah menjaga keselamatan awam dan apa sahaja yang berkaitan dengan orang awam, sememangnya memberikan tekanan. Jenayah semakin berleluasa dan semua ini diletakkan di bahu pihak polis. Kadang-kadang tu yang tak ada mengena dengan polis pon, tapi perlu dipertanggungjawabkan. Tekanan daripada masyarakat sememangnya memberikan tekanan yang amat tinggi.

Selain itu, menjadi anggota polis sentiasa berhadapan dengan situasi berisiko yang boleh menyebabkan kematian. Tak termasuk perkara yang memerlukan tenaga fizikal. Dan yang paling stress bila dikaitkan dengan rasuah, walaupun anggota tersebut bersih dari gejala rasuah, namun kotoran masih terpalit, hanya kerana menjadi anggota polis.

polis terkorban

Banyak juga kes-kes yang berat yang memerlukan penyiasatan yang sangat rumit tidak diketahui masyarakat. Masyarakat hanya melihat kes-kes yang kecil dan tular namun tugas anggota polis lebih daripada itu. Dan bagi kes-kes berat bukanlah mengambil masa 30 minit atau 1 jam seperti dalam Gerak Khas, ia memakan masa yang lama dan mereka yang terlibat sangat tertekan.

4. Pegawai perubatan

doktor 760

Memang tak dinafikan, sebagai seorang pegawai perubatan, sama ada doktor atau pembantu perubatan dan jururawat, kerja-kerja seperti ini sangat memerlukan kesabaran dan mengendalikan tekanan dengan baik. Mereka ini adalah hak masyarakat di mana sentiasa perlu berkhidmat, tak kira masa dan waktu. Pekerjaan yang berhadapan dengan orang awam setiap masa dan melayan kerenah pesakit bukan sesuatu yang mudah.

Bagi doktor yang kerja melebihi had yang boleh ditahan oleh tubuh badan seperti 36 jam, sangat mencabar dan tertekan. Ditambah pula jika mempunyai pesakit yang tidak memahami, pastinya menambahkan lagi tekanan. Kerja-kerja seperti melakukan pembedahan juga menyebabkan rasa cemas dan tertekan. Itu belum lihat statistik kematian doktor akibat kemalangan kerana terlalu letih dan penat bekerja lebih masa.

jururawat

Bagi jururawat pula, mereka melakuka kerja-kerja yang tidak dilakukan doktor, dan ia sama mencabar. Membersihkan najis pesakit antara salah satu perkara yang sangat memerlukan ketabahan. Jika anak-anak sendiri tidak mampu dan geli mahu bersihkan najis ibu bapa mereka yang sudah tua, apatah lagi jururawat, orang luar. Apa yang mereka cakap adalah itu kan kerja jururawat, bukan kerja kami. Tapi walau apa pun jururawat tetap melakukan tanggungjawabnya. Sangat hebat.

3. Juruterbang dan krew pesawat

pilot

Ramai orang beranggapan kerja sebagai juruterbang mudah dan senang, ditambah dengan persepsi bahawa kerjaya ini memberi pulangan yang lumayan serta popular. Namun itu apa yang dilihat dari luaran sahaja, realitinya tidak semudah itu.

Banyak perkara yang harus dilakukan oleh juruterbang yang boleh memberikan tekanan yang tinggi pada diri. Tanggungjawab mereka sebagai ketua dalam pesawat bukanlah sesuatu yang mudah. Jika doktor merawat satu pesakit dalam satu masa sudah boleh menyebabkan tekanan, apatah lagi juruterbang yang berpuluh atau beratus nyawa berada di dalam tangan mereka.

pramugara

Memanglah ajal maut di tangan tuhan, tapi mereka juga memainkan peranan. Mengawal pesawat yang besar, di atas langit yang tinggi tidak diketahui cuaca yang mendatang dan kadang-kadang terpaksa melayan kerenah penumpang.

Bagi pramugari dan pramugara pula, kerja melayan kerenah orang ramai pastinya sesuatu yang sangat sukar. Bukan seorang, atau dua orang, atau 30 orang seperti kerja guru, tetapi beratus orang. Dalam beratus orang itu, masing-masing ada kerenah masing-masing. Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun banyak kerenah.

Kadang-kadang perkara yang bukan kerja mereka pun harus mereka selesaikan seperti bayi menangis dan penumpang mendesak mahukan sesuatu yang tiada dalam menu. Kalau dapat penerbangan ke China, itu lebih parah. Mereka ini pula ada yang bekerja sehingga berbelas jam satu shift, dan hampir kebanyakan masa mereka akan berjalan dan berdiri. 

2. Tentera bertugas

tentera 141

Sama seperti polis, namun ia lebih meluas kerana tugas mereka menjaga keselamatan negara daripada ancaman luar. Kerja ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi. Sebagai seorang tentera yang sedang bertugas, mereka sentiasa berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi. 

bertugas

Ia ditambah lagi dengan latihan yang sangat mencabar dan memeritkan yang menguji kejantanan setiap anggota. Terdapat di antara mereka yang tidak tahan akan tekanan ini dan melarikan diri.

Selain itu, kerja mereka memerlukan mereka sentiasa berjauhan daripada ahli keluarga juga memberi tekanan yang tinggi. 

1. Perdana menteri

najib razak 763

Jika guru perlu berhadapan dengan murid sekelas, juruterbang dan pramugara perlu melayan kerenah beratus penumpang, tetapi perdana menteri harus berhadapan dengan 30 juta rakyat jelata. Ia sememangnya satu tanggungjawab yang sangat tertekan, sehinggakan boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan harian.

Bukan calang-calang orang boleh menjadi pemimpin. Beliau haruslah bijaksana dan mampu mengawal orang bawahan, serta tekanan yang mendatang. Beliau juga harus berlaku adil dan tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya yang boleh merosakkan sesebuah negara. Jika salah sikit, pasti akan dipersalahkan dan dihentam.

najib 893

Tekanan untuk menjaga kebajikan dan memastikan setiap rakyat hidup dalam keadaan baik sangat tinggi. Setiap masalah negara, sama ada dari segi keselamatan, kewangan mahupun keamanan, semuanya berada di atas bahu pemimpin. Tiada apa yang lebih berat di dalam dunia ini lebih daripada amanah.

stress

Betara sukar menjadi seorang pemimpin boleh kita lihat daripada kisah Saidina Umar sendiri di mana beliau dikatakan sedang tidur pada siang hari oleh Muawiyah, lalu Saidina Umar menjawab :

"Sungguh tidak baik sekali apa yang engkau katakan itu dan alangkah buruknya apa yang engkau sangkakan itu. Jika aku tidur di waktu siang, maka sesungguhnya aku telah mengabaikan rakyatku dan jika aku tidur di waktu malam maka aku telah merugikan diriku sendiri (kerana tak bangun solat malam). Jadi beritahu padaku bagaimana aku dapat tidur di kedua-dua waktu tersebut wahai Muawiyah?,"

Sehingga begini hebat sekali tekanan dan tanggungjawab yang harus dihadapi oleh seorang pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab.

Wallahualam.


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)