Oleh pada 12 Mar 2017 kategori

ransomware malaysia melayu


Ransomware ialah sesuatu malware yang mampu memadam atau menyulitkan data pengguna, ianya adalah satu ancaman kesematan data yang sangat berbahaya, malware jenis ini akan menghalang pengguna untuk mengakses fail tertentu dengan cara menyulitkan fail tersebut dan ada juga yang meminta pengguna membayar dengan jumlah tertentu untuk mengembalikan semula fail asal atau untuk mendapatkan semula akses kepada fail yang telah disulitkan. Selalunya ransomware ini disebarkan melalui emel, website yang telah digodam dan sebangainya. Dalam artikel ini kami akan kongsikan 5 tips bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa ransomware.


1. Sentiasa Waspada Dengan Fail Lampiran (attachment) Emel 

Sekiranya anda menerima lampiran emel yang mempunyai file document words dari orang yang tidak dikenali, cuba elak dari membuka file tersebut. Ini kerana kebanyakan ransomware datang dari lampiran email. Sekiranya file itu sangat menarik dan anda sangat-sangat ingin membukanya, semak keselamatan file itu di laman virustotal sebelum membukanya. Kebanyakan jenis ransomware menjangkiti komputer mangsanya melalui email.

2. Sentiasa Melakukan Salinan Data atau Fail (backup)

Langkah paling mudah, dan boleh dikatakan yang paling berkesan, cara untuk melindungi diri anda daripada serangan ransomware adalah dengan membuat salinan data. Dengan harga external hard disk yang semakin murah, tiada alasan untuk tidak melakukan salinan data. Terdapat juga cloud storage percuma untuk anda yang mempunyai internet yang laju, seperti: Google Drive, Dropbox, OneDrive dan sebangainya

gambar ransomware infografik



3. Sentiasa Kemaskini Perisian Anti-virus

Anda perlu mengambil inisiatif untuk mengemaskini semua perisian anda secara tetap. Kemas kini perisian anti-virus bertujuan untuk melindungi terhadap ini ransomware baru. Apalah gunanya kalau anda membeli produk anti-virus sekiranya anda tidak mengemaskini data perisian? Ramai yang terlepas pandang tentang hal ini.

4. Elakkan Penggunaan Perisian Cetak Rompak

Rakyat Malaysia masih belum ada kesedaran tentang hakcipta. Ramai dengan mudahnya memuat turun aplikasi cetak rompak dari sumber yang tidak boleh dipercayai seperti laman-laman warez. Dan ini juga menjadi punca bagaimana virus mudah disebarkan oleh penjenayah alam maya. Kebanyakan pengguna yang menggunakan aplikasi cetak rompak ini tidak akan menyedari kehadiran virus kerana aplikasi 'warez' ini biasanya disertakan sekali dengan 'rootkit' untuk mengelak dari virus dikesan oleh anti-virus.

ugutan dari ransomware
contoh ugutan fail anda dijadikan tebusan



5. Jangan Percaya Sesiapapun Yang Berkongsi Fail atau Pautan

Pautan ataupun fail boleh dihantar oleh rakan anda di media sosial, rakan sekerja ataupun rakan permainan dalam talian anda, ini kerana berkemungkinan besar akaun mereka telah digodam untuk menyebarkan virus. Teknik 'worm' ini sangat terkenal di laman sosial kerana ianya sangat mudah tersebar. Biasanya pautan virus ini akan memancing mangsa dengan gambar-gambar perempuan seksi ataupun teks yang sangat provokatif.

tags : , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)