iluminasi trend pelik pembedahan kecantikan fesyen2

Manusia dan kemahuan untuk bergaya tidak pernah luput.

Disokong pula oleh kemajuan teknologi yang membuatkan lebih banyak manusia dapat bereksperimen dengan tubuh badan mereka. Di sini kami ingin kongsikan beberapa trend pelik yang menjadi pilihan masyarakat dunia yang seakan terlalu rakus mahu jadi unik.

1. Extraocular implants atau "implan mata"

iluminasi trend pelik pembedahan kecantikan fesyen4

Implan mata ini adalah sejenis pembedahan untuk memasukkan sejenis perhiasan yang selalunya dihasilkan melalui bahan platinum dan dibentuk mengikut bentuk-bentuk yang menjadi kegemaran orang ramai, seperti bentuk hati, bintang atau beberapa bentuk lain. Diasaskan di Belanda pada tahun 2002, pembedahan ini memberlukan kos sebanyak EUR750 atau RM3524 untuk memasukkan bahan perhiasan ke mata.

2. Gigi Yaeba

iluminasi trend pelik pembedahan kecantikan fesyen

Gigi "Yaeba" yang berasal dari Jepun, bermaksud crooked atau tidak sempurna adalah sejenis prosedur yang dilakukan oleh orang Jepun ke atas gigi mereka untuk mendapatkan 2 gigi taring, supaya kelihatan seperti kartun anime. Prosedur ini amat popular di Jepun kerana ramai gadis mahu mendapatkan wajah seolah-olah kartun anime. Prosedur yang dilakukan ada jenis, yang pertama adalah bersifat sementara dimana acuan berbentuk taring dipasang ke gigi untuk menampakkan taring atau bersifat kekal. Kami tidak mahu menjelaskan bagaimana mereka melakukan prosedur kekal tersebut. Kami harap anda boleh cari sendiri.

3. Telinga "Elf"

iluminasi trend pelik pembedahan kecantikan fesyen3

Dengan membedah cuping telinga lalu dibuang sedikit kartilej (bahagian dalam telinga yang kenyal) kemudian dijahit semula, akan terhasillah telinga yang diidamkan ramai ini yang menyerupai elf dalam kisah dongeng. Tidak tahu mengapa ada yang merasakan ini jauh lebih cantik daripada telinga orang normal tetapi ada yang sanggup membenarkan prosedur ini dilakukan atas dasar kecantikan. Dikhabarkan, kos minima untuk pembedahan ini menelan belanja sekitar USD2500 atau hampir 11 ribu duit Malaysia.

4. Ubah panjang jari kaki

iluminasi trend pelik pembedahan kecantikan fesyen5

Bagi wanita yang mengalami masalah jari kaki besar sehingga menyukarkan mereka memakai kasut yang hujungnya runcing, ramai juga yang memilih untuk menjalani pembedahan yang dipanggil prosedur "toe tuck." Prosedur ini akan memotong sedikit bahagian kulit di antara jari-jari supaya jari menjadi pendek atau bergantung kepada keperluan pesakit. Dengan harga prosedur sekitar USD2000 untuk satu jari kaki, itu bermaksud pelanggan perlu menyediakan hampir 17 ribu ringgit Malaysia untuk membuat dua-dua belah kaki untuk hanya satu jari. Kita pasti tidak mahu hanya mampu buat untuk sebelah sahaja.

5. Suntikan Kepala Bagel

iluminasi trend pelik pembedahan kecantikan fesyen6

Kita mungkin jarang menggunakan frasa bagel tetapi bagel merupakan salah satu sarapan pagi paling popular di Kanada dan Amerika Syarikat. Bagaimana pula kalau anda boleh menjadikan dahi anda seolah-olah berbentuk bagel? Walaupun trend ini kelihatan seperti datang dari negara yang penuh dengan idea-idea pelik iaitu Jepun, tetapi trend ini sebenarnya berasal dari Kanada. Bagaimanapun, idea itu tetap berpunca dari seorang rakyat Jepun bernama Keroppy Maeda. Dengan menyuntik larutan saline ke bahagian dahi, dahi akan membengkak akibat kemasukan air lalu dengan perlahan-lahan, jari akan menekan gelembung air yang terbentuk lalu terhasillah bentuk seperti bagel itu.

Berita baiknya, prosedur ini tidak kekal. Selepas 24 jam selalunya cecair yang disuntik akan diserap oleh badan lalu dahi mereka kembali seperti sedia kala.


Kami menegaskan, kami tidak menyokong perbuatan ini. Kami mengharapkan agar tidak ada pembaca kami yang terikut dengan tabiat mereka ini. Anggaplah ini hanya sekadar sesuatu yang kita perlu tahu kerana inilah bukti dunia ini banyak perkara-perkara pelik yang berlaku setiap hari.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)