Oleh pada 11 Aug 2017 kategori

Negara kita banyak mengalami pembunuhan-pembunuhan bersifat profil tinggi yang mengejutkan banyak pihak.

Kebiasaannya kes seperti ini mempunyai banyak tanda tanya dan persoalan yang tidak mampu dijawab. Apatah lagi selepas dibuktikan berlakunya pembunuhan, makin banyak pula khabar angin yang membuatkan kita kurang jelas tentang apa yang telah berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 kes pembunuhan paling menggemparkan yang telah berlaku. Ada yang berjaya diselesaikan dan ada yang masih lagi terbuka perbicaraannya sehingga ke hari ini.

1. Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

iluminasi kes pembunuhan

Hilang sebelum dijumpai abu mayatnya, Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi lelaki yang juga kumpulan pembantunya, meninggal dunia dibunuh lalu tubuh mereka dibakar.

Sisa mayat keempat-empat mereka dijumpai berdekatan Morib, selepas suspek telah membuang abu mayat mereka dalam sebuah sungai.

Hasil siasatan, pihak polis berjaya menemui jam tangan milik Datuk Sosilawati pada salah seorang suspek; diambil oleh suspek sebagai kenang-kenangan. Jam tangan itu menjadi bukti kukuh keterlibatan mereka dalam pembunuhan.

Motif sebenar pembunuhan dilaporkan berlaku kerana suspek berhutang RM3 juta yang tidak mampu dibayar kepada mangsa. Pada bulan Mac 2017, tiga daripada empat suspek dihukum gantung sementara seorang lagi dibebaskan.

2. Pembunuhan Canny Ong

iluminasi kes pembunuhan2

Wanita Cina berwajah comel bernama Canny Ong diculik oleh seorang suspek bernama Ahmad Najib, selepas mangsa membayar bayaran meletakkan kenderaan di Bangsar Shopping Centre.

Kereta Canny dipandu keluar melanggar penghadang oleh Najib.

Sudah nasib, ada anggota polis menemui Canny dan Najib dalam kereta, namun tidak mengesyaki apa-apa yang aneh melihat 'pasangan' itu. Wanita malang itu dirogol sebelum dibunuh dengan pisau. Mayatnya dibuang ke dalam lubang pembentung di jalan raya.

Keesokannya, Ahmad Najib kembali ke lubang tersebut untuk membakar mayat Canny.

Hasil siasatan unit forensik menemui kesan air mani Ahmad Najib pada mayat Canny, menjadi bukti kejadian tersebut. Ahmad Najib dihukum gantung dan hukumannya sudah selamat dijalankan pada 24 September 2016 pada awal waktu subuh, atas jenayah yang sudah dia lakukan.

3. Pembunuhan Nurin Jazlin

iluminasi kes pembunuhan3

Ini antara kes paling menyayat hati kerana melibatkan kanak-kanak tidak berdosa.

Nurin Jazlin yang baru berumur 8 tahun diminta ke pasar pada 20 Ogos 2007. Malangnya, dia tidak pulang-pulang selepas itu.

Selepas laporan polis dibuat, polis berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van putih tidak lama selepas dia keluar rumah.

Pada 17 September 2007, sebuah beg dijumpai seorang peniaga di depan kedainya, berisi tubuh Nurin dengan sebatang timun dan terung tertusuk dikemaluannya.

Pada 11 Oktober 2007, polis mendedahkan dua rakaman menunjukkan seorang lelaki menaiki motosikal meninggalkan beg tersebut di depan kedai sebelum sejam kemudian, seorang perempuan berlegar-legar di depan beg tersebut yang kemudiannya dibawa pergi oleh 3 orang lelaki.

Walaupun polis kita menggunakan bantuan FBI untuk menjelaskan rakaman tersebut, pihak polis masih gagal mengenalpasti suspek tanpa ada sebarang maklumat yang mampu membantu siasatan.

Sehingga sekarang, kes ini masih belum selesai dan pembunuh Nurin Jazlin masih bebas.

4. Pembunuhan Altantuya

iluminasi kes pembunuhan

Dilaporkan terlibat sebagai jurubahasa dengan wakil kerajaan, Altantuya Shaaribu dibom menggunakan peledak C4 di sebuah kawasan hutan berdekatan Puncak Alam.

Sehingga sekarang tidak dapat disahkan motif sebenar pembunuhan tersebut berlaku walaupun kesnya sudah diselesaikan dan pembunuhnya, didakwa dua anggota olis petugas berjaya ditangkap.

Dua orang anggota polis bernama Sirul Azhar dan Azilah Hadri telah pun dijatuhkan hukuman gantung atas pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, Sirul Azhar sehingga sekarang mengatakan wujudnya konspirasi untuk menjadikan dia kambing hitam bagi menutup kes tersebut. Beliau sempat melarikan diri ke Australia sebagai individu yang berlindung di bawah suaka politik.

Ketika ini dia masih diburu kerajaan kita.

5. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris

iluminasi kes pembunuhan4

Pembunuhan ini merupakan antara kes paling terkenal kerana keunikan kes tersebut, terkandung elemen-elemen mistik yang menjadikan cerita kes ini terus hangat sehingga sekarang.

Datuk Mazlan Idris, seorang ahli Dewan Undangan Negeri Pahang berusaha mendapatkan khidmat seorang bomoh wanita bernama Mona Fandey, bagi menguatkan lagi pengaruh politik beliau dalam menghadapi pilihanraya.

Atas permintaan itu, Datuk Mazlan diminta hadir ke rumah Mona untuk menghadiri satu upacara ilmu hitam yang boleh membantu beliau. Dia diminta berbaring, sebelum kepalanya dipenggal dengan kapak oleh pembantu Mona.

Mayat Datuk Mazlan dikerat kepada 18 bahagian dan kulitnya disiat. Cebisan badan Datuk Mazlan ditanam disekitar kawasan rumah Mona Fandey bagi menghilangkan bukti.

Dengan wang RM300 ribu yang dibawa oleh Datuk Mazlan sebagai bayaran, Mona Fandey telah pergi membeli belah, membeli kereta Mercedes-Benz dan juga membuat penampilan baru pada wajahnya.

Selepas laporan kehilangan Datuk Mazlan dibuat, Juraimi sendiri yang juga pembantu Mona Fandey membuka cerita kepada pihak penyiasat, membawa kepada penemuan-penemuan badan Datuk Mazlan di kawasan rumah Mona.

Mona, suaminya Affandi dan Juraimi yang membantu pembunuhan ditahan sebagai suspek utama. Perbicaraan berlangsung dan semuanya dihukum gantung oleh pihak mahkamah, selepas terbukti menyebabkan kematian Datuk Mazlan.

Pada 2 November 2001, ketiga-tiga mereka digantung di Penjara Kajang.

Kumpulan individu yang hadir menyaksikan perkara tersebut, mengakui riak wajah mereka bertiga tidak ada sedikit pun kelihatan menyesal melakukan pembunuhan tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)