Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

Dalam artikel ini iluminasi ingin berkongsi dengan pembaca semua 5 individu baik dan mula dituduh oleh mahkamah atas kesalahan yang tidak mereka lakukan. Ditambah pula dengan hukuman mati. 

Siapa bersalah dalam hal ini? Penulis tidak berani untuk menuding jari. Namun terbukti sistem perundangan manusia ini terdapat kelompongan dan kecacatan yang membolehkan orang tidak bersalah dihukum penjara, sebatan, bahkan dihukum mati.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Troy Anthony Davis

troy timothy davis

Troy Davis telah disabitkan kesalahan membunuh seorang anggota polis, Mark MacPhail, yang tidak bertugas di Savannah, Georgia pada Ogos 1989. 

Menurut laporan, kejadian tersebut di lot parkir restoran Burger King di mana Mark bekerja sebagai pegawai keselamatan separuh masa. Ketika itu, berlakunya perbalahan di antara Troy Davis dan 2 orang rakannya, Darrel Collins dan Redd Coles dengan seorang gelandangan, Walter Young. Mark MacPhail yang pergi ke tempat kejadian untuk meleraikan pergaduhan telah di tembak di muka dan dada.

mark macphail

Redd Coles telah pergi ke balai polis pada keesokan harinya dan memberitahu pihak polis bahawa Troy Davis yang menembak Mark MacPhail. Dengan keterangan itu, Troy Davis yang ketika itu berada di luar daerah telah di bawa pulang dan disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Didakwa kerana menyerang dan membunuh, Troy merayu tidak bersalah namun beberapa saksi memberi keterangan ketika perbicaraan bahawa tTroy yang menembak Mark dan juga seorang lagi ketika berada di Burger King. Antara yang memberi keterangan adalah rakannya, Redd Coles, walaupun terdapat bukti bahawa Redd mempunyai pistol yang sama seperti digunakan ketika kejadian. Juri mendapati Troy bersalah atas pembunuhan itu dan dijatuhkan hukuman mati.

troy davis 291

Kemudian, beberapa saksi telah mengaku dengan afidavit bahawa mereka telah dibuli polis yang menjalankan siasatan dan mereka telah dipaksa untuk memberi keterangan palsu. Troy membuat rayuan namun ditolak.

Hukuman mati telah dilaksanakan pada 21 September 2011.

2. Timothy John Evans

timothy evans 408

Timothy Evans telah didakwa membunuh isteri dan juga anak perempuannya pada November 1949 di rumah mereka di London. Perbicaraan dilakukan pada Januari 1950 dan Timothy telah didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Selepas penyiasatan, perbicaraan sampai ke penghujung di antara keterangan yang diberikan oleh Timothy lawan keterangan jirannya, John Cristie. Menurut John, sebelum pembunuhan berlaku, Timothy bertengkar dengan isterinya dan tidak mahu menggugurkan kandungan mereka.

timothy evans 2

Bukti lain yang digunakan terhadap Timothy adalah keterangan yang diberikan olehnya berubah-ubah. Perbicaraan hanya mengambil masa 3 hari dan Timothy didapati bersalah. Hukuman gantung sampai mati telah dilaksanakan di Penjara Pentonville, London pada 9 Mac 1950.

Namun, 3 tahun kemudian pihak berkuasa telah mendapati bahawa jiran Timothy itu, John Cristie, adalah seorang pembunuh bersiri dan merupakan pembunuh sebenar yang membunuh isteri dan anak Timothy. Satu upacara memohon maaf telah dilakukan terhadap Timothy Evans atas kesilapan menghukumnya.

3. Cameron Todd Willingham

cameron todd willingham

Seorang bapa, Cameron Todd Willingham, telah didakwa atas kesalahan membunuh 3 orang anak perempuannya dengan membakar rumah mereka di Texas pada tahun 1991.

Ketika perbicaraan berjalan, terdapat banyak perdebatan di antara beberapa pihak berkuasa, dan banyak bukti yang bertentangan yang boleh membuktikan sama ada api tersebut dicetuskan oleh litar pintas ataupun dibakar menggunakan cecair pembakar. Terdapat ramai saksi yang memberi keterangan menyokong dan juga melawan Cameron.

anak anak cameron todd willingham

Pihak pendakwa mendakwa motif pembunuhan adalah kerana Cameron tidak menginginkan anaknya. Mereka juga mendakwa ia merupakan cubaan kali ketika Cameron untuk membunuh anak-anaknya. Cubaan sebelum ini adalah dengan cuba untuk menggugurkan dua kandungan ketika isterinya hamil dengan cara menendang untuk menyebabkan keguguran.

Namun, Cameron disabitkan kesalahan membakar dan membunuh anak-anaknya lalu dijatuhkan hukuman mati. Ketika perbicaraannya pada tahun 1992, Cameron telah ditawarkan penjara seumur hidup jika mengaku bersalah namun ditolak dan berkeras bahawa beliau tidak bersalah.

rumah cameron todd willingham

Cameron kemudiannya membuat rayuan kepada pihak mahkamah. Setelah merayu selama 12 tahun, akhirnya Cameron menghembuskan nafas terakhinya melalui pelaksanaan suntikan maut pada 17 Februari 2004.

Kes ini masih mendapat perhatian kerana terdapat bukti bahawa Gabenor Texas, Rick Perry berkemungkinan telah mempengaruhi sabitan kesalahan dengan memecat pakar forensik asal yang telah membantah sabitan itu. Siasatan masih dijalankan.

4. Ellis Wayne Felker

ellis walker

Seorang pemilik kedai kulit, Ellis Wayne Felker, telah disabitkan kesalahan membunuh seorang wanit, Evelyn Ludlum pada tahun 1981.

Lokasi terakhir Evelyn dikatakan adalah di kedai Ellis Wayne dimana Evelyn memohon kerja. Pihak polis telah menjumpai Evelyn yang tersadai bersama buku kalendar yang tertulis bahawa Ellis merupakan orang terakhir yang dihubungi oleh Evelyn. Dengan penemuan ini, Ellis telah diletakkan di bawah pengawasan pihak polis selama 2 minggu.

Proses pencarian dilakukan dan telah menjumpai di sebuah sungai kecil, dalam keadaan seperti dirogol dan mati disebabkan sesak nafas. Autopsi awal menyatakan bahawa Evelyn telah mati selama 5 hari, jadi ia membuktikan bahawa Ellis bukanlah pembunuh kerana beliau berada di bawah pengawasan. 

ellis wayne felker

Kemudian arahan untuk autopsi kedua dikeluarkan, dan mendapati bahawa Evelyn telah mati kurang daripada 3 hari kerana mayatnya dijumpai dalam air yang mengalir. Namun, waktu kematian tidak dapat dipastikan.

Akhirnya, Ellis dijatuhkan hukuman mati kerana merogol dan membunuh. Pada September 1996, peguam Ellis menerima bukti yang disembunyikan oleh pihak pendakwa ketika perbicaraan namun ia disangkal dengan angkat sumpah oleh peguam daerah mengatakan tiada bukti seperti itu. Antara bukti-bukti yang diterima adalah sampel DNA dan pengakuan bertandatangan oleh saspek lain yang mengalami masalah mental.

Namun, walaupun dengan penemuan bukti baru, Supreme Court of Georgia enggan melaksanakan perbicaraan baru dan meneruskan hukuman yang dijatuhkan. Hukuman mati dijalankan pada 15 November 1996.

5. Larry Griffin

larry griffin

Larry Griffin telah disabitkan kesalahan membunuh seorang gadis berusia 19 tahun yang juga merupakan pengedar dadah, Quintin Moss. Quintin telah terbunuh disebabkan oleh drive-by shooting.

Walaupun dalam insiden tersebut terdapat beberapa saksi, namun sabitan kesalahan hampir semata-mata berdasarkan keterangan Robert Fitzgerald, yang bekerjaya sebagai penjenayah. Selepas rayuan tidak bersalah gagal, juri telah mendapati Larry bersalah dan beliau dihukum mati dengan cara suntikan maut pada tahun 1995.

Namun, pada tahun 2005, sebuah penyiasatan telah dibuka semula oleh NAACP Legal Defense and Education Fund dan menemui satu bukti yang sangat penting. Bukti itu dikatakan telah disembunyikan ketika perbicaraan.

Bukti itu menyatakan bahawa Larry adalah seorang yang kidal, namun keterangan Robert mengatakan tembakan itu dibuat oleh seseorang yang dominan tangan kanan. Juga tidak terdapat DNA atau cap jari Larry pada pistol tersebut dan juga alibi yang mengatakan Larry berada di tempat lain pada waktu kejadian.

Siasatan itu mengkonklusikan bahawa Larry Griffin tidak bersalah.

Sumber : Innocent Men Who Were Executed




Hakcipta iluminasi.com (2017)