Oleh pada 03 Apr 2017 kategori

Kebiasaanya, prosedur untuk memohon kerja adalah sama untuk mana-mana syarikat sekalipun.

Mula-mula anda perlu mohon kerja, kemudian apabila anda layak, anda akan dipanggil untuk temuduga. Seterusnya, sekiranya rezeki ada terpilih untuk ditawarkan kerja, anda akan menerima sepucuk surat tawaran kerja daripada bakal majikan anda.

Surat tawaran kerja ini adalah sebuah dokumen penting mengenai tawaran kerja yang anda dapat seperti jawatan, gaji, jumlah cuti tahunan dan info-info lain yang dirasakan perlu. Walau anda gembira kerana ditawarkan kerja, namun pastikan anda meneliti betul-betul isi kandungan surat turut agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diteliti:

1. Tarikh Mula Bekerja

offer letter

Pastikan anda tahu tarikh anda dikehendaki mendaftarkan diri ditempat baru. Sekiranya anda mempunyai perancangan lebih awal untuk bercuti dan sebagainya, pastikan ianya tidak bertembung dengan tarikh anda mula bekerja. Sekiranya tarikh anda diminta untuk mendaftarkan diri itu tidak sesuai, segera berhubung dengan mereka untuk meminta pertimbangan agar dapat menunda tarikh anda mula melaporkan diri. Bagi yang sedang bekerja dan ingin berpindah kerja ke syarikat lain, pastikan tarikh lapor diri adalah selepas anda tamat tarikh notis berhenti kerja kepada majikan lama anda.

2. Jawatan dan Gaji

skop kerja

Pastikan jawatan yang ditawarkan sama dengan jawatan yang anda mohon. Berkenaan gaji pula, pastikan ianya berbaloi dengan tindakan anda untuk berhenti kerja dengan majikan lama anda. Sekiranya anda mempunyai rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, cuba bertanyakan mereka purata gaji yang diberikan untuk jawatan yang ditawarkan. Sesetengah syarikat bijak mengambil kesempatan dengan menawarkan gaji yang lebih rendah kepada anda.

3. Tempoh Notis Berhenti Kerja

stress

Tempoh notis berhenti kerja juga perlu diteliti agar anda tidak terperangkap di kemudian hari. Kebiasaannya kebanyakana syarikat hanya meletakkan syarat 1 bulan notis berhenti kerja. Malangnya, ada syarikat yang meletakkan tempoh yang lebih lama. Perhatikan juga denda yang perlu dibayar sekiranya anda ingkar dengan tempoh notis berhenti kerja tersebut.

4. Skop Kerja

kerja 593

Apabila menerima sesuatu tawaran kerja, pastikan anda betul-betul tahu tugasan yang perlu anda buat kelak. Hal ini dapat mengelakkan majikan anda meminta anda membuat sesuatu yang bukan dalam skop kerja anda. Berhati-hati juga dengan frasa yang berbunyi seperti ini: :"Anda dikehendaki membuat apa-apa tugasan yang dirasakan sesuai oleh majikan"

5. Waktu dan Hari Kerja

trafik 338

Waktu dan hari kerja merupakan info yang perlu anda lihat. Waktu mula kerja tersangatlah penting bagi memudahkan anda merancang perjalanan ke tempat kerja. Sementara itu, ada sesetengah syarikat yang mewajibkan anda bekerja pada hari Sabtu. Jika bekerja pada hari Sabtu bukan sesuatu untuk anda, eloklah anda pertimbangkan dahulu sama ada hendak menerima tawaran kerja itu atau tidak.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan ekonomi sekarang yang sukar, seeloknya elakkan terlalu memilih kerja. Tidak mengapa bersusah payah dahulu, asalkan dapat sedikit wang dan pengalaman. Sambil-sambil itu, bolehlah mencari peluang kerja yang lebih berbaloi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)