Tiada apa-apa formula bagi seseorang untuk mengambil gambat yang boleh mempengaruhi manusia lain apatah lagi dunia. Bukan mudah bagi menghasilkan gambar yang mampu menggerakkan hati orang lain kerana ia memerlukan gabungan beberapa elemen penting.

Menurut editor majalah Times, sesuatu gambar itu boleh menjadi berpengaruh kerana ia dapat membentuk cara pemikiran kita, dan sesetengah lagi mampu untuk mengubah cara hidup kita secara langsung. 

iluminasi.com ingin berkongsi 6 gambar yang boleh mempengaruhi hidup kita dan menjadi titik perubahan dalam hidup kita.

6. After The Storm - 2008

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jurugambar : Patrick Ferrel

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dalam berbogel dan tak terurus sedang menyelamatkan stroller daripada rumah mereka yang hancur. Jurugambar Patrick Ferrel telah mengambil gambar pengalaman sedih dan buruk yang dihadapi oleh mangsa akibat ribut tropika Hanna yang melanda Haiti pada tahun 2008. 

Gambar ini telah diberikan anugerah Pulitzer pada tahun 2009..

5. Migrant Mother - 1936

migrant mother

Jurugambar : Dorothea Lance

Gambar yang diberikan nama "Migrant Mother" ini telah diambil oleh Dorothea Lance ketika berlakunya kemelesetan ekonomi dunia yang sangat dasyat yang dinamakan Great Depression di antara tahun 1929 hingga 1939. Dorothea Lance ternampak wanita ini yang dalam keadaan kelaparan dan terdesak. 

"Saya tidak ingat bagaimana saya menjelaskan kepadanya mengenai kehadiran saya atau kamera saya, tapi saya ingat yang ibu ini tidak bertanyakan soalan kepada saya. Saya tak tanya nama atau latarbelakangnya. Beliau hanya memberitahu umurnya adalah 32 tahun, dan hanya makan sayuran beku di sekitar ladang serta ayam-ayam yang dibunuh oleh kanak-kanak. Beliau juga memberitahu beliau baru sahaja menjual tayar keretanya untuk membeli makanan," cerita Dorothea Lance.

Beliau duduk bersandar di dalam khemah sambil dipeluk anak-anaknya, dan membenarkan saya mengambil gambar seolah-olah tahu gambar ini akan membantu beliau.

4. The Terror Of War - 1972

napalm girl

Jurugambar : Nick Ut

Gambar yang memenangi anugerah Pulitzer pada tahun 1973 ini diambil oleh Nick Ut pada 8 Jun 1972. Ia menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, Phan Thi Kim Phuc tanpa sehelai benang di badan melarikan diri bersama-sama sekumpulan kanak-kanak lain dan tentera.

Ianya berlaku ketika Perang Vietnam sedang berlangsung. Gambar ini diambil sejurus selepas tentera udara Selatan Vietnam telah tersalah melepaskan bom yang menghancurkan kampung mereka. Pengeboman itu telah menyebabkan bahagian belakang Phan Thi terbakar teruk.

3. Starving Child And Vulture - 1993

starving child and vulture

Jurugambar : Kevin Carter

Ini antara gambar yang paling menyayat hati dalam senara ini. Diambil pada Mac 1993 oleh jurugambar Kevin Carter. Beliau yang sedang dalam pengembaraan di selatan Sudan ternampak situasi dimana seekor burung Vulture sedang memerhati seorang kanak-kanak perempuan Sudan yang tersangat kurus seolah-olah ingin memakan kanak-kanak tersebut, di perkampungan Ayod.

Gambar ini telah dijual kepada The New York Times dan telah diterbitkan kali pertama pada 26 Mac 1993 sebagai satu metafora "kesedihan Afrika". Gambar ini telah menarik perhatian umum dan beratus-ratus orang menghubungi The New York Times bertanyakan nasib kanak-kanak tersebut.

Gambar ini telah memenangi Anugerah Pulitzer dan Kevin Carter tidak gembira dengan anugerah itu. Kevin menceritakan kepada seorang rakan bahawa beliau berasa sangat kesal dan meminta maaf kerana tidak mengangkat kanak-kanak tersebut. Tidak tahan dengan kekejaman yang disaksikan dan dihantui persoalan mengenai nasib kanak-kanak tersebut, Kevin Carter membunuh diri tiga bulan kemudian.

2. Lunch Atop A Skyscraper - 1932

lunch atop a skyscraper

Gambar makan tengahari yang paling bahaya dan mengerikan. Gambar ini diambil ketika 11 orang pekerja sedang makan dan berborak sambil merokok di atas sebatang keluli berketinggian 256 meter dari paras tanah tanpa sebarang peralatan keselamatan. Mereka antara pekerja-pekerja pembinaan yang sedang membina bangunan Rockefeller Center di New York.

1. Alan Kurdi - 2015

alan kurdi 231

Jurugambar : Nilufer Demir

Gambar yang kelihatan seorang kanak-kanak meniarap di tepi pantai dengan mukanya ke bawah seolah-olah dia sedang tidur ini telah menggemparkan dunia pada tahun 2015. Gambar ini diambil oleh Nilufer Demir dari Agensi Berita Dogan.

Bot tersebut hanya boleh menampung 8 orang namun dinaiki oleh 16 orang kerana terlalu terdesak. Peperangan berterusan di Syira membuatkan mereka terpaksa melarikan diri daripada tanah air mereka. 

Ia diambil selepas bot yang dinaiki oleh Alan Kurdi, 3 tahun, abangnya, 5 tahun dan ibu mereka dari pantai Turki menghala ke Pulau Kos di Greece, terbalik dipukul ombak. Kedua-dua adik beradik malang bersama-sama ibu mereka telah mati lemas dan dibawa ombak ke tepi pantai berhampiran Bodrum selepas beberapa jam bot tersebut terbalik.

Gambar ini membuktikan bahawa krisis kemanusian semakin buruk dan perlu diberi perhatian.

Rujukan : 100photos




Hakcipta iluminasi.com (2017)