Setiap organ dalam badan kita mempunyai fungsi masing-masing. Sama ada fungsi tersebut besar atau kecil, kita memerlukan kesemuanya yang bekerjasama bagi memastikan sistem badan kita berfungsi dengan lancar dan baik. 

Namun, terdapat beberapa organ yang sangat penting dalam badan kita, yang kita masih boleh hidup tanpanya. iluminasi.com ingin berkongsi 5 organ penting dalam badan yang manusia boleh hidup tanpanya.

1. Paru-paru

BESARKAN TEKS     A-  A+

Badan manusia dilengkapi dengan sepasang paru-paru. Jika satu daripada paru-paru kita rosak atau dikeluarkan, kita masih boleh hidup. Untuk berfungsi, kita memerlukan sekurang-kurangnya 1 bahagian paru-paru bagi memberikan oksigen kepada darah.

Namun paru-paru yang tinggal itu perlu bekerja lebih kuat bagi menggantikan kerja paru-paru yang hilang. Ini menyebabkan individu tersebut sukar untuk bernafas dan tidak boleh seaktif mereka yang mempunyai sepasang paru-paru.

2. Buah pinggang

buah pinggang

Seperti paru-paru, badan kita juga mempunyai 2 buah pinggang yang terletas di bahagian kiri dan kanan pinggang, walaupun terdapat individu yang lahir dengan hanya 1 buah pinggang. Fungsi buah pinggang adalah untuk menapis bendasing dalam darah. Namun, bagi mereka yang kerosakan 1 daripada 2 buah pinggang, atapun mendermanya kepada orang lain, mereka masih boleh hidup.

Malah, jika kedua-dua buah pinggang tersebut dibuang, badan kita masih boleh berfungsi, tetapi kita perlu menjalani dialisis buah pinggang untuk menapis dan mencuci darah.

3. Limpa

limpa

Tanpa limpa, kita masih boleh hidup, namun mungkin lebih terdedah kepada beberapa jenis jangkitan. Ini adalah kerana limpa membantu dalam penapisan darah dan sebagai tempat simpanan sel ketahanan badan yang dipanggil "monocytes". Sel ini sangat penting dalam memulihkan badan selepas mengalami serangan jantun, pendarahan teruk dan beberapa jenis jangkitan. 

Tapi apa yang lebih penting, kita masih boleh hidup tanpa limpa.

4. Perut

perut

Dengar macam pelik kan? Kalau tak ada perut, macam mana makan? Namun memang benar tanpa perut kita masih boleh hidup, walaupun badan kita sentiasa memerlukan makanan. Dalam kes-kes seperti barah perut dimana perut perlu dipotong dan dikeluarkan, ia akan digantikan dengan usus kecil yang disambungkan secara terus dengan esofagus.

gastrektomi

Dengan ini, pesakit tersebut masih boleh makan tetapi dengan jumlah yang lebih sedikit berbanding individu sihat. Tanpa perut, nutrien yang diserap kurang efektif namun ia boleh digantikan dengan makanan tambah atau suplemen.

5. Usus besar

colon

Dalam badan kita, usus besar berfungsi sebagai kawasan terakhir sebelum najis buangan meninggalkan badan. Tugas usus besar adalah menyerap cecair, nutrien dan garam untuk kali terakhir dan memproses makanan menjadi bahan buangan. Bagi mereka yang perlu mengeluarkan atau membuang usus besar akibat penyakit atau barah, organ ini boleh dibuang sebahagiannya atau keseluruhan, dan pesakit masih boleh hidup.

Bagi menggantikan usus besar, satu kantung akan dihasilkan di hujung usus kecil. Pesakit yang menjalani proses ini perlu memakai beg di badan mereka sebagai "tandas" untuk menyimpan najis buangan.

6. Organ pembiakan

organ pembiakan

Testis dan uterus adalah termasuk dalam organ pembiakan, yang mana kita boleh hidup tanpanya. Organ ini tidaklah sepenting organ yang lain yang boleh menyebabkan maut jika mengalami kerosakan, namun individu tanpa organ ini tidak dapat menghasilkan zuriat. 

Rujukan : Empowher




Hakcipta iluminasi.com (2017)