Oleh pada 13 May 2017 kategori

Anda ada kawan yang suka kunyah cili padi mentah-mentah begitu saja semasa makan nasi? Kita tengok dari jauh pun dah boleh rasa kepedasannya kan. Sedangkan ada di kalangan kita yang makan sambal belacan sikit saja pun dah rasa termengah-mengah cari air.

pertandingan makan cabai

Tahukah anda, cili padi yang dikatakan sangat pedas itu hanya mempunyai bacaan skala Scoville lebih kurang 100,000 - 250,000 SHU sahaja? Dulu, lada habanero terkenal kerana pernah menjadi lada terpedas di dunia. Tapi kini terdapat lada-lada baru ini mendahului takhta lada paling hangat dan meletup dalam dunia:

makan cili habanero dah tak pedas sangat dah sekarang


#1 The Carolina Reaper (Skala Scoville : 2,200,000 SHU)

Sejak tahun 2013, Rekod Dunia Guinnes mengiktiraf the Carolina Reaper, atau nama asalnya "HP22BNH7" sebagai lada terpedas di dunia. Spesies lada ini dibakakan oleh seorang peladang bernama Ed Currie yang memiliki Syarikat PuckerButt Pepper di Carolina Utara.

carolina reaper 179

Lada ini merupakan hasil kacukan dua bekas pemegang rekod lada terpedas iaitu lada hantu dan habanero Red Savina. Dengan tahap kepedasan 400 kali melebihi jalapeƱo, Carolina Reaper masih diiktiraf sebagai lada terpedas di dunia sehingga ke hari ini.

makan pedas sampai meraung

Pasar raya Tesco di United Kingdom telah dikecam pada tahun lepas kerana memulakan penjualan lada ini kerana dikhuatiri mengakibatkan kesan berbahaya kepada pengguna. Ini disebabkan cili ini tidak boleh dipegang tanpa sarung tangan, menyebabkan iritasi pada kulit dan tidak boleh dimakan bulat-bulat.


#2 Trinidad Moruga Scorpion (2,000,000 SHU)

Baca nama pun dah menakutkan sebab ada unsur kala jengking yang seolah-olah boleh menyengat lidah. Walaupun pada tahun 2012 Institut Lada di Universiti New Mexico telah mengiktiraf Trinidad Moruga Scorpion ini sebagai lada terpedas di dunia, namun ia tidak pernah disenaraikan secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness.

trinidad moruga scorpion


#3 Trinidad 7 Pot Douglah (1,853,936 SHU)

Lada ini juga datang dari Trinidad. Ia diberi nama 7 Pot Douglah kerana dikatakan satu lenggai lada ini sahaja sudah boleh memedaskan sebanyak 7 periuk stu. Douglah merupakan lada yang agak rare kerana kulitnya yang hitam manis dan 'berjerawat'.

7 pot douglah


#4 7 Pot Primo (1,473,480 SHU)

Lada ini dicipta oleh seorang ahli hortikultur dari Louisiana bernama Troy Primeaux atau lebih dikenali sebagai Primo. Primo mula mengacukkan biji-biji daripada lada Naga Morich dan Trinidad 7 Pot Douglah sejak tahun 2005 lagi dan telah menanam lada ini selama 8 generasi. Struktur fizikal lada ini agak berketul-ketul, herot-benyot dan mempunyai ekor halus di hujungnya. Ia boleh juga didapati dalam variasi warna berlainan seperti jingga dan kuning.

7 pot primo


#5 British Komodo Dragon (1,400,000 SHU)

Lada ini dihasilkan oleh pengeluar cili terbesar di United Kingdom, Salvatore Genovese. Ia merupakan variasi terbaru 7 Pot, Naga, dan Jolokia. Apabila anda memakan lada ini, anda tidak akan terasa pedasnya biasa-biasa sahaja. Lama-kelamaan, mulut anda akan mula terasa pedih dan hangat.

komodo dragon

Dua orang sukarelawan pernah menjalani ujian merasa lada ini dan mendapati rasa pedas itu masih tidak hilang sepenuhnya walaupun setelah meneguk 2.3 liter susu dan 1 liter air.


Amacam? Adakah anda berani nak tumbuk sambal belacan guna cili-cili terhangat ini?

tuang susu sebab pedas sangat

Rujukan:

1. Guinness World Records

2. Pepperheads For Life

3. Straits Times


tags : , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)