Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

iluminasi budaya pemasaran6

Budaya pemasaran dunia semakin agresif dalam memujuk kita untuk berpisah dengan duit kita. Semakin hari semakin banyak taktik yang digunakan dan entah kenapalah, taktik-taktik yang digunakan kelihatan begitu berkesan sekali. Adakah pengguna terlalu lemah kekuatannya atau memang ramai orang yang mempunyai disposable income lebih yang banyak? Berikut adalah 5 taktik pemasaran masa kini yang kerap digunakan tetapi sebenarnya menyebabkan kerugian dalam jangka masa panjang pada pihak pembeli.

1. Siapa beli telefon baru ni awal, dialah paling untung!

iluminasi budaya pemasaran

Kita pun tahu teknologi berkembang cepat. Jika ada yang beli telefon yang baru keluar dan tengah hangat dengan harga RM3000 (RM3000!!) pada hari pertama telefon tu dilancarkan, besar kemungkinan dalam masa 60 hari telefon itu akan mula dijual pada harga RM2400. Bagi lagi 30 hari, akan turun jadi RM2100 dan seterusnya sehinggalah harganya mencecah RM1500 lepas setahun lebih.

Agak tak berbaloi juga untuk terlalu teringin hendak jadi orang yang pertama guna telefon tersebut sehinggakan jika kita dapat bersabar, kita mampu menjimatkan ribuan ringgit. Lagipun, telefon yang kita abaikan selepas dapat telefon baru tu pun, sebenarnya masih elok untuk digunakan, kan?

2. Anda mesti tengok filem ini pada hari pertama!

iluminasi budaya pemasaran2

Remaja selalu terpengaruh dengan gesaan ini. Entah apa yang dikejarkan sangat sampai ramai yang rasa keperluan untuk tonton wayang pada hari pertama. Bukannya boleh kita bincangkan filem tersebut secara terbuka kerana menjadi taboo untuk bercakap pasal filem yang masih di pawagam. Boleh bikin orang marah.

Tunggu saja 2 minggu, bila dah ramai yang tengok, kemudian pergilah ke pawagam yang anda gemari, tontonlah filem anda tu dengan selesa tanpa ada gangguan kerana orang pun dah tak ramai. Bunyi orang menyuap pop corn pun kurang.

3. Dapatkan permainan video terbaru ini hari ini!

iluminasi budaya pemasaran3

Jika ditanyakan mereka yang mampu berbaris panjang untuk mendapatkan permainan video terbaru ini, selalunya mereka akan katakan pembelian awal untung kerana selalunya akan dibekalkan sekali dengan free gift yang limited edition yang dikatakan berbaloi untuk beratur. Lagipun benda tu limited edition, rare, ganjil dan pelbagai lagilah strategi pemasaran yang ada.

Lihat pada penjualan DVD cukuplah. Banyak sangat DVD dilabelkan sebagai limited edition, special edition atau ultimate edition yang dijual dengan harga RM27 untuk 3 filem. Harga cakera Blu Ray pun dah jatuh menjunam. Teknologi sendiri kini dah membolehkan pengstriman permainan video berlaku jadi satu hari nanti, nasib cakera permainan video besar kemungkinan akan sama dengan teknologi cakera mengandungi filem.

4. Teaser! Teaser! Lihat teaser kami ini!

iluminasi budaya pemasaran4

Ini teknik paling kerap dibuat sekarang. Dulu apabila sesebuah filem nak keluar, akan ada trailer. Sekarang ada teaser. Teaser pula bukan satu. Ada 10. Tak cukup dengan teaser, ada teaser kepada teaser. Teaser kepada trailer. Teaser kepada countdown kepada pelancaran trailer. Punyalah banyak teaser.

Kemudian berjangkit kepada industri kereta. Sikit-sikit nak tease. Nak cuit-cuit lah. Letak kereta bawah selimut. Letak kereta dalam kotak. Letak kereta dalam lori. Tunjuk lampu. Tunjuk tayar sahaja. Bawak test drive dengan harapan orang snap gambar. Kereta keluar saja ramai mengeluh kerana teaser lagi berkesan daripada hasil akhir.

5. Sila pre-order sekarang untuk memastikan anda tak ketinggalan

iluminasi budaya pemasaran5

Budaya pre-order ini adalah budaya yang dimulakan oleh industri video game pada awalnya pada pandangan saya kerana satu masa dulu, agak susah untuk mendapatkan bekalan bagi sesetengah permainan video. Kemudiannya amalan pre-order seolah menjadi kebiasaan sehinggakan banyak industri mengambil konsep pre-order.

Kini budaya pre-order bukan sahaja digunakan untuk memastikan kita dijamin akan mendapatkan produk yang kita nak. Pre-order kini digunakan untuk mengukur sejauh mana populariti produk tersebut. Amalan pre-order juga digunakan sebagai pemanas kepada pihak pemasaran untuk mengetahui sejauh mana berkesan produk mereka. Pre order zaman sekarang bukan hanya sekadar booking, tetapi satu lagi alat pemasaran supaya orang lebih cepat mengeluarkan duit dari dompet mereka, sebelum mereka menerima produk tersebut.


Apa yang mengejutkan, tidak ramai yang menyedari taktik pemasaran masa kini sebenarnya banyak bergantung kepada kuasa pengaruh rakan-rakan sekeliling kita. KIta tanpa sedar sebenarnya sedang membantu mempromosikan sesuatu produk dengan bermacam jenis testimonial yang kita ikhlas membantu, tetapi kerap kali diambil kesempatan ke atas kita tanpa kita sedari. Sebagai pengguna, kita perlu sedar etika pemasaran perlulah telus dan tidak memanipulasi sentimen pengguna. Walau bagaimanapun, jika dilihat pola pemasaran ketika ini dengan wujudnya media sosial, pengguna seolah-olah tidak kisah untuk dipergunakan. Benar atau tidak, terpulanglah kepada pandangan masing-masing.


tags : ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)