petrol pam harga minyak malaysia

Tahukah anda di mana minyak petrol mempunyai harga terendah?

Sebelum kita melihat senarai, kami ingin kongsikan kepada anda satu perkara. Purata harga petrol di seluruh dunia untuk kesemua negara adalah RM2.78. Itu satu amaun yang menunjukkan harga di negara kita, masih lagi berada dalam keadaan terkawal.

Mari kita lihat 5 negara yang mempunyai harga petrol terendah setakat 15 November 2017.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Iran (RM1.42)

petrol pam iran

Jika mengikut perancangan, Iran mempunyai potensi untuk menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia. Mempunyai bekalan minyak yang banyak. Disokong oleh populasi yang muda dan mempunyai pendidikan tinggi, ada beberapa isu yang akan dihadapi Iran dalam menjadi kuasa ekonomi dunia.

Masalah kurangnya ketelusan dalam polisi, kadar inflasi yang tinggi, kadar pengangguran yang tinggi dan masalah korupsi di kalangan pegawai kerajaan mungkin menjadi batu penghalang kepada Iran. Ekonomi Iran masih bergantung dengan harga minyak sehinggakan mereka menghadapi kesukaran teruk ketika krisis harga minyak bermula. (rujukan)

4. Algeria (RM1.29)

petrol pam turkmenistan

Pengeluar minyak terbesar di Afrika dengan separuh daripada bajet kerajaan Algeria datangnya daripada jualan minyak, kebergantungan mereka kepada minyak tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, oleh kerana kekangan kerajaan mereka, pelabur-pelabur luar mula menarik diri daripada industri minyak di Algeria sehinggakan pengeluaran minyak negara mereka berkurangan sejak 2008.

Sonatrach, syarikat pengeluar minyak milik kerajaan Algeria mengumumkan yang pengeluaran minyak di negara mereka akan dipertingkatkan dengan peruntukan hampir RM430 billion untuk membuka lebih banyak telaga minyak di sekitar negara mereka, khasnya di Gurun Sahara.(rujukan)

3. Turkmenistan (RM1.21)

petrol pam venezuela

Ekonomi Turkmenistan dijangka terus meningkat baik sejajar dengan kestabilan negara mereka dengan kadar perkembangan 8.5% telah dicapai pada tahun 2015, melebihi banyak negara lain seperti India dan China. Kerajaan Turkmen mengumumkan yang perbelanjaan besar akan terus diperuntukkan bagi mengekalkan pegangan Turkmenistan ke atas pasaran dunia selepas kerajaan Russia mula menghentikan pembelian gas daripada mereka pada tahun 2016.

Kini kerajaan China menjadi pembeli terbesar gas dan minyak daripada Turkmenistan dan bagi menampung kekurangan akibat tindakan Russia itu, kerajaannya telah pun mengumumkan pada 10 Oktober 2017 yang mereka akan menarik balik subsidi yang telah lama diamalkan selama ini, ke atas gas memasak, air dan elektrik. Tahukah anda selama ini rakyat Turkmenistan merasai kesemua itu secara percuma semenjak tahun 1993? (rujukan)

2. Arab Saudi (RM1.00)

petrol pam saudi

Krisis yang kemungkinan berlaku di Arab Saudi akibat ancaman Iran nampaknya akan terus berpanjangan. Kerajaan Arab Saudi baru saja membuka Aramco atau Saudi Arabian Oil Company kepada pembida dari luar dalam usaha untuk mengelakkan kebergantungan ekonomi mereka kepada minyak.

Apa yang menakutkan, penganalisis menganggarkan, jika perang di antara Arab Saudi dan Iran benar-benar berlaku, harga minyak dunia mungkin melambung melebihi RM835 satu tong. Situasi itu pasti memberikan kesar besar pada majoriti negara. (rujukan)

1. Venezuela (RM0.04)

petrol pam algeria

Berdepan dengan masalah ekonomi yang meruncing, Venezuela sebuah negara kaya satu masa lumpuh disebabkan krisis ekonomi. Makanan kekurangan, hospital penuh, bilangan petugas hospital berkurangan, bekalan elektrik dicatu, krisis ekonomi memuncak dan pergaduhan politik mengheret Venezuela semakin jauh daripada kestabilan.

Polisi kerajaan Venezuela yang terlalu menitikberatkan sosialisme membuatkan ekonomi mereka jatuh dengan terlalu banyak perbelanjaan diperuntukkan kepada kebajikan rakyat. Kebergantungan negara mereka kepada jualan minyak menyebabkan separuh pendapatan negara mereka hilang ketika krisis harga minyak dunia terjadi. Berita baiknya, minyak mereka murah. Bermula Julai 2017, Venezuela melobi rakan sekutu OPEC untuk meningkatkan harga minyak bagi mengembalikan kuasa ekonomi yang telah lama mereka nikmati. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)