Oleh pada 17 Jun 2017 kategori

1. 12% manusia mendapat mimpi bewarna hitam dan putih sahaja

mimpi berwarna hitam putih seakan akan filem p ramlee

Menurut sebuah kajian daripada laman web National Institute of Health, sebelum television berwarna diperkenalkan, seramai 15% bermimpi dalam keadaan berwarna hitam dan putih sahaja. Satu kajian telah dijalankan oleh pihak mereka di mana 2 kumpulan manusia yang berbeza umur telah dikaji dan menunjukkan bahawa manusia yang lebih tua dan tidak mempunyai pengalaman melihat television berwarna akan mendapat mimpi 'greyscale' atau berwarna hitam putih. Sebaliknya, golongan yang lebih muda lebih cenderung untuk mendapat mimpi yang berwarna.


2. Kucing tidur sebanyak 2 per 3 sepanjang hayatnya

kucing yang masih kecil boleh tidur sehingga 22 jam sehari

Ini bukanlah satu fakta yang baru atau mengejutkan sekiranya anda seorang pencinta kucing. Bagi mereka yang membela kucing, anda akan perasan bahawa kucing anda kerap tidur dan hanya akan terjaga pada waktu-waktu tertentu untuk bermain, makan dan bermanja dengan anda. Malah, anak-anak kucing yang baru lahir akan tidur sebanyak 90% sehari bersamaan dengan 22 jam!


3. Rekod manusia yang paling lama tidak tidur

11 hari tidak tidur tanpa pengambilan sebarang ubat

Seorang pelajar daripada California yang bernama Randy Gardner telah tidak tidur selama 11 hari 24 minit (264.4 jam) berturut-turut pada tahun 1964. Perkara ini tidak patut docontohi kerana dia mempunyai masalah untuk tidur malam. Sekiranya anda tidak tidur untuk jangka masa yang lama seperti ini, anda akan lebih mudah untuk mendapat penyakit kerana tahap kecergasan badan anda yang lemah.


4. Sukar bangun tidur? Kenali dysania!

sukar untuk bangun pagi

Dysania / Clynomania merupakan satu sindrom yang menyebabkan anda sangat sukar untuk bangun daripada tidur. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah sindrom ini adalah dengan menggunakan bunyi alarm yang berbeza setiap hari. Selain itu, amalkan untuk tidur awal daripada biasa supaya anda akan berasa lebih segar dan mudah untuk bangun pagi

cuba kaedah tukar ringtone setiap hari bagi mengatasi masalah ini


5. Terasa seperti terjatuh dari bangunan yang tinggi ketika tidur

hypnic jerk membuatkan anda terjaga dalam keadaan terkejut

Fenomena ini digelar 'hypnic jerk'. Ia lebih kerap berlaku pada usia muda dan akan semakin berkurang apabila anda meningkat dewasa. Anda boleh baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hypnic jerk.


Sumber rujukan :

dreams.co.uk

theriseandshine

neatorama



tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)