Oleh pada 07 Jul 2017 kategori

tips hilangkan stres kerja pada hujung minggu

Kredit foto: homefitnessguru.net

Tempoh lima hari bekerja memerlukan fokus dan daya tahan yang tinggi dalam melunaskan bebanan kerja yang boleh membawa kepada stres. Apa kata anda cuba untuk memanfaatkan waktu cuti hujung minggu anda untuk merehatkan minda dan menghilangkan tekanan. Jom kita semak 6 senarai perkara yang anda boleh cuba lakukan.


1. Elakkan gajet

Hampir setiap hari pada waktu hari bekerja anda perlu menghadap komputer atau telefon pintar untuk menyemak senarai tugasan yang diberi oleh majikan. Maka, apa salahnya jika anda khaskan waktu hujung minggu sebagai 'cuti pelepasan' dari terikat dengan sebarang bentuk gajet. Sebaliknya, cuba untuk berehat dengan secukupnya bagi mengembalikan tenaga yang digunakan sepanjang minggu. Gunakan peluang yang ada untuk tidur tidur di siang hari sekiranya tiada apa-apa urusan lain.


tips hilangkan stres kerja pada hujung minggu 1

Kredit foto: James Kendrick / zdnet.com

2. Lakukan aktiviti riadah

Rancang cuti hujung minggu anda dengan baik dengan melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal dan mendaki gunung. Anda mungkin juga boleh mencuba hobi yang baru dengan menyertai sebarang kelas atau program yang dianjurkan. Siapa tahu, mungkin dengan cara ini anda dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada diri anda sekian lama. Kalau anda kesempitan wang, anda mungkin boleh berjalan kaki di sekitar taman kawasan perumahan anda sambil menikmati alam semula jadi dan menghirup udara segar.


3. Bersenam

Kesibukan bekerja mungkin menyebabkan anda sering terlupa untuk melakukan senaman pada sesetengah hari bekerja. Ingat, senaman amat penting bagi menjaga kesihatan tubuh serta kecerdasan minda kita. Jadi, luangkan sedikit waktu pada hujung minggu anda untuk bersenam pada waktu pagi supaya aktiviti anda selepas itu terasa lebih produktif. Malah, anda lebih tenang kerana tidak perlu mengejar masa seperti hari bekerja. Say no to Monday blues!


4. Amal diet sihat

Hujung minggu masa yang sesuai diluangkan untuk makan bersama-sama keluarga atau teman rapat di luar. Malah, ada juga yang lebih suka bersantai di rumah menonton filem atau siri televisyen kegemaran anda sambil memakan snek atau makanan ringan. Jangan lupa untuk mengawal pemakanan anda supaya tidak lemau di pejabat nanti.


tips hilangkan stres kerja pada hujung minggu 2

Kredit foto: food.ndtv.com

5. Ambil cuti panjang

Sekali-sekala anda perlukan ganjaran untuk diri sendiri setelah berjaya menyelesaikan sesuatu projek atau ia mendapat pujian dari si bos. Apakata ambil cuti lebih pada Hari Jumaat atau Isnin supaya anda dapat cuti yang lebih panjang. Guna peluang ini untuk anda ketepikan soal lambakan kerja di pejabat dan bercuti sepuasnya bersama keluarga atau rakan-rakan.


Rujukan: lifetime-weightloss.com


tags : , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)