Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Pada ketika ini, pasti ramai yang menunggu adakah filem Beauty and The Beast akan ditayangkan di Malaysia selepas Lembaga Penapisan Filem meminta penerbit filem melakukan beberapa suntingan ke atas filem tersebut kerana mengandungi elemen cinta sejenis antara lelaki.

Adakah penerbit filem ini akan mengalah atau orang ramai di Malaysia tidak akan dapat menonton filem lakonan Emma Watson itu dipawagam? Sementara kita semua menunggu apa yang akan berlaku, apa kata kita lihat semula beberapa filem berprofil tinggi yang tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara kita, bermula pada tahun 2000.

Zoolander

BESARKAN TEKS     A-  A+

Filem yang mengisahkan mengenai watak Zoolander, seorang model yang dipukau untuk menjadi pembunuh kepada Perdana Menteri Malaysia yang digambarkan sebagai seorang lelaki Cina. Nama Malaysia disebut dan diburukkan sebagai sebuah negara yang membenarkan penggunaan tenaga buruh kanak-kanak dalam filem tersebut.

Bruce Almighty

brue iluminasi

Filem ini yang mengisahkan tentang Bruce, lakonan Jim Carrey yang diberikan kuasa sebagai Tuhan selepas mengalami pelbagai insiden buruk dalam hidupnya.

Brokeback Mountain

brokeback mountain iluminasi

Filem lakonan mendiang Heath Ledger dan Jake Gyllenhall yang memaparkan hidup dua orang lelaki yang hidup pada zaman dahulu, mempunyai isteri dan teman wanita masing-masing tetapi tidak dapat meneruskan hidup mereka seperti sediakala selepas bertemu satu sama lain. Terlalu banyak adegan yang tidak patut ditonton dipersembahkan dalam filem ini.

Wolf of Wall Street

the wolf of wall street iluminasi

Kini dikaitkan dengan skandal 1MDB, filem arahan Martin Scorsese ini menampilkan Leonardo DiCaprio sebagai watak utama berdasarkan kisah sebenar seorang lelaki memanipulasi pasaran saham untuk mendapatkan keuntungan segera. Margot Robbie dalam filem ini membuatkan ramai lelaki tidak senang duduk.

Noah

noah iluminasi

Sebuah filem yang (kononnya) menggambarkan apa yang berlaku kepada Noah, lakonan Russel Crowe ketika bumi ditimpa banjir besar dan bagaimana Noah cuba menyelamatkan manusia dan haiwan berdasarkan ilham-ilham yang diberikan kepada dia oleh Tuhan yang menjadikan dia seorang Prophet pada zaman itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)