Oleh pada 27 May 2017 kategori

iluminasi persoalan sahur7

Kita pasti ada persoalan tentang sahur yang kita tak berapa pasti kan?

Kadangkala ada orang kata, kita masih boleh makan selagi azan belum tamat. Ada orang kata tak boleh. Ada orang kata sahur ni tak elok dibuat awal kemudian terus tidur. Ada bermacam andaian pasal ibadah sahur yang kita ada.

Hari ini, saya cuba menjelaskan beberapa soalan berkaitan sahur yang berkemungkinan kita sering tertanya-tanya tanpa jumpa jawapannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Bila kita tengok jadual berbuka puasa, kita ada jadual imsak dan jadual waktu maghrib, tetapi waktu habis sahur adalah masuknya waktu subuh. Apa tujuan waktu imsak diwartakan?

iluminasi persoalan sahur

Waktu imsak adalah waktu di mana kita perlu berhati-hati ketika makan kerana fajar semakin hampir. Waktu imsak ini berkait dengan soalan kedua kita.

2. Saya selalu dengar yang sahur lebih baik dilewatkan. Macam mana tu?

iluminasi persoalan sahur

Memang benar. Waktu terbaik untuk bersahur adalah apabila sahur dilakukan dalam waktu yang lewat menghampiri waktu subuh. Menurut amalan Rasulullah, tempoh masa terbaik untuk bersahur adalah temph masa 50 bacaan ayat al-Quran, bukan ayat pendek, bukan ayat panjang.

Ia mungkin mengambil masa 7 ke 10 minit semuanya, jadi waktu imsak adalah petunjuk kepada kita bermulanya anggaran waktu 50 ayat ini dibacakan.

3. Saya sedang sahur tetapi azan sudah kedengaran, apa perlu saya buat?

iluminasi persoalan sahur3

Keluarkan dari mulut kerana jika menelannya akan membatalkan puasa.

4. Ruginya. Tidak bolehkah saya telan sahaja makanan atau minuman yang ada kerana sudahpun berada di dalam mulut?

iluminasi persoalan sahur4

Sebarang bentuk perlakuan yang membatalkan puasa, apabila dilakukan selepas terbitnya fajar (azan subuh) akan membatalkan puasa, tidak kiralah makanan itu sudah pun dimasukkan ke dalam mulut sebelum azan.

5. Saya duduk di negara asing yang penduduknya majoriti bukan Muslim jadi saya hanya berpandukan kepada jam untuk mengetahui waktu sahur, imsak dan subuh. Bagaimana pula jika waktu saya tidak tepat dan saya takut terlajak waktu sahur?

iluminasi persoalan sahur5

Jika takut timbulnya rasa syak wasangka tentang bila berakhirnya waktu boleh sahur, menurut Imam Shafie, selagi kita yakin subuh belum masuk waktu berdasarkan kiraan jam kita, boleh teruskan bersahur dan berpuasa seperti biasa.

Jika rasa syak itu kuat, lebih baik diselesaikan sahur lebih awal supaya tidak berlaku keraguan dalam diri kita.


Saya harap jawapan-jawapan ini membantu anda menjawab persoalan-persoalan yang mungkin anda tertanya-tanya tentang ibadah sahur.




Hakcipta iluminasi.com (2017)