Di dalam era dan zaman yang mencabar ini, setiap individu harus bijak mengawal ekonomi sendiri. Jika di Malaysia, ramai yang merungut akan tekanan ekonomi yang semakin mendesak yang membuatkan mereka terpaksa keluar daripada zon selesa. Oleh sebab itu, kita lihat banyak perniagaan online tumbuh bak cendawan selepas hujan, dan ini merupakan sesuatu yang positif.

BESARKAN TEKS     A-  A+

rm2500 tak cukup

Namun, masih ramai juga yang berada hidup di bawah paras sederhana dengan gaji yang rendah, tak mampu untuk menjalani kehidupan seharian dengan baik. Dengan purata gaji minimum serendah RM4.81 sejam di Malaysia, hidup rakyat menjadi semakin perit walaupun media sering memperkatakan bahawa ekonomi kita adalah stabil dan semakin baik, namun realitinya, hanya anda sahaja yang tahu.

Disebabkan ini, kita melihat ramai orang yang sanggup berhijrah ke luar negara untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara yang mempunyai gaji tertinggi di dunia setakat ini.

5. Australia : RM218,913 setahun

australia

Gaji minimum : RM58.15 sejam

Australia merupakan negara yang terkenal dengan gaji minimum yang tertinggi di dunia, iaitu sebanyak RM58.15 sejam. Gaji ini merupakan 2 kali ganda gaji minimum di Amerika Syarikat. Di Australia, sistem gaji mereka agak berlainan di mana ramai pekerja dilindung oleh "award", yang berbeza mengikut umur, lokasi dan juga industri.

Namun bagi mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak dilindungi oleh award atau perjanjian, gaji minimanya adalah sebanyak RM62.73 sejam, atau RM2383.50 seminggu. Bukan itu sahaja, mereka yang bekerja di Australia secara full-time hanya bekerja 35 jam seminggu.

woolworths

Negara ini juga merupakan negara ke-12 dalam senarai keluaran dalam negara kasar GDP tertinggi di dunia, dan nombor 5 dalam senarai GDP per kapita. Sebahagian besar ekonomi negara kanggaru ini berdasarkan perkhidmatan industri dan juga terkenal dengan barang eksport mereka, seperti makanan dan minyak.

Selain itu, mereka juga diketahui oleh dunia di mana mereka tidak bergantung dengan produk import daripada negara luar. Dengan gaji tahunan RM218,913 dan cukai sebanyak 23%, wang yang dibawa pulang setiap bulan adalah sebanyak RM14,046.

4. Ireland : RM228,064 setahun

ireland

Gaji minimum : RM44.30

Ireland merupakan sebuah negara yang sangat terkenal dengan rakyatnya yang mempunyai kualiti hidup terbaik di dunia. Ireland mempunyai tenaga kerja yang sangat berpendidikan serta cukai korporat yang sangat rendah.

zynga

Negara ini mempunyai ekonomi berasaskan pengetahun yang sangat folus kepada perkhidmatan teknologi dan industri. Banyak syarikat-syarikat berteknologi tinggi serta antara syarikat-syarikat permainan video terbesar di dunia seperti EA Bioware, Activision Blizzard dan Zynga berpangkalan di Ireland.

Dengan pendapatan yang tinggi, Ireland mempunyai kadar cukai yang terendah di seluruh Eropah, yang membuatkan mereka membawa pulang lebih banyak. Gaji purata yang diperolehi adalah sebanyak RM228,064 dan dengan kadar cukai 18.9%, mereka membawa pulang sebanyak RM184,959 setahun iaitu RM15,413 sebulan.

3. Switzerland : RM244,310 setahun

switzerland

Pada tahun 2014, satu cadangan telah diusulkan bagi menaikkan gaji minimum kepada RM97.58 sejam, namun 76.3% daripada pengundi (rakyat) telah menolak cadangan ini, dengan alasan ia akan meningkatkan kos pengeluaran dan pengangguran akan bertambah.

Ekonomi Switzerland sebahagian besarnya adalah datang daripada pembuatan yang mana dikatakan mempunyai sektor perkilangan yang paling penting di Eropah. Produk-produk seperti ubat-ubatan dan barangan kesihatan, jam tangan, bahan kimia, alat pengukur serta alat muzik adalah di antara hasil daripada pengilangan Switzerland yang mendapat permintaan tinggi di serata dunia.

credit suisse

Bukan itu sahaja, ekonomi Switzerland juga bergantug kepada perbankan yang mana pelaburan asing telah menyumbang kepada ekonomi mereka dengan sangat besar. Matawang Swiss franc merupakan antara matawang yang paling stabil di dunia, dan bank mereka iaitu UBS dan Credit Suisse, adalah antara bank paling terkemuka di dunia.

franc

Dikurniakan dengan bentuk muka bumi yang sangat indah dan merupakan antara salah satu lokasi pelancongan terindah di muka bumi, sektor pelangcongan juga menyumbang kepada ekonomi dengan pelancong dari serata dunia datang mengunjungi Switzerland. Mereka mempunyai kadar pendapatan per kapita yang sangat tinggi dan kadar pengangguran yang sangat rendah, serta mempunyai belanjawan yang seimbang.

Walaupun kadar cukai yang agak tinggi iaitu 30%, namun dengan pendapatan tahunan sebanyak RM244,516, mereka masih membawa pulang RM171,017 setahun iaitu RM14,251 sebulan.

2. Amerika Syarikat : RM244,550 setahun

nyc

Gaji minimum : RM31.03

Pasti anda beranggapan Amerika Syarikat akan berada di senarai teratas, ya betul tetapi bukan di nombor satu. Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai ekonomi terbesar di dunia, serta dianggap sebagai negara terkaya di dunia. Ia merupakan negara kedua terbesar dalam pengeluaran dan antara negara perniagaan terbesar di dunia, serta negara bursa saham terbesar di dunia.

wall street

Walaupun dengan gaji yang tinggi, purata waktu bekerja oleh mereka di Amerika Syarikat adalah 44 jam seminggu, yang mana dikira sebagai sangat tinggi. Purata gaji di Amerika Syarikat adalah sebanyak RM244,602 setahun iaitu RM20,383 sebulan. Dengan kadar cukai 23%, mereka membawa pulang sebanyak RM15,691 sebulan.

Namun, walaupun negara ini adalah negara terkaya di dunia dan dibayar dengan gaji yang tinggi, perbezaan dan ketaksamaan di antara orang terkaya dan termiskin di Amerika merupakan adalah yang tertinggi di dunia.

1. Luxembourg : RM261,695 setahun

luxembourg

Gaji minimum : RM39.55

Dalam senarai ini, Luxembourg merupakan negara terkecl dari segi saiz dan juga populasi. Negara dengan 1 per 3 keluasan negeri Selangor ini mengatasi Amerika Syarikat dalam senarai ini dan sebahagian besar ekonomi Luxembourg adalah melalui perbankan dan pelaburan, yang mana negara ini adalah negara kedua selepas Amerika syarikat sebagai pusat pelaburan dana dunia.

skype

Syarikat-syarikat besar yang berasaskan internet sangat berminat dengan Luxembourg dan menjadikan negara ini sebagai pejabat mereka, antaranya adalah Skype dan Amazon.

Luxembourg juga banyak mengeluarkan pelbagai jenis getah, bahan kimi dan mesin industrial. Walaupun kadar cukai Luxembourg adalah 28%, tetapi dengan purata gaji sebanyak RM261,695 setahun, mereka masih membawa pulang RM15,700 sebulan secara purata, dan ia masih sangat tinggi.

Walaupun gaji di Malaysia tak sebanyak ini, namun kita patut bersyukur kita masih dikurniakan rezeki, dan yang paling pentingnya halal. Kerana masih terdapat negara yang jauh lebih teruk gajinya daripada kita, malah ada yang kerja pun susah nak dapat.

Wallahualam.

Sumber :

Forbes

Webtrovert

Gazette Review




Hakcipta iluminasi.com (2017)