Oleh pada 19 Jul 2017 kategori

Membaca buku fiksyen bertema sains merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan apatah lagi apabila cerpen atau novel tersebut mampu membawa pembaca ke satu alam lain, dengan jalan cerita yang mengasyikkan.

Ada ketikanya apabila membaca buku tersebut, kita mampu merasakan wujud logik dalam fantasi yang direka yang bunyinya seakan mampu diterjemahkan menjadi realiti dan sesuatu itu benar-benar boleh terjadi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 penulis paling berpengaruh dalam dunia fiksyen sains yang telah memberikan impak besar pada penulisan, penerbitan dan penghasilan karya-karya zaman moden.

1. Jules Verne

iluminasi penulis sains fiksyen2

Selalu dinamakan sebagai "bapa kepada fiksyen sains", Jules Verne berasal dari Perancis. Dilahirkan pada tahun 1905, beliau pada awalnya kelihatan seperti mahu menurut jejak langkah ayahnya untuk menjadi peguam, namun beliau berhenti dan mula menulis untuk majalah dan teater. Sehingga kini, beliau adalah penulis nombor dua di dunia karyanyapaling banyak diterjemahkan ke dalam bahasa lain.

Bacaan wajib - Journey to the Center of the Earth, Twenty Thousand Leagues Under the Sea, Around the World in Eighty Days

2. H. G. Wells

iluminasi penulis sains fiksyen3

H.G.Wells atau Herbert George Wells adalah seorang penulis Inggeris yang banyak menulis berkenaan sejarah, politik dan kritikan sosial. Menjadi pemenang anugerah Nobel bagi karya literatur sebanyak 4 kali, karya Wells banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan pegangan politiknya pada era tersebut.

Bacaan wajib - The Time Machine, The Island of Doctor Moreau, The Invisible Man dan The War of the Worlds.

3. Arthur C.Clarke

iluminasi penulis sains fiksyen4

Lahir pada 1917 di Britain, Clarke sejak kecil sudah meminati sains dengan hobinya meneliti bintang dan mengutip batu. Kemudian Clarke menyertai satu badan penerbitan di bawah Junior Astronomical Association yang menerbitkan jurnal sains berjudul Urania.

Clarke menggungkan kesempatan itu untuk memuatkan kolum khas untuk beliau bagi beliau menerbitkan artikel bertema perjalanan angkasa dan teknologi kapal angkasa.

Beliau mula menjadi terkenal pada tahun 1948 selepas menerbitkan novel sains bertajuk "Against the Fall of The Night" yang ditulis berdasarkan laporan saintifik sebenar. Berikutnya, beliau menulis sebuah novel bertajuk "The Sentinel" yang ditolak untuk penerbitan namun beliau mengolah semula "The Sentinel" lalu diterbitkan dengan judul baru - "2001 : A Space Oddysey"

Bacaan wajib - 2001 : A Space Oddysey

4. Frank Herbert

iluminasi penulis sains fiksyen5

Peminat permainan video pasti pernah mendengar sebuah siri permainan video bertajuk "Dune"? Dune merupakan karya terbaik Herbert dan pada tahun 2003, "Dune" telah diisytiharkan sebagai karya paling banyak jualannya dalam judul fiksyen sains. Terdapat 5 sambungan untuk siri "Dune" menjadikannya 6 judul keseluruhannya. Herbert kurang menekankan aspek teknologi dalam penulisannya kerana dia lebih gemar menekankan aspek kemanusiaan dan hubungan sosial dalam penceritaannya.

Bacaan wajib - siri Dune

5. Isaac Asimov

iluminasi penulis sains fiksyen6

Penulis legenda dari Amerika ini juga adalah seorang professor biokimia di Universiti di Boston. Beliau juga adalah timbalan presiden kepada Mensa International semasa hayatnya.

Dilahirkan di Russia pada tahun 1919 hingga ke 1920 (tidak dapat dipastikan tarikh sebenar) Asimov mula berminat membaca tentang sains sejak kecil dan mula menulis sejak berumur 11 tahun. Pada umur 19 tahun, beliau sudah mula menjual cerpen-cerpen kepada majalah.

Beliau juga adalah penulis pertama yang menggunakan frasa "robotik" dalam penulisannya melalui ceritanya yang berjudul "Liar!" pada tahun 1941. Salah satu sumbangan beliau dalam bidang fiksyen adalah pengenalan mengenai "The Three Laws of Robotics" yang diperkenalkan pada tahun 1942 menerusi kisah pendek berjudul "Runaround."

3 hukum robotik berbentuk fiksyen itu sehingga kini digunakan dalam penerbitan karya-karya moden seperti dalam filem I,Robot, Aliens, Robocop dan Bicentennial Man.

Bacaan wajib - siri Foundation dan siri Galactic Empire




Hakcipta iluminasi.com (2017)