Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

Zaman canggih seperti sekarang sememangnya membuatkan kita semakin terdedah dengan dunia luar, lebih-lebih lagi melalui media sosial. Media sosial merupakan satu platform untuk kita melakukan pelbagai perkara, termasuklah untuk menyampaikan sesuatu mesej.

ig

BESARKAN TEKS     A-  A+

Media sosial yang dahulunya digunakan oleh penduduk bumi hanya untuk bersosial dan bertukar pendapat kini telah dibawa ke tengah dan digunakan oleh semua golongan masyarakat termasuklah pemimpin dunia.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 pemimpin dunia yang mempunyai follower Instagram paling ramai di dunia.

5. Queen Rania - 3.6 juta

queen rania

Rania Al-Abdullah atau lebih dikenali dengan Queen Rania adalah isteri kepada Raja Jordan ketika ini iaitu Abdullah bin Hussein. Beliau merupakan ratu yang paling terkenal di dunia saat ini kerana kerja-kerja advokasi beliau berkenaan dengan pendidikan, kesihatan, pembangunan masyarakat, remaja, dialog antara budaya dan juga kewangan.

queenrania

Beliau yang sangat gemar menggunakan media sosial membuatkan beliau bertambah terkenal, dan merupakan satu-satunya wanita dalam senarai ini. Dengan follower Instagram sebanyak 3.6 juta, beliau adalah ratu yang mempunyai follower Instagram terbanyak di atas muka bumi.

Instagram Queen Rania : @queenrania

4. Pope Francis - 4.3 juta

pope francis

Bukanlah pemimpin atau presiden mana-mana negara, tetapi Pope Francis merupakan pemimpin dunia yang berada di tangga ke-4 yang mempunyai follower teramai di Instragram. Pope Francis merupakan Pope yang ke-266 dan merupakan ketua terkini bagi Gereja Katolik Roman serta pemerintah tertinggi di Vatican City.

franciscus

Dengan usia beliau yang mencecah 80 tahun, beliau merupakan yang tertua dalam senarai ini. Follower beliau di Instagram adalah sebanyak 4,300,000 yang boleh dikatakan agak banyak bagi seseorang yang tidak memerintah mana-mana negara. Sejumlah 434 post dimuatnaik oleh Pope Francis dan tiada mana-mana akaun yang diikuti beliau.

Instagram Pope Francis : @franciscus

3. Joko Widodo - 5 juta

joko widodo

Joko Widodo merupakan datuk bandar Surakarta sejak tahun 2005 sehingga 2012 dan kemudian menjadi datuk bandar Jakarta bermula tahun 2012 sehingga 2014. Pada Oktober 2014, Joko Widodo diangkat menjadi presiden Indonesia yang merupakan presiden ke-7 republik itu. Beliau juga merupakan satu-satunya presiden yang tidak mempunyai jawatan tinggi dalam politik dan juga latar belakang ketenteraan.

jokowi

Berada di tangga ke-3 pemimpin dunia yang mempunyai follower teramai di Instagram dengan jumlah follower sebanyak 5 juta, Joko Widodo langsung tidak mengikut mana-mana akaun Instagram. Beliau mempunyai jumlah post sebanyak 500. Dianggarkan purata likes yang diterima Joko Widodo adalah sebanyak 150,000 bagi setiap post.

Populasi Indonesia pada tahun 2017 adalah sebanyak 263.51 juta dan dengan membuat andaian kesemua follower Instagramnya adalah rakyat Indonesia, sebanyak 1.9% sahaja yang mengikuti akaun Instagramnya.

Instagram Joko Widodo : @jokowi

2. Donald Trump - 7.2 juta

donald trump

Pemimpin yang menjadi sangat terkenal baru-baru ini, dan juga yang baru mengambil tampuk kepimpinan kerajaan Amerika Syarikat daripada Presiden Barrack Obama, iaitu Donal Trump. Beliau yang berumur 71 tahun merupakan presiden Amerika Syarikat ke-45.

realdonaldtrump

Pemimpin yang penuh kontroversi ini menduduki tangga kedua dengan follower Instagram sebanyak 7.2 juta. Dengan 2,195 posts keseluruhannya, purata likes yang diterima oleh Donald Trump bagi setiap post dianggarkan sebanyak 90,000 hingga ke 100,000 likes dan bagi purata comment pula dianggarkan sebanyak 2,500.

Peratusan follower Donald Trump relatif kepada populasi Amerika Syarikat adalah sebanyak 2.23% jika kita membuat andaian 100% daripada follower beliauadalah merupakan rakyat Amerika Syarikat.

Instagram Donald Trump : @realdonaldtrump

1. Narendra Modi - 8.8 juta

narendra modi india

Perdana Menteri India adalah pemimpin dunia yang mempunyai follower di Instragram terbanyak dengan 8.8 juta, melebihi pencabar terdekat Donald Trump dengan berkelebihan 1.6 juta. Beliau merupakan perdana menteri India ke-14 dalam sejarah yang mula bertugas sejak Mei 2014.

narendra modi

Kebanyakan gambar yang dimuat naik oleh Narendra ke laman Instgram mendapat reaksi yang agak tinggi dengan likes tertinggi adalah 800,000 dan hampir 5,000 comment. Ketika artikel ini ditulis, Narendra mempunyai 133 posts di Instagramnya. Lebih menarik Narendra tidak mengikuti sesiapa di laman Instagramnya.

Dengan populasi rakyat India yang merupakan populasi kedua terbesar di dunia iaitu sebanyak 1,326,572,000 orang, dan jika kita membuat andaian 100% daripada 8.8 juta tersebut adalah rakyat India, ia bermakna peratusan rakyat India yang mengikuti Instagram Narendra adalah sebanyak 0.66% peratus sahaja!

Instagram Narendra Modi : @narendramodi

Kemungkinan pemimpin tertinggi China, Li Keqiang akan mempunyai pengikut Instagram terbanyak jika Instagram tak diharamkan dan disekat di negara itu. Dan DS Najib Razak? Beliau mempunyai 305,000 followers.




Hakcipta iluminasi.com (2017)