Oleh pada 25 Jul 2017 kategori

Wanita tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Semuanya nak cantik, daripada pakaian sehingga ke kulit muka. Tapi ada yang terlalu obses nak cantik, sehinggakan terlupa bahawa kesihatan mereka lebih penting daripada segalanya. Akal dah tak menentu apabila melibatkan nafsu untuk kelihatan cerah dan cantik.

Walaupun terdapat banyak kes yang melibatkan produk kecantikan tempatan, namun ramai masih tak sedar dan nak juga cuba beli. Antara sebabnya adalah lebih murah daripada produk antarabangsa, dan juga testimoni yang sangat menakjubkan yang membutakan mata hati sendiri. Bukan semua yang memudaratkan, tetapi kita sebagai pengguna kena bijak menggunakan hak kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gambar hiasan

Bukan nak menjatuhkan, tetapi nak memberi kesedaran kepada orang ramai, dan bukan semua tapi kebanyakan. Saya nak kongsi 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai produk kecantikan keluaran tempatan yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

1. Kebanyakan produk pukal dan hampir sama antara satu sama lain

Biasanya produk-produk mencerahkan kulit ini semuanya sama. Ada sabun, krim pagi dan krim malam. Warna pun sama. Harga yang dibeli secara pukal adalah sangat murah kemudiannya dipek kan ke dalam bekas yang dilekatkan stiker-stiker yang anda boleh tempah di mana-mana. Voila, anda dah boleh jadi pengasas produk kecantikan dan menjadi jutawan segera dengan mengambil kesempatan ke atas mereka yang terdesak.

2. Penjual promote guna gambar yang mengelirukan

Untuk tujuan marketing, ramai di antara mereka menggunakan media sosial seperti facebook dan instagram, biasanya melalui gambar. Namun, indah khabar dari rupa kerana kebanyakan gambar mereka adalah disolek dahulu dan menggunakan kamera spesial serta telah di-edit untuk kelihatan flawless. Tapi bila anda jumpa di luar, tak seperti dalam gambar.

3. Testimoni yang tidak diketahui kebenarannya

Terlalu banyak testimoni yang tidak diketahui kebenarannya. Paling popular, melalui screenshot whatsapp yang menunjukkan perbualan antara penjual dan pembeli. Kononnya produk tersebut berkesan, baru 1 minggu guna kulit dah cerah.

Nampak je testimoni macam tu, semua terus whatsapp nak order. Kalau testimoni semudah ini yang boleh dibuat sendiri boleh menjadi bukti produk tersebut berkesan, maknanya rakyat Malaysia sangat mudah tertipu.

4. Foudner tak ada pengetahuan dan kajian

Baru umur 20 tahun, tetapi dah jadi founder dan ada produk sendiri. Bukan nak mengagungkag orang luar dan menjatuhkan orang kita, tapi cuba tengok produk-produk ternama antarabangsa, mereka mempunyai makmal kajian yang dikendalikan oleh saintis, serta kajian dah berpuluh-puluh tahun.

Tapi pengasas kosmetik muda ni belajar universiti pun belum habis, macam mana boleh jadi pengasas produk kecantikan. Kebanyakan mengambil produk dari negara jiran. Ini berkaitan dengan kesihatan, kalau tersalah pakai, boleh memudaratkan kesihatan.

5. Kesan sampingan bahaya

Dah banyak bukti yang produk-produk kosmetik yang murah dan berlambak di pasaran kita ni memudaratkan kesihatan kulit, dan juga kesihatan dalaman. Baru-baru ini satu produk kecantikan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat kosmetik terkenal di Malaysia pun telah diharamkan oleh KKM kerana mempunyai merkuri, inikan pula produk-produk kecil.

Semua sama sahaja. Saya mempunyai kenalan yang bekerja dalam ini dan beliau memberitahu produk-produk seperti ini, lebih-lebih lagi yang memberikan kesan yang sangat cepat, kebanyakan mempunyai merkuri, dan merkuri akan kekal di dalam badan dalam satu jangka yang lama, bertahun-tahun.

Dan jika berhenti gunakan produk ini, akan jadi kesan yang buruk kepada kulit wajah

6. Jadilah pengguna bijak

Kita semua dikurniakan akal fikiran yang sangat bijak. Jadi jangan menidakkan hak otak anda untuk berfikir dan terlalu mengikut hati dan nafsu anda untuk kelihatan cantik segera. Kesihatan anda lebih penting dari segalanya. Tiada wang yang mampu menyamai kesihatan.

Kalau terjadi sesuatu pada kulit muka anda dan tak boleh ditarik balik, baru anda nak menyesal, tapi dah tak guna. Kalau perlu berbelanja lebih untuk dapat hasil lebih baik dan selamat, apa salahnya. Barang berkualiti tetapi harga murah, macam tak je kan.

Layanlah badan korang dengan baik. Kalau kereta korang isi minyak masak, korang sanggup tak? Kalau tak, kenapa nak sapu produk yang berisiko pada muka korang.

Nora, gadis biasa.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)